Sunday, April 30, 2017

Pusat Sejadi Bukit Gemuk, Tawau

Pusat Sejadi Bukit Gemuk, Tawau | Pusat sejadi ini lebih di kenali dengan pangilan Bukit Gemuk, di mana kawasan ini merupakan hutan simpan negeri Sabah. Tempat ini juga merupakan tempat kegemaran para peminat hiking kerana mempunyai ketinggian yang agak mencabar dan keadaan hutan yang cantik dan terpelihari

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau

Allahamdulilah misi 1 MONTH 1 HILL untuk april berjaya dilaksanakan. 21 April 2017 ( ahad ) Pusat Sejadi Bukit Gemok Tawau Sabah merupakan destinasi pilihan pertama kami semua. Allahmdulilah dengan penyertaan seramai 26 orang. Trip pertama ni kami gabungkan dengan aktiviti Usrah so sebelum berhiking kami berusrah gitu.

Pusat Sejadi Bukit Gemuk terletak 11.2KM dari Bandar Utama Tawau lebih kurang 17 minit perjalanan ( perjalanan ke Taman Bukit Tawau - TABLE ). mempunyai ketinggian 1170M telah diisytihar sebagai hutan simpan sejak tahun 1984 lagi..

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Oleh kerana merupakan leader kepada semua ( leader yang tak berpegalaman ) so segala urusan dengan pihak pusat Unni settle kan.. Then cari tapak nak berusrah.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Tiket Masuk tapi RM2.00 ni harga lama sekarang da di naikan RM5.00 kat belakang tiket ada cop Harga tebaru.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Pintu Utama dengan wajah-wajah yamg penuh semangat.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Segalanya bermula di sini.
Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Sekitar jam 9.30 Pagi kami memulakan usrah yang di sampaikan oleh Naqibah kami iaitu Kak Jiyah ( seorang Guru Sekolah Menengah ) Rujuk anak panah. Salah satu naqibah Fav Unni bila dia bagi penyampaian memang nusuk kalbu. Usrah hanya berlansung dalam 30 minit.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Starting Point 1170M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Bemula la perjalanan kami, perjalanan naik keatas memang mudah dan santai dan mempunyai 7 pondok perhentian untuk berehat. 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran pertama menaiki tangga hampiri 200M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
100M 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.1 : Pondok perhentian pertama Kapur Paji. Semua semangat lagi.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Setelah lebih 5 minit rehat kami semua meneruskan perjalanan ke pondok perhentian seterusnya. Keadaan disini hanya dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Hutan Simpan yang masih terpelihara kehijauannya. Cabaran kedua ni melalui kawasan yang agak licin sikit, sebab malam sebelum pendakian ni hujan lebat.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
300M

Station NO.2 : Pondok Perhentian Kayu Malam


Pusat sejadi Bukit Gemuk merupakan Hutan Simpanan. Tempat yang terjaga, sepanjang perjalanan setiap pokok akan di label dengan spesias masing-masing. Ada pokok yang memang dikenali dan ada yang first time dengar dan nampak.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
500M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Meniti anak tanga sekali lagi dalam 100M sebelum bertemu dengan station ketiga.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
750M

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.3 : Pondok Perhentian Seraya Timbau . Bersama dua adik kesayangan ku Umie dan ida. Maklum la leader gitu so Unni kena mejadi perserta paling belakang nak pastikan semua selamat sampai dan kembali. Dua muka ni yang mengiringi dan sorang lagi adik nana. Cia cia cia

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Arr adik nana yang berniqab tu dan sorang lagi adik ain.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.4 : Perhentian Medang Tiga Urat

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Hanya perlukan lebih kurang 5 Minit hanya untuk berehat then teruskan perjalanan.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Antara detik yang dinantikan adalah bertemu dengan sign about.. hahahahaha..1000M 

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.5 : Pondok Perhentian Keruing

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran ketiga melalui kawasan jalan yang agak licin.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station NO.6 : Pondok Perhentian Selangan Batu

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Senyuman terukir ketika melihat nya.. Allahmdulilah langkah dicepatkan .. 100M akan bertemu dengan titian Silara ( Canopy Walk )

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Cabaran empat dapat perjalanan menuju Canopy Walk kena menurui bukit selama 100M

Taraa da sampai 70M panjang Canopy Walk.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Canopy Walk atau Titian Silara merupakan Puncak Bagi Bukit Gemuk.. Mempunyai 4 perhentian dan jambatan gantung.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Maximum 5 Orang sekali dalam satu jambatan. Kat sini yang lain da bawa diri selfie masing-masing sebab jambatan ada had nya.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Kat depan sekali tu Juju member sekolah Unni dulu.. Pertemuan pertama kami setelah tamat SPM . 8 tahun baru jumpa balik.. Juju merupakan orang kuat time hiking ni dia merupakan Guide yang membawa kami semua. Dia depan sekali then Unni belakang sekali so kat puncak baru dapat selfie bersama.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
View daripada Canopy keempat.. Subahanallah Indahnya ciptaanNya.. Memandangkan sini merupakan Hutan simpan so view sekeliling ditutup oleh pokok pokok besar. Yang ini pun da cukup lawa kan.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Station 7 : unkwon name.. Pondok selepas canopy walk. Berehat dalam 10 minit sebelum meneruskan perjalanan turun kebawa.

Pusat Sejadi Bukit Gemok, Tawau
Sign about sebelum canopy walk dan station 7 sebab bersebelah jak.. Allahmdulilah seramai 26 orang semua berjalan sampai kepuncak dan turun dengan jayanya.. So misi pertama kami dalam 1 MONTH 1 HILL untuk April berjaya di realilasikan. So tunggu kami untuk Mei pulak.

Pusat sejadi Bukit Gemuk Ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau, tandas dan gerai kecil so tak memang tak mejadi masalah bagi yang ingin solat sebelum pulang.

Sekian.



4 comments:

  1. bestnye unni pergi hiking. teringinnya nak hiking juga.

    ReplyDelete
  2. Bestnya unni! nak ikottt ! btw salam terjah dari https://www.facebook.com/groups/kamisukaterjahblog/

    ReplyDelete
  3. "Zapplerepair pengerjaan di tempat. Zapplerepair memberikan jasa service onsite home servis pengerjaan di tempat khusus untuk kota Jakarta, Bandung dan Surabaya dengan menaikan level servis ditambah free konsultasi untuk solusi di bidang data security, Networking dan performa yang cocok untuk kebutuhan anda dan sengat terjangkau di kantong" anda (http://onsite.znotebookrepair.com)
    “Zapplerepair Apple dan Smarphone specialist
    telp: 087788855868
    website: http://indonesia.zapplerepair.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^