Wednesday, November 30, 2016

, , ,

Ceaser's Place Kundasang, Ranau

﷽‎


Assalamualaikum,

Ceaser's Place Kundasang, Ranau merupakan tempat kami Cekin baru-baru ini dalam Travel jelajah Borneo Sabah Part 2 ~ A Day To Remember ( Aki Nabalu ) hujung september lalu. Kami memilih tempat ini kerana view Gunung Kinabalu yang cantik dan murah.

Kaunter pendaftaran, tapi kami memang da boking awal-awal, call jak No tu sebab kebiasaanya tempat ni selalu full lagi-lagi musim cuti sekolah.

Kami telah menempah dua homestay ( kiri dan kanan gambar ) tanpa dapur. Satu homestay dua bilik ( setiap bilik ada bilik mandi ) dan ruang tamu. Satu homestay RM250 so total RM500.

Bilik sebuah katil King tapi boleh muat 3 orang.

Bilik air disetiap bilik. Wajib ada water heater sebab kalau tak ada memang tak boleh mandi! Cuaca sini memang sejuk tahap dewa. Sebab tu kipas or aircond tak disediakan.

Ruang Tamu yang di lengkapi kerusi, meja dan Tv.

Kat side Ruang Tamu ( rujuk anak panah ) ada sebuah meja kecil yang diletakkan gelas dan kettle. Gambar ni jak jumpa.

VIEW DARI HOMESTAY KAMI

Jelas kan view Gunung Kinabalu, kena awal pagi. Kalau tak nampak awan jak la.

Macam ni, awan da mula menutupi Gunung Kinabalu.

Sebuah meja diluar, kat sini boleh buat BBQ.

Awal pagi, semua muka baru bangun.

View Ceaser's Place 

View dari parking kereta Ceaser's Place.

Ruang parking yang luas.


Bilik ini hanya RM80 satu malam, sebuah bilik dan bilik air ( 2 katil single ).

View homestay yang lain di Ceaser's Place Kundasang, Ranau

Kalau datang kundasang Ranau boleh la Cekin kat sini MURAH, SELESA dan CANTIK. Penginapan kami selama dua malam, so malam tu kami buat BBQ kat sini, peralatan BBQ semua pihak homestay sediakan minta jak kat reception, nak basuh kain pun boleh. Nanti Unni update BBQ kat sini.

Di nasihatkan kalau datang sini make sure pakaian tu biar tebal sikit, lagi-lagi yang tak biasa keadaan sejuk.


Share:

11 comments:

  1. wah! seronoknya. tempat dia pun cantik
    saya belum pernah sampai pun sana
    in fact tak pernah sekali pun dalam hidup naik kapal terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. pobia naik kapal ka?? best la.. jum dtg sabah!!

      Delete
  2. mek dah noted :) tell me more unnie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikan entry seturnya mek.. hahahaha.. byk lagi kat lp x ter update2

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Cantik suasana nya Unni.. mo jugak lah nti try ke sini.. pernah pigi Kundasang tapi stay di home stay biasa jak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk lgi yang best sis...tp sini pun murah jgk y pnting share2 hihihi

      Delete
  5. Waaa..bilik mengadap Gunung...sangat mendamaikan...

    ReplyDelete
  6. Belum pernah sampai ke Sabah.
    Teringin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^