Wednesday, August 31, 2016

Resepi Sup Rusuk Payau

Resepi Sup Rusuk Payau | Sup rusuk payau in house.. Penah dengar tak payau tu apa?? Payau tu gelaran orang sabah, payau ni sebenarnya Rusa. Bukan senang nak dapat daging payau ni kalau ada pun harga memang mahal, sekilo mencecah RM18-20 ringgit btw harga dan rasa sangat berbaloi.

Kalau balik kg ada jak mak akan masakkan.. So cuti-cuti kemerdekaan ni mak buatkn sup rusuk payau. Orang lain sibuk sambut merdeka kat bandar kami sibuk kat dapur.  Makanan paling sedap adalah masakan ibu kan.. Kalau mak Unie masak macam rasa mo tinggal jak di kg terus.


Resepi Sup Rusuk Payau


Bahan-bahan

1. Tulang rusuk payau 1kg
2. 6 sekawan 1 pekat
3. Masako daging 1 pekat
4. Serai 2 ulas
5. Bawang Putih 5 ulas - ditumbuk
6. Bawang merah - di goreng (ikut suka berapa banyak)
7. Daun sup - dipotong-potong
8. Kelapa - dibuat kerisik
9. Halia - 1 ulas
10. Lada putih secukupnya - ditumbuk
11. Asam jawa - Cuci tulang rusuk biar tak hanyir
12. Garam secukupnya

Cara membuatnya

1. Tulang rusuk dicuci dengan air asam jawa dan cuci guna air bersih.
2. Lada putih, bawang putih, halia ditumbuk bersama-sama.- tepikan dulu
3. Rusuk yang telah di cuci direbus seketika bagi mehilangkan lemak-lemak.
4. Pindahkan daging kedalam periuk lembutkan daging dan masak selama 20 minit.
5. Bahan- bahan yang di tumbuk tadi di goreng bersama-sama serai, masako dan 6 sekawan kecuali sup bunjut sehingga naik bau.
6. Selepas daging di masak 20 minit pindahkan ke periuk lain then masak semula dengan api perlahan.
7. Masukkan bahan-bahan yang di goreng tadi dan masukkan sup bunjut.
8. Gaul hingga sebati then masukkan kerisik.
9. Masukkan garam secukupnya.
10. Masak sehingga mendidih
11. Bawang merah di potong then goreng dan daun sup dipotong
12. Then ready to eat.

Info Tambahan

Daging payau kena rebus lama-lama baru empuk, kalau ndak nnti makan kenyal jak. Tapi kalau mak Unie rebus guna 20 mini jak guna periuk ni. Ini memang periuk khas untuk melembutkan daging. Set jak masa 20 minit. Sebenarnya 15 minit tapi lagi elok lebihkan. 20 minit jak daging terus lembut tak payah  nak jaga tepat 20 minit matikan jak gas.. Then pindahkan ke periuk lain tuk campur bahan-bahan ( periuk ni khas lembutkan daging jak bukan masak daging ).

Kalau mak jenis tak suka beli barangan segera or package, Contohnya macam bawang goreng, kerisik, mesti mak buat sendri jak. Tapi kalau Unie tak suka bawang-bawang, daun2 sup ni.. x blh masuk tekak.. Nak buat kerisik senang jak, kelapa parut tu di goreng sampai garing ( kekuningan ) then ditumbuk. Mak kata kerisik ni akan buat kuah sup makin kental, Wangi dan sedap. Dan bahan-bahan lain ditumbuk then di goreng sampai naik bau. Elakkan bahan-bahan di blend bagi megekalkan keaslian rasa.

Pastikan api slow time mengoreng kelapa tau.. Biar tak hangus jadinya.. Satu lagi mak jenis tak suka guna bawang merah dalam masakkan sebab ada sorang customer Cina tu bagi petua kat mak kalau nk masakkan sup-sup ni  lagi sedap jangan guna bawang merah. So bawang merah di jadikan bawang goreng. Cara buat dengan makan memang berbaloi.. kalau makan sampai dua tiga kali tambah, tapi Sabda Nabi Muhammad SAW '' Berhenti sebelum kenyang, Makan sebelum lapar.'' So jangan rakus ok...


Sapa yang ndak kenal rusuk payau tu, ini la tulang rusuk payau yang sudah siap di potong-potong. Sebelum masak kena cuci bersih-bersih tau bagi hilang hanyir. Kalau petua mak, mak cuci guna air asam jawa biar hanyir tu hilang. Lepas da hilang hanyir tu kena rebus dulu hilang kan lemak-lemak, tak buang pun boleh juga tapi kata mak semua tu penyakit..hihihihii 

Selamat memcuba  ^_*

Salam sayang Unni Anje


Wassalam


Tuesday, August 30, 2016

Resepi Rambutan Asam Boi

Resepi Rambutan Asam Boi | Penah dengar tak rambutan asam boi?? Unie pun baru je dengar dari officemate. Siap dia Share pic mau tak berliur sampai tidur malam terbawa-bawa... Maklum la sekarang kan musim buah-buahan.. So buah-buahan sana sini berlambak... Semalam bangun pagi je Unie da busy cari rambutan, sebab asam boi beli jak kat market malam tu jgk siapkan. Resepi semudah ABC.. kopek-kopek, potong-potong, campak-campak dan makan.

Resepi Rambutan Asam Boi

Resepi Rambutan Asam Boi

4 bahan 3 rasa.. Yummy !!! tulis blog ni pun da berliur.. Rambutan tu pastikan manis tau kalau masam so rasanya tak sesedap 3 rasa.. Yang suka makan asam pedas wajib try tau.. Asam boi tu bergantung dari korang nak guna asam boi jenis apa.. Kalau Unie suka jenis macam dalam piture ni.. Bawa gi office ingatkan x sedap tak sangka dapat pujian hingga nak terbang rasanya... huhuhu

Resepi Rambutan Asam Boi

Tengok tu tapau tinggal kulit limau jak sama lada.. tiada yang sanggup habiskan.. Dorang kata Unie buat rasa sebati.. masam,manis dan penas... Terasa bangga kejap. Sebelum terlupa rambutan tu kalau boleh buang bijinya.. Unie malas nak buang biji malam tadi.. hihihi

RAMBUTAN ASAM BOI


Bahan-bahan

1. Rambutan - dikopek dan belah dua
2. Asam boi
3. Lada - dipotong-potong
4. Limau - Belah dua.
5. Gram dan gula

Cara membuatnya

1. Kopek buah rambutan dan di belah dua ( Bijinya dibuang )
2. Limau di belah dua.
4. Lada dipotong-potong.
5. Campurkan kesemuanya dan masukkan asam boi
6. Letakkan garam dan gula secukupnya.
7. Letakkan didalam peti sejuk selama 30 minit.

Selamat mencuba ^_^

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

Saturday, August 27, 2016

Kontok-kontok Pakis



Assalamualaikum

Hari ni breakfirst dengan kontok-kontok atau lebih dikenali dengan panggilan Cucur atau cekodok Unie pun kurang pasti panggilan orang luar.. Kontok-kontok pakis merupakan panggilan suku kaum Bugis, macam Unie la. Gelaran ni memang di kenali kat sabah terutamanya kat Tawau, sebut jak kontok-kontok orang da tau, biarpun bangsa lain. Resepi ni sangat simple dan sesuai tuk orang yang pemalas macam Unie..

Nampak jak sayur pakis ingat kat adik yang selalu ajak buat kontok-kontok pakis masa sekolah dulu. Time tu Unie tingkatan 5 dia pulak darjah 5 time ( 2009 )..  So Unie pun teringin nak makan.. hihihi.. maklum la rindu kat adik, tinggal pun asing-asing, jumpa pun time raya jak.. Resepi ini semudah ABC urang bilang.. Potong-potong, campak-campak, gaul-gaul dan goreng...

Mudah kan, sekarang siap untuk digoreng.. Lada tu just pencicah.. terpulang la kat korang nak cicah guna apa. Sos pun boleh... Biasalah urang Sabah ni kuat makan lada, tak kira masa mesti mau lada. 

KONTOK-KONTOK PAKIS
Sumber : Nani Tasen

Bahan-bahan

1. 1 ikat Sayur pakis - dipotong-potong-
2. 5 ulas bawang merah - di tumbuk
3. 6 ulas bawang putih - ditumbuk
4. Lada putih secukupnya - ditumbuk
5. 2 biji telur
6. Tepung gandum.
7. Sedikit air
8. Garam secukupnya.

Cara-cara membuatnya

1. Tumbuk lada putih, bawang putih dan bawang merah bersama-sama.
2. Sayur pakis di potong-potong ( macam korang potong daun sup )
3. Campurkan bahan yang telah di tumbuk tadi dengan pakis yang telah di potong-potong.
4. Masukkan 2 biji telur, tepung dan garam secukupnya
5. Gaul hingga sebati.
6. Tambah sedikit air dan gaul hingga sebati.
7. Panaskan minyak dan Goreng

Tips
# Sayur pakis di rendam seketika bersana air garam then basuh bagi memastikan tiada ulat.

Selamat Mencuba  ^_^

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

Thursday, August 25, 2016

Madu asli bersama Kayu Manis

14 Khasiat kayu manis bersama madu asli



1. Jerawat
♥ Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian sapukan pada muka ( yang ada jerawat ) sebelum tidur.
♥ Pada keesokkan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut.
♥ Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit wajah anda akan segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit Perut
♥ Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegahkan sakit perut serta membersihkan perut.
♥ Ia akan menbebaskan angin-angin di dalam perut dan boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
♥ Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandugi bahan bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4. Keguguran Rambut
♥ Bagi anda yang mengalami keguguran rambut rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambilkan campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kat kepala.
♥ Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
♥ Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
♥ Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit. Amalkan 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi itu.

6. Penghadaman
♥ Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada Pundi Kencing
♥ Jika mempunyai jangkitan kuman pada pundi kencing anda harus membunuh bakteria tersebut.
♥ Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam cawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
♥ Kolestrol boleh dikurangkan sebanyak 10% dalam masa kurang 2 jam.
♥ Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu tea teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dalam 16 auns ( 450 g ) teh dan minum bersama.

9. Sakit Jantung
♥ Selain kurangkan kolestrol, campuran ini juga boleh mengurang risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
♥ Amalakan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

11. Sistem Imunisasi
♥ Amalan  pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunasasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

12. Masalah Kesuburan
♥ Golongan lelaki : 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan
♥ Golongan wanita : 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
♥ Minum secawa air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Amalkan setiap hari 3 cawan ait teh panas dengan 4 sudu manu dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Info Tambahan..
Kayu manis juga sesuai rebus bersama-sama halia dan airnya di minum. Ia mampu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutama dibahagian kaki,tangan lutut dan pinggang akibat kesejukkan.
Air rebusan kayu manis juga sesuai diamalkan oleh wanita yang sering mengalami senggugut dan kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki.
♥ Hilangkan parut dikulit. Kulit kayu manis ditumbuk lumat, seterusnya dicampurkan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada bahagian parut. Lakukan sekerap mungkin dan parut akan beransur hilang.

SUMBER :  Muhamed Ibrahim

Salam sayang Unni Anje

Wassalam

Kayu Manis si Rempah Serbaguna

Kayu Manis si Rempah Serbaguna

Kayu Manis


Fakta

  • Nama Saintifik : Cinnamomun zelylanicum.
  • Nama lain : Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui Zhi ( China ), Cassia, Sweet Wood.
  • Nama Biasa : Kulit kayu manis atau kayu manis.

Pengenalan

♥ Kayu manis  merupakan salah satu jenis rempah pelbagai guna yang selalu digunakan dalam menambah rasa masakan dan minum di seluruh dunia. Kayu manis juga digunakan sebagai tujuan kesihatan kerana mempunyai Khasiat semulajadi tanpa kandungan bahan kimia. Aromanya cukup istimewa selain dapat menambah rasa sesuatu hidangan.

♥ Pokok kayu Manis dikatakan berasal dari Sri Langka. Namun ada sumber juga mengatakan kayu manis ini merupakan tanaman asli Indonesia. Sumber lain pula mengatakan kayu manis ini tumbuh di Sumatera Barat, namun tidak popular kerana masyarakat jarang mengunakannya. Mereka hanya menyedari setelah ketibaan saudagar-saudagar dari Arab yang memperkenalkan khasiat kayu manis.

Kegunaan

♥ Kayu manis sering digunakan dalam masakan bagi menambah keenakan dalam sesuatu masakkan. Tetapi pengunaannya haruslah sebaik-baiknya bersesuaian dengan jenis masakan. Kayu manis kini boleh didapati sama ada berbentuk batang atau serbuk. Kayu manis berbentuk serbuk mempunyai aroma yang kuat namun jenis serbuk tidak tahan lama.

♥ Pada masa kini kayu manis sering digunakan dalam tujuan kesihatan kerana mengandugi khasiat pelbagai guna kepada tubuh badan ( Siap ada produk kayu manis ).

Menurut Kajian Kesihatan Masyrakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dan melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda. Ketua Pusat Kajian tersebut, Richard Andersoan, PHD memberitahu bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme.

♥ Kayu manis juga mempunyai ciri-ciri antikulat dan antikuman. Oleh itu minyaknya boleh dicampurkan dalam minyak wangi atau barangan pergigian dan farmasi.

♥ Menurut penemuan terbaru yang dipaparkan dalam Reuter's Helath, hasil kajian oleh Dr Daniel Y.C fUNG dari Universiti Kansas Manhattan, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa kayu manis apabila ditambahkn dalam epal dapat menyingkirkan bakteria yang terkandung dalam jus tersebut.

♥ Kajian Perubatan yang dijalankan di Kanada juga ( Jan 1995 ) Campuran Madu asli dan kayu manis ini mampu mencegah serta merawat 14 jenis Penyakit.


SUMBER : Pelbagai

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam..


Wednesday, August 24, 2016

Seperti UFO...

Ciptaan-NYA yang Maha Esa

Assalamualaikum,



Kali ni saja nak share kebesaran Allah. Bukan selalu dapat tengok keindahan yang unikkan. Picture ni diambil semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, balik kerja.. Subahanallah indahnya ciptaa-Nya.. Langit seakan-akan berbentuk kapal UFO.. ( penglihatan Unie la ) hihihi pengaruh movie barat.. sapa la tak tahu kalau cerita pasal UFO, cerita doggeng yang negara barat selalu terbitkan namun menjadi kerpercayaan sesetengah org... Hanya mampu ambil picute dari kereta, maklumlah hanya tumpang kereta bos balik umah... Dapat je pic dari group wasap ni terus Unie update kerana setiap hari itu bermakna. Lokasi ni dalam perjalanan ke Batu 4 ( Jalan menuju airport ) Tawau Sabah.. Thanks Mr.Alex bagi picture ni..








Saturday, August 13, 2016

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL | Setelah dua tahun baru hati terbuka nak konvokesyen. Ikutkan jadual konvo Unni adalah majlis Graduasi ke-18 namun kerana sikap yang acu tak acu Unni abaikan bab konvo ni lagipun berpikir ramai lagi sahabat tak join so ambil keputusan tak join juga.

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

Punca utama tak ke majlis konvokesyen adalah disebabkan tak ingin membazir dan Malas..maklum la kena pakai bajet yang banyak sebab kena pergi shah alam.. Sabah-shah Alam so kena naik flight, hotel dan sebagainya. lagi satu sebab, sebab ade tunggangkan kolej... tapi dalam dunia ni tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian...so jangan jadikan tunggankan kolej, duit tak cukup sebagai alasan. nnti meyesal mcm unie la...

Majlis Graduasi Ke- 20 


Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

rugi serugi-ruginya dan sangat-sangat rugi... dimana hati kau mula berasa gembira tetapi sekeliling hanya orang-orang asing yang kau sendiri tau siapa.. yang kau tahu student Ptpl, Kos yang sama. maksudnya tiada kawan seperjuangan tapi itulah hakikat yang unie kena terima..Tabahnya hati saat itu....

best sangat pakai jubah ni perasan yang xkan ada pada org x sambung stdy, x pergi konvo. wlpun tanpa rakan2.. unie tetap bersyukur parent semua ada bagi support. ada sesetengah student dtg hanya bersama kwn2 tanpa family.. tapi unie sebaliknya tanpa kwn2 tetapi parents sentiasa disisi.. I love my Family.

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

Ni la mak Unni ( sebelah unni ) hasil kejayaan yang mampu unni hadiahkan , katanya nk juga pakai baju konvo. Allahamdulilah mampu memberikan mak sebuah senyuman walaupun hanya segulung Diploma. Yang dua lagi ni cousin belah mak adik beradik.

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

Ini pula kak muli cousin belah ayah. Blog Nasa Mulia, dari dia la unni belajar blog ni, lama tumpang umah dia. Kazen yang paling banyak membantu unni semasa datang KL ni.


Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL
pigi konvo dlu bru tau mcmn perasaan dapat bunga dr parents..

lagi satu kerugian x konvo..org kampung pasti tau kita sambung stdy then mesti tercari2 mn gambar konvo( tren masa kini gambar konvo anak kat ruang tamu siap frame besar2- kenangan kot ) bila ko kata jujur mesti ada je yang mengata.. x abis stdy la, apalah.. hidup bermasyrakat macam tu la. so fhm2 je la...

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

hahahahaha... mcam ni la nasib bila konvo tanpa rakan seperjuangan.. unie baling je topi sorang2.. rugi sangat.da tu xkn nk ajak orang yg xkenal baling topi sama2.. feel xde lansung.. so jgn lepaskan peluang y mungkin sekali je dalam hidup ni..

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

Makmal perubatan.. kat situ nama unie sendri je unie kenal ( Fitriyani Binti Fendi)  yang lain mang xtau nama sapa. tak ada nama kawan yang biasa ada dalam class. ( sedih beb )

Konvokesyen ~ Majlis Graduasi Ke- 20 College PTPL

 tu je unie nk share. bukan nk kata wajib berkonvo tp habis study je x melambangkan kejayaan, dpt semua A (memang berjaya,tapi hati kita patut meraikan kejayaan). kejayaan pasti terpancar saat kita menerima anugera diatas pentas.. dimana kau menhulurkan kedua tangan mu dan kau diberikan segulung Diploma..  hanya Allah yang memahami betapa gembiranya hati saat itu..ITU LA NIKMAT KEJAYAAN SEBENAR. NIKMAT YANG PERLU DIRAIKAN OLEH HATI...

Salam sayang Unni Anje

Wassalam...