Friday, November 11, 2016

PROGRAM CUTI SEKOLAH ~ KEM NAFAZ 2016



Hari ni Unni dapat pesanan dari group whatapps. mengenai program cuti sekolah.. Wahh menarik sungguh program yang bakal dijalankan.. Terus Call penganjur, alhmdulilah Unni da daftar nama adik-adik Unni dan tarikh pendaftaran kemasukkan 27 November 2016 nanti.

Berita baik buat warga Tawau!!! kepada ibubapa yang ingin melihat anak mampu menjiwai Al-Quran, anak dapat berdikari, mengamalkan kehidupan sunnah, anak menghafal Hadis dan anak berupaya mengamalkan sunnah harian.


Pengalaman bersama MPP MDH dalam KEM PRATAHFIZ (NAHDATUL HUFFAZ 2016) NAFAZ.
MPP Madrasah Darul Hidayah Sg Imam Tawau kini menawarkan khidmat untuk mentarbiah, mendidik  anak-anak syurga anda ke arah kecermerlangan terbilang dalam kehidupan harian anak soleh dan solehah. InshaAllah.

Gambar Hiasan Google
Program ini dibuka bagi menghindari masa cuti anak-anak dengan aktiviti tidak berfaedah dan Ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda tidak pandai membaca Al- Quran atau mengenal huruf lagi kerana program ini mempunyai Modul pembelajaran yang akan membantu peserta belajar dengan mudah.


PENGISIAN SMART KEM NAFAZ 2016

TAHSIN SMART IBADAH SAHIH
✅ Qiamulail-sunat taubat, tahjud,hajat,witir
✅ amali solat
✅ bacaan dalam solat
✅ wirid dan zikir
✅ qabliah dan ba'diah

TAHSIN SMART AKHLAQ
✅ adab ibu bapa
✅ adab bersahabat
✅ adab berpakaian
✅ adab berkomunikasi & adab penggunaan I.T

TAHSIN SMART AQIDAH SAHIH
✅ rukun islam
✅ rukun iman
✅ mencintai Rasulullah [ Penekanan, Aqidah ahli sunnah, wal jamaah ]

TAHSIN SMART AL QURAN
✅ Tajwid
✅ makhraj huruf

SMART HAFAZAN KALAM ILAHI
✅ surah yasin
✅ surah sajdah
✅ surah almulk
✅Juzuk amma dan surah2 pilihan yang lain.

AMALAN HARIAN MENGIKUT SMART SUNNAH
✅ berpakain
✅ makan minum
✅ tidur
✅ bermain
✅ belajar
✅ mandi

SMART HAFAZAN
✅ HADIS NABI

Tarikh 
 27 November 2016 sehingga 11 Disember 2016

Anjuran 
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) MADRASAH DARUL HIDAYAH SG IMAM TAWAU

Lokasi
 Madrasah Darul Hidayah, Lorong 6, Kg Sg Imam Peti Surat 1304,91038, Tawau. Sabah.

Syarat Penyertaan

Peserta lelaki dan perempuan seawal 11 tahun sehingga 19 tahun.
Yuran Penyertaan RM300 [ RM500 untuk 2 orang anak ]
Warganegara Malaysia
Keterangan Lanjut SMS/ Whatsapp atas talian berikut 

010 9482919 ~ Ustaz Rusli Hasani
  014 8514296 ~ Ust. Ardi Rahman
 013 8741389 ~ Ustazah Nurbaya
012 8108065 ~ Ust. Ahmad Taufik.
017 8230098 ~ Pn.Mulyani Jam Jam
012 8658132 ~ Sdr. Muhammad Nasir Ali

AKTIVITI RIADAH SMART SUNNAH DAN SMART KESENIAN ISLAMIK, TERISTIMEWA

Tempat penginapan, makan, bahan penerbitan dan fail akan  pihak kami sediakan

Salam Sayang : Unni Anje

8 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^