Friday, December 16, 2016

,

With Hijab You Are A Queen

﷽‎ 

With Hijab You Are A Queen

Assalamualaikum,

Allahamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari 16 Rabiul Awal 1438H bersamaan 16 Dicember 2016. Hari ini hari yang bakal berlaku hari pambalasan dan penamat segalanya '' QIAMAT '' Wallahualam.

Wahai Wanita sudah kah kita melaksanakan Tanggungjawab kita sebagai Wanita Pada Hari Ini?? 

Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah SWT berfirman :

'' Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.''

Aurat ku Maruahku, adakah kita masih menjaga maruah sebagai seorang wanita?? 

Apa itu AURAT??

Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu 'AURAH' yang membawa maksud KEAIBAN manakala istilah feqah bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup / dilindungi dari pandangan.

With Hijab You Are A Queen



Aurat itu perintah Allah sama ada suka atau tidak, ikhlas atau tidak!!! Tunggu seru baru nak pakai tudung?? bagaimana jika seru kematian menjemput dahulu?.. Hijab itu WAJIB jangan terlalu banyak alasan untuknya kelak nanti alasan tersebut membuat kita tak sampai ke SYURGA .. Wallahualam

Aurat itu AIB wanita, jagalah ia selagi masih sebaik mungkin. Jangan cemarkan maruahkan kita dengan membuka aib sendiri. Jaga aib mu dan sahabatmu, selagi itu ALLAH menjaga aib kita.

'' AKU INGIN CANTIK SEPERTI MEREKA DENGAN FESYEN TERKINI, TAPI AKU LAGI INGIN CANTIK DI MATA ALLAH, ''

Jadikan lah AURAT kita sebagai MAHKOTA kita. MAHKOTA yang bakal menjadikan kita AINUR MARDHIA

With Hijab You Are A Queen

Aku tidaklah sehebat dan semulia KHADIJAH, juga tidak se Taqwa AISYAH, dan tidak setabah FATIMAH. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang memiliki cita-cita menjadi. 'WANITA SOLEHAH

Amin Ya Rabbal
Jum berhijrah 😍😍😍
Sekian.


Share:

13 comments:

  1. Terima kasih atas perkonsgian ni. Mudah mudahan mampu menjadi wanita yang cantik budi dan pekerti :)

    ReplyDelete
  2. Dulu before fully pakai tudung, rasa macam nothing's wrong.. But bila dah pakai tudung, rasa malu nak bukak.. Rasa mcm awkward kalau tak pakai ..

    ReplyDelete
  3. Jgn kerana kita yg lalai buat atok, ayah, suami, abang dan adik lelaki kita terjerumus sama masuk ke neraka. Kalau sayangkan mereka kita sebagai perempuan kena jaga aurat dan maruah diri.

    ReplyDelete
  4. inshaAllah sama2 kita menuju ke arah ni, Cik Renex stkin kaki tu x istiqamah ag. doakan CR ye. :)

    ReplyDelete
  5. Allah dah ciptakan manusia dengan manual sempurna. Kita ikut saja

    ReplyDelete
  6. semoga kita terus dibawah redha Illahi...
    Cik Nur singgah sambil isi tabung

    ReplyDelete
  7. CANTIK JELITA WANITA BERTUDUNG LENGKAP

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Wanita muslimah penghuni syurga

    ReplyDelete
  9. tq atas peringatan ni unni.. <3 sama2 kita istiqamah.. doakan busyra juga. :)

    ReplyDelete
  10. stokin tak. hihi. bukan tak, belum lg. insyaAllah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^