Thursday, May 4, 2017

Adab Bernikah Dalam Masjid



Assalamualaikum,

Seperti yang kita lihat sekarang ramai yang memilih untuk bernikah di masjid, Allahamdulilah menjadikan masjid sebagai saksi menjadikan mereka pasangan yang halal. Namun kita harus faham dan tahu bahawa masjid itu rumah Allah.

Bukan sekolah, negara sahaja ada peraturan namun rumah Allah juga ada undang-undang dan adab tersendiri.

Adab benikah di masjid

1) Pengantin perempuan wajib lah tutup aurat dengan sempurna ( baju tak ketat, pakai stoking dan tudung melepasi dada ) kena rujuk cara menutup aurat yang sebenar.

2) Begitu juga kawan-kawan perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna ( baju tak ketat, pakai stoking dan tudung melepasi dada ) Asingan lelaki dengan perempuan.

3) Dilarang berbuat bising takut menganggur orang lain. Kalau yang ambil juru camera tu biarlah beradab dan tatatertib ( kalau boleh ambil la jurucamera beragama islam sebab dia tahu adab-adab dalam masjid )

4 ) Bab sarungkan cincin ( proses batalkan air wuduk ) baik dilakukan dirumah sahaja, sebab rumah Allah, tempat beribadah dan lelaki perempuan dilarang bersentuan cukup sekadar serahan mas kahwin.

Namun hakikatnya??? kita semua tak nampak dan ambil remeh. Adab kita dengan Allah di rumahNya. Dahlah dibumi Allah kita tak jaga hak-Nya. Takkan sampai dirumah Allah jugak kita taknak jaga hak-Nya?? Kejam kan...

Rumah Allah kita jadikan macam rumah sendiri, ikut sunnat Rasullulah masuk masjid kena solat sunnat dua rakaat, tapi bila akad nikah?? memang jarang nak tengok orang solat sunat lagi-lagi para wanita ( maklumlah pakai mekap ).

Majoriti wanita yang datang bertudung tapi?? bukan lah cara pakaian seorang muslimah yang sebenar. Masjib kot takkan masih sombong dengan Allah, sampai kita sanggup berpakain sedemikian rupa ke rumah Allah ( stoking tak pakai, baju ketat, tudung atas dada )

Allahu....

Tak masuk lagi part ambil gambar, da macam tak ada batas lelaki dan perempaun bukan muhrim.. Rumah Allah orang dah tak hormat. Orang buat macam dewan.

Sedangkan dalam Mazhab, masih ada yang mengharamkan wanita berhadas besar ke rumah Allah, apatah lagi tidak menutup aurat kerumah Allah. Hadas besar ( tak berada dalam keadaan suci tapi tak berdosa ) manakalan tidak menutup aurat ( berdosa besar ).

Tepuk dada tanya Iman, banyak benda kita kena betulkan, kalau tak mampu nak adab dalam masjid baik nikah kat luar sahaja, mana-man pun boleh. Dulu selalu ingat pesan Naqibah kalau buat masjlis ada unsur kemaksiatan pasti tuan rumah yang menanggung dosa ( wallahualam ).

Tanpa kita sedar banyaknya nikmat Allah SWT yang kita dustakan.. Allahuakbar..

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri juga..

Moga Bermanfaat


3 comments:

  1. Bukan nak ckp ke apa ke kan, kebykn memg begitu skrg.diorg lupa yg tmpt diorg pigi tu rumaah Allah..Allahu, sy ari tu nikah buat dkt rumah je, sbb takut n risau nnt org lain buat mslh kita pun trpalit tanggung dosa cma.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak liez pun nikah dekat masjid.. tapi masih ikut peraturan.. bab pakai cincin tu kami buat bukan dalam masjid tapi laluan kaki lima masjid..hihihi sbb that time kak liez dalam hadas besar..so masa nikah pun kak liez kena duduk dekat tepi kaki lima

    ReplyDelete
  3. Yg ni kita selalu lupa. Thanks ingatkan sal ni unni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^