Friday, April 14, 2017

A day To Remmember Day 4 ~ Kundasang - Kota Kinabalu ( 26 Sep 2016 )

 

Part 2 - Tempat-Tempat Menarik Di Kundasang, Ranau

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari terakhir kami bertujuh, kalau Kat SINI Geng Kak Ann da tak ada, kali berpisah dengan Kak Rinna dan Kak Rin. Manakala kami yang lain still bersama sehingga di Kota Kinabalu.

Chalet ~ Ceasar' Place


View di depan Chalet Ceasar, projek selfie lagi bersama sebelum berpisah. Macam kisah 10 budak hitam, Now tinggal berlima.

Baca kat SINI tentang chalet Ceaser's Place.

Kinabalu Park


Kat sini setakat singgah bergambar jak. Kalau korang nak melawat taman Kinabalu pun boleh ada kat atas. Tempat ni juga merupakan tempat para pendaki melakukan payment pendakian dan segala urusan pendakian. Nak mendaki boleh datang terus kat sini.

Desa Cattle Dairy Farm, Mersilau


Desa Cattle yang dikenali sebagai New Zeland la kunu. Ini merupakan kali kedua Unie datang sini dulu datang tah tahun bila, batu tu tak cat lagi. Sekarang da makin lawa. Tempat ni Merupakan destinasi wajib jika korang datang Kundasang.

Merupakan view dari pintu gerbang Desa Cattle. Disini juga merupakan Pondok Mersilau, satu lagi starting Point pendakian, namun masih ditutup sebab kerja-kerja pembaik pulihan masih giat dilakukan akibat runtuhan yang berlaku.


Aiskrim dengan harga RM5.30 se cup, susu pulak yang kecik tu RM5.15 that yang besar RM6.00. Harga terbaru tak pasti. Tapi lebih kurang jak.

Baca kat SINI tentang Desa Cattle Dairy Farm ( coming soon )

 Kundasang War Memorial


Kundasang War Memorial, Merupakan kisah sejarah yang menghayati hati, Kisah tawanan perang yang dipaksa Kawad maut dari Sandakan ke Kundasang. Kat Sandakan Unie pun da pi dalam jelajah Borneo Sabah Part 1, Mei 2016 lalu.


Bendara Malaysia, Britsh, Austria dan Sabah.

Tempat ni merupakan nama-nama orang-orang yang terlibat dalam kawad Maut, kat dinding tu. Para pengunjung dari British dan Austria yang datang melawat akan mencari nama ahli dan meletakkan bunga di tepi nama.

Kolam ini dipenuhi oleh duit syiling. Para pengujung yang melawat akan melempar duit syiling kedalam kolam. Apa motif Unni sendiri tak sure.

View kundasang dari War Kundasang.

Macam-macam lgi ada kat sini.. English Garden, Austrial Garden dan sejarah-sejarah tentang Kawad Maut Sandakan-Kundasang. 

Baca Kat SINI tentang Kundasang War Memorial  ( coming soon )

Back To Kota Kinabalu

Dalam jam lebih kurang Jam 2.00 kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, mencari sesuatu untuk di bawa balik ke Tanah Melayu. Teman Aiman dan Zai mencari Oleh-oleh.

Macam-macam ada tapi hanya mampu, pandang jak la. Hanya membantu orang lelaki beli oleh-oleh tuk isteri.

Aiman sibuk memilih barang tuk isteri dan anak dia. Borong-borong.

Ini bersebelah jak dengan kraftangan. Gerai mejual kerepek. Kalau datang Kk wajib la borong kerepek kat sini. Zai pulak sibuk mencari bekalan pesanan kawan-kawan dari sana. Pilih-pilih RM10.00/ 3 bungkus.

Gambar pasar Kraftangan ni hilang dari radas so nanti da di kesan Unni up entry pasal Pasar ni, di jamin puas hati BTW kalau datang sini haruslah bijak tawar menawar.

Kami singgah disebuah gerai sambil kopi-kopi, sementara tunggu cousin Aiman tiba,malam ini Aiman dan Zai akan bermalam kat umah cousin Aiman. Dari berlima tinggal la kami bertiga Unie,Abg Nasa dan Kak Muli.

63 Jalan Gaya 0 KM Kota Kinabalu


Then kat sini kami pun mencari hotel, sementara mencari hotel Unie sempat singgah sebuah klinik Permai Policlinics, untuk buat pemeriksaan kesihatan akibat keadaan nafas dan kaki yang kurang stabil.
Permai Polyclinics Kota Kinabalu ( best ok dapat MC 3 hari )

Then last sekali jumpa hotel ni Hotel Kinabalu serendah RM70.00 pernight master room. Esok pagi Unie tinggal Abg Nasa dan Kak Muli pula..huhuuhu. ok tamat..

Salam Sayang : Unni Anje


  1. Keperluan Mendaki
  2. Day 3 ~ Part 1 - Kundasang, Ranau


4 comments:

  1. Nda pernah jemu pigi kundasang ni. 😊

    ReplyDelete
  2. x penah smpai lg...salah satu impian nk ke sabah

    ReplyDelete
  3. Akak teringin sangat nak pergi kundasang. Doakan impian jadi knytaan yer.huhu

    ReplyDelete
  4. Buat kalian ada yang BARU nih sayangi GEDGET kalian yaaa:) banyak INFORMASI yang bakal kalian tau dengan lihat link-link ini langsung saja yuuu:)
    http://zapplerepair.com/iPhone-6-lcd-ada-bayangan-hitam-diganti-baru-juga-sama.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^