Wednesday, February 1, 2017

Apa Itu Hailulah, Qailulah dan Ai'lulah



Assalamualaikum,

Apa yang kita faham tentang  Hailulah, Qailulah dan Ai'lulah?? mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu  Hailulah, Qailulah dan Ai'lulah kan.  Hailulah, Qailulah dan Ai'lulah merujuk kepada waktu tidur seseorang.

Hailulah - Merujuk kepada tidur selepas subuh ( orang-orang yang tak bangun solat subuh juga termasuk ). Hailulah akan menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

للَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih..

Qailulah - merujuk kepada tidur sekejap sebelum zohor sekadar 15-20 Minit, Qailulah amat bermanfaat ( sumber kekuatan solat malam )

Sabda Rasulullah s.a.w

Bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah''.

(Riwayat al-Tabarani)

Ai'lulah - Merujuk kepada tidur selepas asar. Ai'lulah mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gunda dulana kecewa dan gelisah.

Ibn Qayyim berkata:

"Banyak tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (selepas Subuh sehinnga terbit matahari) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Moga bermanfaat.
Coreran

11 comments:

  1. Terima kasih Unni atas perkongsian ❤

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Semoga jadi ingatan buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. jarang tidur siang, tapi nanti nak amal tidur sekejap sebelum zohor.

    ReplyDelete
  4. lamanya tak singgah blog unni.. tq atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. qailullah- memang segar bugar jadinya

    ReplyDelete
  6. thanx unni !!! lama kakak tak singgah lepak sini.. hee~ macam biasa.. entri best..

    ReplyDelete
  7. Alamak. Kalau hr cuti memang tido lerr lepas subuh.

    Yg nk tido sblom zhor tu nk buat tapi tk dpt --'

    ReplyDelete
  8. Terima kasih unni atas perkongsian ni... :)

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar jugak pasal ni.... Susah nak hilang kalau dah habit tidur lepas subuh tu .... Risau betul kat anak anak...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, nice sharing. Terima kasih unni

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^