Wednesday, August 31, 2016

Resepi Sup Rusuk Payau

Resepi Sup Rusuk Payau | Sup rusuk payau in house.. Penah dengar tak payau tu apa?? Payau tu gelaran orang sabah, payau ni sebenarnya Rusa. Bukan senang nak dapat daging payau ni kalau ada pun harga memang mahal, sekilo mencecah RM18-20 ringgit btw harga dan rasa sangat berbaloi.

Kalau balik kg ada jak mak akan masakkan.. So cuti-cuti kemerdekaan ni mak buatkn sup rusuk payau. Orang lain sibuk sambut merdeka kat bandar kami sibuk kat dapur.  Makanan paling sedap adalah masakan ibu kan.. Kalau mak Unie masak macam rasa mo tinggal jak di kg terus.


Resepi Sup Rusuk Payau


Bahan-bahan

1. Tulang rusuk payau 1kg
2. 6 sekawan 1 pekat
3. Masako daging 1 pekat
4. Serai 2 ulas
5. Bawang Putih 5 ulas - ditumbuk
6. Bawang merah - di goreng (ikut suka berapa banyak)
7. Daun sup - dipotong-potong
8. Kelapa - dibuat kerisik
9. Halia - 1 ulas
10. Lada putih secukupnya - ditumbuk
11. Asam jawa - Cuci tulang rusuk biar tak hanyir
12. Garam secukupnya

Cara membuatnya

1. Tulang rusuk dicuci dengan air asam jawa dan cuci guna air bersih.
2. Lada putih, bawang putih, halia ditumbuk bersama-sama.- tepikan dulu
3. Rusuk yang telah di cuci direbus seketika bagi mehilangkan lemak-lemak.
4. Pindahkan daging kedalam periuk lembutkan daging dan masak selama 20 minit.
5. Bahan- bahan yang di tumbuk tadi di goreng bersama-sama serai, masako dan 6 sekawan kecuali sup bunjut sehingga naik bau.
6. Selepas daging di masak 20 minit pindahkan ke periuk lain then masak semula dengan api perlahan.
7. Masukkan bahan-bahan yang di goreng tadi dan masukkan sup bunjut.
8. Gaul hingga sebati then masukkan kerisik.
9. Masukkan garam secukupnya.
10. Masak sehingga mendidih
11. Bawang merah di potong then goreng dan daun sup dipotong
12. Then ready to eat.

Info Tambahan

Daging payau kena rebus lama-lama baru empuk, kalau ndak nnti makan kenyal jak. Tapi kalau mak Unie rebus guna 20 mini jak guna periuk ni. Ini memang periuk khas untuk melembutkan daging. Set jak masa 20 minit. Sebenarnya 15 minit tapi lagi elok lebihkan. 20 minit jak daging terus lembut tak payah  nak jaga tepat 20 minit matikan jak gas.. Then pindahkan ke periuk lain tuk campur bahan-bahan ( periuk ni khas lembutkan daging jak bukan masak daging ).

Kalau mak jenis tak suka beli barangan segera or package, Contohnya macam bawang goreng, kerisik, mesti mak buat sendri jak. Tapi kalau Unie tak suka bawang-bawang, daun2 sup ni.. x blh masuk tekak.. Nak buat kerisik senang jak, kelapa parut tu di goreng sampai garing ( kekuningan ) then ditumbuk. Mak kata kerisik ni akan buat kuah sup makin kental, Wangi dan sedap. Dan bahan-bahan lain ditumbuk then di goreng sampai naik bau. Elakkan bahan-bahan di blend bagi megekalkan keaslian rasa.

Pastikan api slow time mengoreng kelapa tau.. Biar tak hangus jadinya.. Satu lagi mak jenis tak suka guna bawang merah dalam masakkan sebab ada sorang customer Cina tu bagi petua kat mak kalau nk masakkan sup-sup ni  lagi sedap jangan guna bawang merah. So bawang merah di jadikan bawang goreng. Cara buat dengan makan memang berbaloi.. kalau makan sampai dua tiga kali tambah, tapi Sabda Nabi Muhammad SAW '' Berhenti sebelum kenyang, Makan sebelum lapar.'' So jangan rakus ok...


Sapa yang ndak kenal rusuk payau tu, ini la tulang rusuk payau yang sudah siap di potong-potong. Sebelum masak kena cuci bersih-bersih tau bagi hilang hanyir. Kalau petua mak, mak cuci guna air asam jawa biar hanyir tu hilang. Lepas da hilang hanyir tu kena rebus dulu hilang kan lemak-lemak, tak buang pun boleh juga tapi kata mak semua tu penyakit..hihihihii 

Selamat memcuba  ^_*

Salam sayang Unni Anje


Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^