Thursday, February 9, 2017

Gerakan Tanpa Gambar


Assalamualaikum,

Gerakan Tanpa Gambar ( GTG ) merupakan satu pertubuhan kecil ( tidak berdaftar dengan NGO ) yang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti usrah kepada Kaum Muslimat ( wanita ). Pertubuahan ini hasil usaha kami semua dalam memberi kesedaran kepada kaum hawa bertapa berharga dan bernilainya diri seorang wanita.

Tarikh Penubuhan : 26 Oktober 2015

Tujuan penubuhan 

Menyedarkan kaum hawa bahawa diri mereka adalah berharga, tidak sepatutnya mereka memperlihatkan diri mereka di media sosial ( terutama niqabis ) tanpa sebab yang munasabah dan menyedarkan mereka tentang erti MALU yang sebenar dan erti MENUTUP AURAT yang sebenar.

Seperti mana yang kita ketahui, hari ini macam sudah jadi fenomena alam maya di mana pengguna Niqab kini hanya mengunakan niqab sebagai Trend.

Dengan Slogan Kata Kami '' USAH JADI PERHIASAN DI MEDIA SOSIAL UKTHY ''

Pertubuhan ini bukanlah melarang atau mengecam para hawa meng-upload gambar-gambar mereka di media sosial tapi menyedarkan tentang berharganya sorang wanita yang tidak sepatutnya menjadikan diri mereka tatapan kaum Adam di media sosial dengan gambar-gambar yang tidak bermanfaat ( tak tutup aurat, buat muka comel dan aksi-aksi yang tidak sepatutnya ).

'' Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita soleha''. Kerana dunia ini adalah persingahan mencari bekalan di Akhirat. Dunia tempat mati bukannya tempat Tinggal.

Video ini Sahabat Unni yang buat sendiri, simple tau sangat-sangat reality...


Dengan Harapan kami dapat membantu dan menyedarkan kaum-kaum hawa tentang ISTIMEWA nya sorang wanita. Sama-sama mengejar Redha ALLAH..



'' Sesungguhnya Hidayah itu perlu di kejar bukan di tunggu''.

Hati-hati Menyorok tapi Terdedah!!

By Admin GTG Tawau

12 comments:

  1. Ayat gambar perempuan.. Walaupun simple, tapi mendalam..

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan unni dan kawan-kawan menyebarkan perkara baik ini dipermudahkan. Rindu sama unni!

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  4. dah lama malas nak bersosial di media sosial..hihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bagus usaha yang dilakukan, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah ya unni

    ReplyDelete
  6. Social media dh jarang sangat bukak. Tapi aktif dekat blog. Tapi btol la, wlau di mana sekali pon, kalau lelaki tgk akn brtmbh dosa. Thanks unnie

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan unni. salam kenal

    ReplyDelete
  8. Sama2lah kita berpesan2 kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  9. yang sy x paham kan..ada orang yg da berhijrah bertudung ni bole pulak upload gambar tak bertudung dengan caption #throwback

    x paham..x paham

    btw nice sharing.. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. Aduhhhh....terasa pulak hakak ni UA hihi....
    Tak pe benda baik elok dikongsikan...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, semoga usaha unni dan teman² dipermudahkan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^