Wednesday, March 29, 2017

Bicara Pagi #37 ~ Setiap Kebaikan Adalah Sedekah


Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
Assalamualaikum,

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala. Muslim amatlah dituntu dalam melakukan amal kebaikan sesama muslim.

Dari Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

"Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu". 

[ HR Tirmizi ]

Sedekah menrangkumi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang tulus dan ikhlas dalam usaha manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.

Antara bentuk kebaikan yang setiap hari kita boleh amalkan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.

Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu yang boleh. Moga ia menjadi pahala diakhirat.

Moga bermanfaat.

Share:

9 comments:

  1. semudah2 perkara ialah dengan memaniskan wajah bila bersua dengan rakan2. tu pun dah dapat pahala kan unni ;)

    ReplyDelete
  2. Sedekah ni bukan dari aspek duit sahaja ..senyum pun sedekah..tolong orang pun salah satu bentuk sedekah

    ReplyDelete
  3. btul tu....setuju...semua kebaikan adalah sedekah....

    ReplyDelete
  4. buatlah kebaikan walaupun tak sebesar man..insyaallah mempermudahkan yang lain

    ReplyDelete
  5. hi, kak fyna jalan2 sini :)
    apa kabar unni?

    ReplyDelete
  6. Tk susah pun kan nk kumpul pahala. Bukan dari segi wang ringgit je. Sumbangan tenaga pun dikira sedekah juga :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu UA...Tanpa sedar rupanya kita sedang mengumpul pahala ye..... kalau adalah kebaikannya

    ReplyDelete
  8. sama sama lah kita bersedekah..insyaallah kita jugak yang dapat pahala..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^