Friday, April 21, 2017

Al-Kisah Tentang Aib

﷽‎ 

                                      
Assalamualaikum,

Allahamdulilah masih diberi kesempatan bernafas hari, dengan izin Allah moga kita terus istiqamah dalam menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai seorang hamba, setiap insan pasti mempunyai aib tersendiri, jika pada hari ini kita kelihatan cantik, kita kelihatan baik kita kelihatan mulia, itu kan lah disebabkan diri kita tetapi itu di sebabkan Allah telah menutup aib kita. Allahuakbar..

Apa yang kita faham tentang aib?? Apa itu aib

Aib membawa maksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. 

Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat. 

Al-kisah Pada Nabi Musa RA.

Pada zaman Nabi Musa RA berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa RA bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa RA digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi Musa RA berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa RA kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi Musa RA kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu Nabi Musa RA bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab ''kerana orang tersebut telah bertaubat''.

Nabi Musa RA bertanya lagi, ''bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya''?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita.

Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.

Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mencari-cari kekurangan, kelemahan, dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang tercela. 

Sabda Rasulullah SAW :

"Wahai golongan orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah mengintip hal-hal yang memalukan pula. Dan siapa yang diintip oleh Allah auratnya (hal yang memalukannya), nescaya didedahkan-Nya sekalipun orang itu berada di tengah-tengah rumahnya." 

(Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' bin Azib r.a.)

Wallahualam

Moga bermanfaat

10 comments:

  1. Kak ana ada baca kisah tu. Kita kena jaga aib org supaya Allah jaga aib kita juga. Berbaik sangka lah pada sesama manusia.

    ReplyDelete
  2. subhanallah terimakasih ilmunya

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah unni ..tq atas perkongsiannn.. dan ingatan .. :)

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing unni... penah baca pasal ni... klau kita jaga aib org pasti ALLAH SWT menjaga aib kita.. tapi kadang2 manusia ni bila ada yang tak kena mesti habis terkeluar la aib org itu ini...

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing kak. fae akui kadang bila dah rancak bercerita ngan kawan2 tentang si fulan, lancar je lidah ne berbicara yang bukan2 tentang si fulan tu walaupun perkara tu benar. Astaghfirullah, fae kena jaga percakapan pasne.

    ReplyDelete
  6. Sedangkan aib kita sendiri pun Allah tak bagi buka, apatah lagi aib orang lain ;(

    ReplyDelete
  7. Sama2lah kita beringat.
    jangan mendedahkan aib orang lain.

    ReplyDelete
  8. Nenek saya sering cerita kisah ni dulu. Tq unni sudah diingatkan kembali utk tidak bergosip dan mendengar gosip.

    ReplyDelete
  9. Buat kalian ada yang BARU nih sayangi GEDGET kalian yaaa:) banyak INFORMASI yang bakal kalian tau dengan lihat link-link ini langsung saja yuuu:)
    http://zapplerepair.com/iPhone-6-lcd-ada-bayangan-hitam-diganti-baru-juga-sama.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^