Saturday, November 12, 2016

, ,

Seminar Keluarga Mawaddah Wa Rahmah ( KAMAR )

Hai kamu..

Seminar Keluarga Mawaddah Wa Rahmah atau singkatannya KAMAR merupakan seminar kedua yang Unni hadiri selepas seminar Aku Mawar Berduri.. Proses clearkan gambar-gambar yang tidak berguna sedang giat Unni jalankan di hujung minggu ni. So jumpa la beberapa keeping, selebihnya Unni ambik dari page ABIM.


Seminar '' KAMAR '' seminar yang berbentuk forum. Seminar ni diadakan awal tahun ni iaitu 27 Febuari bersamaan 18 Jamadilawal 1437H bertempat di Auditorium Perpusatakaan Tawau, tempat yang sama dengan seminar Aku Mawar Berduri.

Barisan pengerusi majlis. Adik2 semua. Alhmdulilah muda-muda da buat program besar, program yang dihadiri penduduk Tawau dan majlis daerah.

Seminar kali ini dibanjiri dengan penduduk Tawau, dan terbuka kepada lelaki dan waniita, Pendaftaran percuma siap makan 2 kali.. breakfast dan lunch.

Dua penceramah lelaki ni mengusap tentang isu keluarga. Menuju keluarga bahagia. banyk tip2 yang di kongsikan disini. Bukan hanya untuk pasangan yang da berkahwin tapi untuk pasngan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Side kanan para muslimat dan side kiri muslimat. See semua kusyuk dengar ceramah. Bukan senang nak dapat ilmu macam ni, da la free penceramah pulak bukan calang-calang orang!! sekali lagi Unni memang tak tau sapa nama penceramah..

Seorang penceramah wanita, penceramah yang sama dengan Aku Mawar Berduri.  Kalau dia bagi ceramah memang terbaik, masuk jiwa!! kali ni dia sampaikan modal pendidikan Luqmanul Hakim. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat dengar ceramah dari dia.

Unni ada terselit kat dalam gambar ni !!! hahahaha.. kali ni xda selfi2 sebab kehadiran Unni bersorangan tanpa teman, da ajak semua kawan-kawan setempat masing-masing sibuk.. So bawa diri jak la, nasib x duduk sorang-sorang. Tak pa la kan tak da kawan pun tak kisah janji ilmu yang kita dapat tu lagi bermakna.

Sekian

Salam Sayang

Unni Anje





Share:

4 comments:

  1. Bgusnya unnie luang masa ntuk benda benda cm ni.

    Kat kelantan ade jugak seminar cam ni dia jemput semua tp tu lah. Kekangan masa --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu Unni pun jarang dpt hadiri mcm ni 10 anjuran 2 3 je dpt sangkut..

      Delete
  2. Rajinnya Unni ke majlis macam nie.. Biar tak de kawan. ☺Janji dapat ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bia xda kwn.. jnji dpt ilmu, tpi tu la kak sha jarang jg dpt, bnyk lagi y tlepas dr mhadiri

      Delete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^