Wednesday, May 10, 2017

Bicara Pagi #49 ~ Puasa Hari-Hari Puteh Bulan Hijrah (13, 14 & 15)



Assalamualaikum,

Antara amalan yang sering di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah berpuasa sunnat. Rasulullah SAW paling banyak berpuasa  sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

Dari Abu Dzarr RA dia berkata:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ 

"Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas."

 [ HR Nasai ]

Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari  isnin dan khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Rabu 10hb Mei, Khamis 11hb Mei dan Jumaat 12hb Mei ini.

Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya sebulan penuh ( kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda ).

Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ الْأَبَدَ صَوْمُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ الشَّهْرِ صَوْمُ الشَّهْرِ كُلِّهِ Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh." [ HR Muslim ]

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini.

Moga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^