Monday, November 21, 2016

SABAH ROAD TRIP DAY 7 ( 21 May 2016 )


﷽‎

Kota Merudu - Kudat - Kota Belut - Kota Kinabalu
Assalamualaikum,

Lama Sungguh baru terupdate day 7 ni!! Huhuhuhu, entah jak yang di buzykan.. Unni Up post lain dulu, day 7 merupakan malam terakhir kami berlima!1 fuhh sedih pulak time ni. Semalam bermalam kat Umah Ann. Kamu nak tahu walaupun Ann ni dengan kami berlainan agama, very respek kat family dorang sangat-sangat menghormati agama lain. Terharu kejap !! hihihi. Hari ni juga kami akan kembali ke Kota Kinabalu!! Perjalanan Kota Merudu -Kudat - Kota Belut - Kota Kinabalu.

Kota Merudu

Kota Merudu merupakn sebuah Daerah kecil di bahagian Kudat. Daerah ini terkenal dengan jagung dan setiap tahun Pesta Jagung akan di adakan di sini. Sebelum tinggalkan rumah Ann kita snap dulu..

Bersama Family Kak Ann. Ini la family Ann yang spoting dan baik hati. Bersama Mummy, Daddy dan dua adik perempuan dia.

Pemandangan Indah depan umah Kak Ann. Best kan tinggal kat kampung.

Sebelum memulakan perjalan wajib la makan !! Restoren Sri Merudu merupakan restoren yang agak terkenal kat sini.

Nampak tak restoren ni memang terkenal siap jumpa Abam artis makan kat sini ( Kumpulan Zero )
Kudat


Kudat nama pada asalnya daripada perkataan Bajau iaitu ''Takudat'' yg bermaksud terkejut. Bandar ini ditubukan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company ( syarikat Borneo Utara ) Pada 7 Dic 1881 dan menjadi ibu negeri pertama Britsih Borneo Utara kerana lokasinya yg strategik. Sempat Unni tukar baju tau!! hihihi

Maranjak Longhouse Lodge


Maranjak Longhouse Lodge merupakan rumah tradisional masyrakat Rungus. kat sini bukan setakad rumah pameran tetapi boleh menginap. Siap ada package.. Semua kemudahan disediakan termasuklah tempat memasak.

 Paling Win bila jumpa gambar macam ni!! hahahaha, ketawa sendiri jak tengok

Galeri Kraftangan

Unni da share entry pasal Maranjak Long House ni. Kamu baca kat SINI. Boleh tahu lebih detail pasal tempat ni.

Esplanad Sidek


Esplanad Sidek ditubukan pada 27 April 2002 oleh Datuk Chong Kah Kiat - Ketua Menteri Sabah ketika itu.

 Macam Titanic kan!! huhuuu..Bukan senang nak nikmati udara segar macam ni lagi pemandangan indah.

Menara jam Esplanade Sidek Kudat

Yang ni pun da buat entry khas tempat ni. Boleh baca SINI. Gambar kawasan sekitarnya Unni ada share kat entry tu.

Padang Terbang Kudat


Padang terbang Kudat merupakan Lapang Terbang Kudat. Merupakan Laparan yang paling kecil di Sabah. dan hanya dijalani oleh MasWings.

Comel kan model hihihi.. kecil jak Lapagan terbang ni rumah kamu mybe lagi besar, Baca kat SINI untuk baca lebih detail pasal Lapang Terbang Kudat ni.

Simpang Mengayau


Simpang Mengayau mereupakan destinasi terakhir kami sebelum balik Kota kinabalu. Kami akan menanti SUNSET sebelum meruskan perjalan pulang Ke Kota Kinabalu. Boleh baca kat SINI untuk view full tempat ni,

Antara View sebelum SUNSET

Menanti ketibaan SUNSET

Sunset bersama Simpang Mengau..Kalau datang sini petang paling best sebab nak tengok Sunset yang indah

SUNSET. Baca SINI

Kota Belut


Kota Belut Terkenal dengan gelaran ''Daerah Koboi Timur'' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, lembu dan kerbau. Namun, ketibaan kami agak lewat so kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Lagipun malam-malam mn ada apa yang buka.

Kota Kinabalu


Supper at Tanjung Lipat
Malam ni merupakan malam terakhir kami bersama. Kami bermalam kat rumah aunty Ann.

Last Day..
Day 8 ( 22 May 2016 ) ~ Continue

Salam Sayang : Unni Anje

More : Klik kat bawa kalau nak ikut perjalanan kami
     | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |



    6 comments:

    1. wow... bestnyer sis:: cantik2 tempat ka sana.... gambar sis pun cantik2... bila agaknya dpt pegi ni... :)

      ReplyDelete
    2. Laaa x habis lagi entri jalan2 .. x tau la bila nak pergi nih hiii.. memang tempat yg cantik

      ReplyDelete
    3. Memang cantik tempat tu. View sunset buatkan SB terkenang kat pantai Miri..

      ReplyDelete
    4. Waaaaa bestnyee.. Lea teringin nak p sarawak.. Tapi tataw la bila dpt p..

      ReplyDelete
    5. Wah!! Banyaknya tempat menarik.. Kalaulah kak Sha berani naik kapal terbang.. mesti kak Sha da sampai sana..

      ReplyDelete
    6. Rasanya Sabah memang ada pemandangan nature yang cantik. Sukanya tengok sunset. Indah bangat ^_^

      Baru akak tahu apa erti Kudat. Terkejut/terkujat rupanya....

      ReplyDelete

    Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^