Saturday, November 5, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging #3 Tempat Makan BEST

Cabaran #3 ni paling best  iaitu Tempat makan Best!!! Kalau bab tempat makan tu Paling terre.. Sebab Unni memang jenis makan kat luar jak. hihihi. Kalau boleh nak senarai semua but Unni just pilih yang paling the Best! Kot2 korang tetiba ada yang nak datang Tawau so wajib la makan kat sini..

Tempat Makan Best

Pilihan 1 : Food Centrel Tawau

Restoren ni merupakan restoren pilihan Unni untuk breakfast. Harga memang mahal sikit berbanding kedai lain tapi makan dia perhh sedap!!

 Restoren ni berhapiran dengan CIMB bank Tawau, boleh kira lokasi stretegik juga la.

Makan pilihan Pau ayam!! Harga RM3.90 besar kan. dan Nasi Goreng Kampung RM9.90. Nasi goreng kampung je tapi siap ada telur, sayur, papadom dan ayam tau..

Pilihan 2 : Kedai Maskur Merotai

Kedai ni memang nampak biasa-biasa tapi memang terkenal kat Tawau!! Siap orang jauh pun dapat makan kat sini. Kedai ni terkenal dengan SUP TULANG..

Sup Tulang Maskur. Datang Tawau sebut je kedai Maskur semua tahu.. Tapi Kedai Maskur da banyak Buka cawangan 4 kat Tawau dan 1 kat Lahad Datu.

Walaupun mempunyai banyak cawangan ramai kata rasa tak sama. Unni pun da penah rasa cawangan lain memang x sama dengan cawangan asal ( Merotai ).

Pilihan 3 : Restoran Balikpapan Seafood

Maaf gambar gelap sikit, maklumlah datang time malam.. Restoren ketiga masakan ala Indonesia!! Nama pun Balikpapan.


Makanan memag ala-ala Indonesia.. Sedap tau sampai jilat jari!! tak pa jilat jari sunnah Rasulullah kan. Btw paling femes kat sini ikan Baulu Bakar tanpa Tulang.

Ikan Baulu Bakar tanpa Tulang atau lebih dikenali sebagai Ikan bandeng. Tak sure apa panggilan belah semenajung.

Sekian..

Salam Sayang 

Unni Anje

Share:

11 comments:

  1. Kalau pegi sabah, mek nk mintak iterinary dengan unnie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. boleh mek, mai datang sabah Unni bawa tempat yng paling the best!!

      Delete
  2. Replies
    1. meh la dtg sabah..curi masa tu cikit

      Delete
  3. sedapnya pau tu, besaq! Hihihi, yeay mek join cabaran jugaaa..geng3

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar kan.. 3 orang pun blh makan..hahahahaha

      Delete
  4. Pilihan 2 dan 3 nampak best. Tengok gambar je pun dah mengiurkan.

    ReplyDelete
  5. semenanjung orang panggil ikan susu...di philipina sana ikan tu dikenal sebagai bangus fish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ikan susu, search kat google klur lak ikan bandeng...hihihihi... bangsu fish pernah dgr jgk.. hahahha

      Delete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^