Sunday, November 6, 2016

Pasar Minggu Merotai


Morning..

Selamat berhujung minggu kamu. Hari ni aktiviti pergi ke pasar minggu. Pasar minggu adalah pasar yang di buka setiap hari ahad di Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai, Tawau. Semalam officemate Unni bermalam kat umah Unni.. Kebiasaan hujung minggu dia selalu datang. Unni dok sorang so tak kisah la, lagi best ada kawan.



Tak sure la jin mana yang merasuk pepagi gerakkan hati nak pigi pasar minggu. Ini adalah kali pertama Unni jejak kaki ke pasar minggu kat sini setelah 1 tahun lebih tinggal kat sini.. Pasar ni dengan umah sewa Unni dekat jak dalam 10 minit jalan kaki.

Sebenarnya kehadiran kami masih awal, gerai pun masih banyak belum buka, masih sibuk mendirikan kemah masing-masing. Semangat ni!! orang kata macam-macam ada, tapi motif utama just nak cari sarapan pagi. hahahah

 Pelbagai jenis kuih muih

Ini adalah makanan tradisional orang Bugis. Burasak !! selain kat Sabah kat Johor pun banyak kot. Burasak ni selalu jumpa time raya jak. Kalau hari-hari biasa memang susah nak jumpa.

 Burger Tawau, yang pasti murah dan sedap. Office boy penah belikan kat sini.

 Laksa, tapi tau laksa apa.. Yang pasti Unni memang x minta laksa Sabah ni, kuah cair jak, tapi ikut air tangan orang juga la. Hahahahaha.. I Like Laksa Orang Utara. Selalu makan time keja KL dulu.

 Ini pulak jualan jajan aka kerepek. Buatan Orang-orang merotai.

 Yang tepi tu gado-gado, makanan asli orang jawa dan sebelah nya tu gogos atau pun pulut panggang. 

 Minum hanya RM1.00 satu cup.

Kalau bekas segi empat tu da biasa makan, kek chesee dan kek coklat. Tapi yang bekas bulat tu yang unik sikir Kek Zombi. Hahaha sebab colour dia kot macam warna Zombi. Unni pun first time dengar.

Kedai ni baru buka, jual mangga, jagung rebus dan pop corn.. Sempat beli mangga then abiskan terus. Pagi-pagi layan mangga.. Mujur la perut ni kebal.

Semua ada tau. Tapi barang-barang ni 100% buatan indonesia.

Telur yang di jual mengikut gred.

Sebenarnya ni motif utama juga. Office mate Unni nak beli sayur nak bawa balik umah dia. Sayur kat sini segar2 yang pasti banyak sayur2 kampung, macam jantung pisang, bunga betik, daun ubi kayu dan banyaklah. So lepas beli sayur dia terus balik umah then Unni balik umah Unni.

Dan hasilnya!!!

Kek Zombi jak ni la terbeli dan kuih, tapi kuih da abis!! Hahahahaha

Banyak lagi jualan kat sini macam kraftangan, jualan bandel, pakaian, barang elektronik dan sebagainya tapi masih dalam proses membuka kedai masa Unni datang.

Sebenarnya jatuh cinta kat beg merah tu.. Kemas ayaman dia tapi bila fikir-fikir beli pun mesti tak guna sebab kat umah banyak da, so simpan dalam hati jak niat.

Korang buat apa hujung minggu ni??

Sekian..

Salam Sayang

Unni Anje

4 comments:

  1. Best jugakkan layan pasar pagi ni. Kat sini ade pasar tani. Pg jugak. Mcm mcm kuih lauk nasi n buah bleh cr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .. first jgk pergi.. macam2 makanan.. rambang mata nk beli

      Delete
  2. kirim dandangan sama pisang sabah, kirim pigi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. sapa yang balik sabah nnti?? tu dandagan la kasi kirim kalau pisang sempat buruk..

      Delete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^