Saturday, August 27, 2016

Kontok-kontok Pakis



Assalamualaikum

Hari ni breakfirst dengan kontok-kontok atau lebih dikenali dengan panggilan Cucur atau cekodok Unie pun kurang pasti panggilan orang luar.. Kontok-kontok pakis merupakan panggilan suku kaum Bugis, macam Unie la. Gelaran ni memang di kenali kat sabah terutamanya kat Tawau, sebut jak kontok-kontok orang da tau, biarpun bangsa lain. Resepi ni sangat simple dan sesuai tuk orang yang pemalas macam Unie..

Nampak jak sayur pakis ingat kat adik yang selalu ajak buat kontok-kontok pakis masa sekolah dulu. Time tu Unie tingkatan 5 dia pulak darjah 5 time ( 2009 )..  So Unie pun teringin nak makan.. hihihi.. maklum la rindu kat adik, tinggal pun asing-asing, jumpa pun time raya jak.. Resepi ini semudah ABC urang bilang.. Potong-potong, campak-campak, gaul-gaul dan goreng...

Mudah kan, sekarang siap untuk digoreng.. Lada tu just pencicah.. terpulang la kat korang nak cicah guna apa. Sos pun boleh... Biasalah urang Sabah ni kuat makan lada, tak kira masa mesti mau lada. 

KONTOK-KONTOK PAKIS
Sumber : Nani Tasen

Bahan-bahan

1. 1 ikat Sayur pakis - dipotong-potong-
2. 5 ulas bawang merah - di tumbuk
3. 6 ulas bawang putih - ditumbuk
4. Lada putih secukupnya - ditumbuk
5. 2 biji telur
6. Tepung gandum.
7. Sedikit air
8. Garam secukupnya.

Cara-cara membuatnya

1. Tumbuk lada putih, bawang putih dan bawang merah bersama-sama.
2. Sayur pakis di potong-potong ( macam korang potong daun sup )
3. Campurkan bahan yang telah di tumbuk tadi dengan pakis yang telah di potong-potong.
4. Masukkan 2 biji telur, tepung dan garam secukupnya
5. Gaul hingga sebati.
6. Tambah sedikit air dan gaul hingga sebati.
7. Panaskan minyak dan Goreng

Tips
# Sayur pakis di rendam seketika bersana air garam then basuh bagi memastikan tiada ulat.

Selamat Mencuba  ^_^

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^