Sunday, May 7, 2017

Bukit Lee Man Kui, Tawau

Bukit Lee Man Kui, Tawau | Merupakan salah satu bukit yang digemari oleh kaki hiking. Bukit ini merupakan kawasan bukit yang paling dekat dengan Pusat bandar Tawau. Bukit Lee Man Kui ini agak terkenal bagi mereka yang suka melakukan aktiviti jogging dan senaman.

Misi Mei  1 Month 1 Hill diteruskan memandang 1 Mei 2017 merupakan cuti Umum hari pekerja so kami sepakat memilih tarikh tersebut untuk Misi Mei 1 Month 1 Hill dan lokasi kami adalah Bukit Lee Man Kui.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Bukit Lee Man Kui terletak di Mile 5, Jalan Sin Onn. Terletak 7.9 KM dari bandar Utama Tawau 17 minit perjalanan. Bukit Lee Man Kui merupakan kawasan Tanah persendirian so frree je la, anytime boleh datang. Sepanjang perjalanan naik hanya di temani dengan Buah Kelapa sawit. 

Kebanyakan orang-orang cina akan berjogging di sini pada sebelah petang. But kami datang sebelah pagi so memang tak orang yang hiking. Hahahahaha..

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Starting Point 4022M .. Allahamdulilah penyertaan seramai 14 orang. Tudung Kuning belah kiri tu kak Ann merupakan Orang kuat ( guide ) pendakian kali ini.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
See hiking dalam keadaan panas terik.. padahal baru jam 8 lebih.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Perjalanan hanya ditemani dengan kelapa sawit. Menuju ke puncak Lee Man Kui ni mepunyai banyak jalan. Just Pilih nak jalan dekat ka nak jalan jauh. Tapi kami memilih untuk jalan jauh ( 4022M )  kerana view yang bermacam-macam dan menempuh hiking yang sebenar ( kalau nak jalan dekat bukan hiking namanya kan )πŸ˜€πŸ˜€ Sebenarnya Unni jeles kat gambr budak betiga ni!! Hahahaha.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Cabaran Pertama bukit Lee Man Kui ni adalah perjalanan naik turun bukit. Jalan yang berliku-liku.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Bila jumpa tempat cantik maka selfie la jadinya. Lalu di kawasan Ladang Koko.. Kalau jalan dekat memang tak jumpa satu apa pun. Hihihii.. Part 1 wajib bergambar.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Tebing ni salah tempat yang cantik nak ambil gambar. Janji berani panjat then make sure tak gayat. Part 2 tempat wajib bergambar.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Cabaran kedua melalui kawasan yang licin sikit jak, tapi jalan ni agak tinggi naik dan sampai atas semua mengukir senyuman dan say Subahanallah.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Subahanallah.. Cantik kan.. Tu la Puncak Bukit Lee Man Kui, tapi time ni kami jauh lagi..kena pusing ladang sawit ni baru sampai.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Part 3 tempat wajib bergambar.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Teruskan perjalanan naik turun bukit.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Part 4 tempat wajib bergambar.. Ini merupakan tasik semulajadi. Tasik Badar namanya ( menurut sumber yang tidak diketahui )

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Bila da penat pandai-pandai la cari port nak rehat. Kat sini tak ada pun pondok rehat disediakan.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Takala berada dibawa puncak happy kemain dorang ni.. Unni seperti biasa hanya tukang photograph. Part 5 wajib ambil gambar.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Perjalanan menuju puncak kini ditemani semak samun. Kelapa sawit da x kelihatan tapi tempat ni bakal pupus untuk penanaman kelapa sawit.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Menuju Puncak. Cabaran tiga mencari puncak dalam keadaan semak samun hanya berpandukan laluan kecil.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
See proses kerja-kerja sedang giat dijalankan.. tapak kat bawah da kosong. Maybe one day tempat ini akan pupus untuk penanaman pokok kelapa sawit.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Allahamdulilah, Subahanallah Semua berjaya sampai ke Pucak !!! very nice View. Tepat jam 10.04 kami sampai di puncak, berehat, selfi dan sebagainya.. Jam 11 akan meneruskan perjalanan turun semula.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
View Dari Puncak Bukit Lee Man Kui.. Bukit Gemuk Pun nampak dari sini ( rujuk anak panah )

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Part 5 wajib la ambil gambar. Puncak Bukit Lee Man Kui perjalanan 4 022M.

Bukit Lee Man Kui, Tawau
Semasa perjalanan turun kami memilih jalan dekat jak. Jumpa la view ni so part 6 wajib ambil gambar.

Allahamdulilah seramai 14 orang untuk misi Mei 1 Month 1 Hill walaupun tak seramai misi April tapi tetap semangat dan kegembiraan ada. Harap Bukit Lee Man Kui ni akan terus kekal. In shaa Allah untuk misi Jun 1 Month 1 Hill akan dipercepatkan  ( di buat dalam bulan mei ) sebab jun kan da masuk Ramadhan.

Make sure nak datang sini kena bawa kelengkapan ( air, makan ) yang secukupnya sebab kat sini tak ada kelengkapan termasuk tandas.

Tips Mendaki Bukit Lee Man Kui, Tawau

1. Bawa bekalan air secukupnya.
2. Pastikan memakai kasut.
3. Pastikan kamu melalui jalan yang jauh bagi menikmati keindahan.
4. Pastikan salah sorang daripada pendaki tahu jalan ke puncak.
5. Datang di waktu petang atau awal pagi.

Sekian.


10 comments:

  1. Bestnye unni. Kalau dekat mesti kak ana join juga. Lama tak berusrah 😊

    ReplyDelete
  2. Part ambil gambar tu memang wajib lah. Tambah lagi kalau dah penat hiking gini 😊

    ReplyDelete
  3. Nama bukitny pun unik.
    Mungkin ambil sempena nama seseorang.

    ReplyDelete
  4. hebat Unni tapi tak risau ke sebab kalau kat area pokok sawit ni ada haiwan menjalar..semua yg pergi semua perempuan ke..ishh mcm inspektor pencen pulai aihh..hehe
    Semoga Unni dan kawan2 selamat dimasa lain semasa mendaki bukit..

    ReplyDelete
  5. kuat rupanya unni ni...akak irda ni jalan sikit je dah semput...apalagi kalau naik bukit..wuarghjh surrender

    ReplyDelete
  6. cantik view atas tu. alhamdulillah nikmat Allah bagi

    ReplyDelete
  7. Bagusnya unni. Seronok ada geng hiking ni. Apa2pun. Sentiasa berhati2 yer.

    ReplyDelete
  8. Tahniah uni n rakan2 brjaya smpai ke puncak

    ReplyDelete
  9. Asalam..betul2 lah cantik pemandangan kat sana..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^