Wednesday, February 22, 2017

,

Bulatan gembira di Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Assalamualaikum,
Hai kamu semua, Unni harap semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Allahamdulilah sekarang telah di beri kelapangan untuk Unni kembali bergiat dalam menulis blog. Namun masih x berkesempatan nak BW beberapa blog.

Bulatan gembira di Taman Raudhah adalah penyebab utama Unni tak aktif dalam berblog. Hihihihi..

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah

Mesti ramai da tahu kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira Di Taman Raudhah??

Bulatan Gembira merujuk kepada kita berkumpul dalam satu kelelompok dengan orang-orang yang membuat kita rasa gembira, bahagia dan sewaktu dengannya.

Taman Raudhah merujuk kepada Taman-taman syurga yang membawa maksud majlis-majlis ilmu agama.

Dengan erti kata mudah USRAH

Allahmdulilah Bandar yang Unni diami Bandar Tawau penuh dengan Taman Raudhah setiap minggu dengan pelbagai anjuran. Salah satu nikmat yang Allah beri

Naqibah Unni pernah berkata :

'' Sesungguhnya hanya orang-orang terpilih oleh Allah sahaja dapat menhadirkan diri dalam majlis ilmu, maka jadikan la diri sebagai orang yang terpilih ''.

Perkongsian sedikit Taman-taman Raudhah kat Bandar Tawau

Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Futsall Batu 2 Jalan Apas Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Koptiam Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Highway Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Taman Awam Muhibah Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Perbandaran Tawau ( Masjid Hijau )
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Masjid Al-Kauthar Tawau
Bulatan gembira di Taman-Taman Raudhah
Tanjung Batu Payung Tawau
Majlis Ilmu bukan sahaja boleh dilakukan dalam masjid tapi dimana-mana yang penting senang di datangi oleh sesiapa pun.

Dalam majlis ilmu 1001 Ilmu yang kita perolehi. Bukan Sekadar ilmu akhirat tetapi ilmu dunia yang bakal membantu kita di hari akhirat kelak.. In Shaa Allah dengan Izin Allah..

Dari Jabir Abd RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

'' Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah kepada Nya dari ilmu yang tidak bermanfaat  '' - HR Ibnu Majah 

Ilmu itu di datangi bukan mendatangi😍

Bagaimana nak mendatangi ilmu?? Cari la sahabat yang selalu mencari ilmu. Unni tertarik dengan cerita ni.

Seseorang bertanya : '' Kepada siapa kami ingin bergaul, wahai syeikh ?''

Sufyan Ats Sauri menjawab

'' Dengan orang-orang yang sentiasa mengigatkanmu untuk berzikir kepada Allah, dengan orang-orang yang membantumy gemar beramal untuk akhirat dan dengan orang-orang yang akan menambah ilmumu ketika kamu berbicara kepadanya ''.

Wallahualam

Moga bermanfaat.
Coretan Hati

Share:

10 comments:

  1. alhamdulillah, mnimba & bkongsi ilmu dalam satu usrah yg mberi pelbagai manfaat. satu bonus bila dapat bkenalan dgn kawan2 baru =)

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah... byk pahala bila sentiasa berada di taman raudhah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Semakin kita mencari ilmu..
    Semakin byk rupanya kita tak tahu..
    Semoga kita beramal dgn ilmu yg diperolehi..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, teruskan perjuangan awak.. =)

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak join group usrah 😘

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah. Unni teruskan aktiviti usrah ni ye. Semakin banyak kita belajar, semakin kita sedar yang banyak ilmu masih perlu dipelajari :)

    ReplyDelete
  7. banyak bulatan senang berkomunikasi.(^_^).

    ReplyDelete
  8. Jemput join GA . Klik --> http://coretan-athirah.blogspot.my/2017/02/pencarian-bloglist-sesi-mac-april-2017.html

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah unnie dpt join benda cam ni :) smoga dpt truskan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^