Tuesday, March 28, 2017

Keistimewaan Bulan Rejab

﷽‎

Assalamualaikum,

Allahamdulilah dengan Izin Allah, 29 March 2017 bersamaan rabu masuk la kita 1 REJAB 1438H. Bulan Rejab merupakan penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT.


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Apa Maksud REJAB?? Rejab membawa maksud KEAGUNGAN, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

Bulan Rejab diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 36, bermaksud :


Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab,  Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW dan hijrah pertama dalam Islam.

Pada bulan Rejab umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut: 

Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah Malam dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”

Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 194-271 dan Surah At-Taubah ayat 2,36-37 ada menyebut mengenai bulan Rejab secara tidak langsung.

Wallahua’lam.

Moga bermanfaat
Share:

13 comments:

  1. tak sabar tunggu ramadan..anak2 pun sibuk sudah bila puasa

    ReplyDelete
  2. REJAB YG BERKAT RAMADAN DINANTI

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Unni, kadang-kadang kita tak perasan betapa banyaknya peristiwa yang berlaku di bulan Rejab... Allahu Rabbi, tak lama lagi dah nak sampai di bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak ramadhan ^^

    thanks for the sharing ... piqa terlupa pulak doa tu

    ReplyDelete
  5. Unni ooo Unni.. dtg singgah sini..

    Perkongsian yg baik unni..

    ReplyDelete
  6. Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

    ****************************************
    Sila semak senarai pemenang. >>>>>
    Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
    ****************************************

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Terimakasih atas perkongsian..salam 1 Rejab...salam menjemput rezeki.moga kita semua berada dalam rahmat Allah senantiasa...aamiinn.
    Mohon share ya sis...terbaikklahh.

    ReplyDelete
  8. Hari ini dah 1 Rejab.
    Saaban dan Ramadhan kian menghampiri

    ReplyDelete
  9. Thanks for info unnie :) Sape yg boleh puasa, ambik lah peluang ni. Sedekah tu kalau sebelum ni keberatan, boleh dh start ringan ringankn sedekah :) InsyaAllah semoga amalan kita diterima dan kekal milik kita untuk kegunaan akhirat :)

    ReplyDelete
  10. Moga orang orang yg membaca dapat manfaat dpd entri ini UA. Apatah lagi org yg berkongsi....

    ReplyDelete
  11. bila muncul nya bulan rejab ndak lamai ramadhan akan tiba..yeahhh

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^