Wednesday, December 7, 2016

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau

﷽‎



Assalamuaaikum,

Sapa pernah buat spa?? Best kan.. Kali ni Unni nak share satu lagi tempat yang paling best kat Ranau, Sabah!! Semestinya tempat ni destinasi wajib kalau datang Ranau, lagi-lagi para pendaki. Apa yang best?? best buat spa original. Spa Fish.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau

'' TAGAL '' Spa Fish terletak di sungai Moroli Kg Luanti Baru Ranau. Mengambil masa 2 jam 30 minit dari Kota kinabalu. Tagal membawa maksud tidak memancing. Tagal bertujuan bagi memelihara alam sekitar dan ekosistem yang memberi manfaat kepada generasi akan datang. 'Ikan pelian' atau Mahseer Malaysia merupakan spesis Cyprinidae. Ikan-ikan mampu memberi urutan penyembuhan ( Spa ).

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Bayaran masuk setiap sorang, Kat tiket ada number giliran so kena tunggu la number anda di panggil baru boleh turun ke sungai. Setip kumpulan hanya 10 minute sahaja.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Tambah RM3.00 caj camera. Bayar RM3 jak lepas tu nak bawa 10 camera pun tak apa. Then beli makanan ikan RM0.20 sebungkus.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Kaunter pembelian tiket. Teringat pulak adik baju putih peramah sangat, time Unni pi beli tiket dalam keadaan kalan terhinjut-hinjua ( kaki sakit lepas mendaki Gunung Kinabalu ) then dia tnya baru lepas mendaki ka kak?? Tau-tau jak ko dek!! bila borak-borak, rupanya tempat memang destinasi wajib selepas pendakian.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Peraturan itu wajib kat semua tempat.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Ruang menunggu nombor giliran da macam Jabatan Kerajaan pulak kan siap tunggu number giliran.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Kredit Picture : sayang sabah
Image Penuh gambar Sg. Morolo. ini la sungai tempat spa fish. Tapi time Unni datang tempat ni ada Line merah means lepas line tu adalah kawasan air dalam.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
See muka dorang ni, muka takut ka geli?? cer teka demi nak berselfie.. so gagahkan diri. Baju hijau Aiman berasal dari Kelantan dan sebelah tu Zaini asal Perak. kat sini cuaca sejuk tak kira time sebab dorang dua ni guna sweater.


Alahai buruknya muka kat situ !!! hahahaha.. jangan risau yerr ikan-ikan ni semua selamat, tak mencederahkan kami orang. Ikan-ikan ni just makan sel kulit-kulit mati kat kaki, tu la makanan spesis ikan ni.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Yang paling best, jangan susah-susah panggil ikan sebab kamu turun jak kat sungai tu, ikan yang serbu kita !! macam Train to Busan, nampak jak manusia ramai-ramai datang serbu. so ikan ni ibarat zombi la. Hahahahahaha.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Jangan risau pasal makan semua ada jual kat sini !! Banyak gerai dibuka yang penting harga tak mahal sama dengan tempat biasa. Tempat makan pun ada , kat kauter beli tiket tadi. Lot parking pun luas. Then kat sini ada sebuah jambatan gantung!!

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Sempat juga naik atas bergambar. Kuat penagan selfie ni kaki sakit pun gigih jugak naik sini semata-mata nak bergambar.

Macam mana best ka?? kalau nak merasai sendiri spa fish tu macam mana, wajib la datang sini!! listkan destinasi wajib anda kesini ketika melancong ke Sabah. #MYTRAVELOKAESCAPASE kan ada !! Hahahahahah.

Sekian.


9 comments:

  1. Wah.. Kalau Reen ni, Reen nak 1 badan! :p

    ReplyDelete
  2. Untungnye.. saya pernah ke sana tapi tutup sebab hujan lebat..

    ReplyDelete
  3. Bonde pernah datang sini... Baru2 ni pergi Sabah tak sempat nak terjah fish spa... hi hi hi...

    Suka ikan2 tu...

    ReplyDelete
  4. Salah satu tempat idaman mai ni Unni....Mai mmg suka ikan...

    ReplyDelete
  5. alahai bestnyaa unnie. teringin gak nak pergi 😩😩

    ReplyDelete
  6. Asalam..wah ..seronok melihat ikan depan mata ..jinak tapi sukar jg di tangkap kan..hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini dik...wahh....bestnya...akak belum pernah ke sini...

    ReplyDelete
  8. Unni... akak tak nak buat spa fish ni. Gelilah pulak.. huhu

    ReplyDelete
  9. oo nampak best tapi mek tak tahu la kalau pegi sabah nanti, spouse nak ke tak aktiviti ni. syabas unnie sebab berjaya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^