Sunday, September 11, 2016

, , , , , , ,

Arafah Sebaik-baik Hari

Hari Arafah 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 (Ahad)


Assalamualaikum,

Hari ini 11 September 2016 (Ahad) bersamaan 9 Zulhijjah 1437H merupakan waktu Wukuf di Arafah antara 5.20 pagi - 11.30 malam waktu Malaysia. Berdoa lah ketika itu kerana doa waktu itu amat mustajab, moga doa kita di makbulkan. Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang penting, tanpanya ibadat haji tidak sah. 

Hari sebaik-baik Doa.

Sabda Rasullulah SAW,

'' Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula yang diucapakn oleh para Nabi sebelumku, adalah ucapan, 

Laa ilaha ilallah wahudahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kuli sya-in qodir


( Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasi segala sesuatu).''

[HR.Tirmidzi no 3585]

Dan baginda bersabda lagi,

Puasa di Hari Arafah

Antara kelebihan di Hari Arafah.. Kita sebagai manusia biasa yang memang tidak lepas dengan dosa, jadi sapa yang tak mahu di ampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.. Bagi yang  tidak berpelung untuk berpuasa berdoa lah sebanyak mungkin, In sha Allah doa-doa kita akan di makbulkan.. Amin Ya Rabbal.. Sedikit perkongsian yang tak seberapa.. Wallahu..

Salam Salam Unni Anje

Wassalam
Share:

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^