Thursday, May 25, 2017

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna

Bukit Pulau Bohey Dulang Semporna | Pulau Bohey Dulang ini merupakan salah sebuah pulau Semporna yang dapat menarikan ribuan pelancong. Bukan sahaja keindahan pulau yang unik namun pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Salah satu aktiviti yang tidak akan di lepaska oleh para pengunjung adalah hiking di Pulau Bohey Dulang Ini.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pulau Bohey Dulang, Semporna mempunyai sebuah bukit. Dengan ketinggian 600M. Pulau ini memang terkenal dengan aktiviti hiking namun jika cuaca Hujan aktiviti hiking akan di batalkan serta merta. So make sure nak datang pastikan cuaca elok. Kunjungan kali kedua Unni kat sini baru dapat merasa hiking kerana kunjugan pertama aktivi hiking di batalkan kerana cuaca tidak mengizinkan baca kat SINI.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
0M
Starting Point 0M. Dengan ketinggian 600M. Seramai 9 orang kami datang kesini namun hanya kami berempat (sorang juru camera ) sahaja yang membuat keputusan untuk naik keatas. Yang lain tak yakin diri dan memilih untuk tinggal di bawa nak save tenaga untuk snorkeling kunun.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
Mulakan langkah demi langkah
Walaupun hanya ketinggian 600M namun ramai yang tewas kat sini. 500M hanya menaiki tangga. Selama unni hiking belum pernah dapat cabaran hanya meniti tangga so kali ini adalah pengalaman pertama. 

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
100M ๐Ÿ˜Œ
Ditemani stiker dalam sign about. Apa yang menarik kat sini adalah setiap 100M kamu akan jumpa sign about Meter perjalanan dan siap ada stiker comel gitu. Kira membakar semangat la juga makin nak cepat jumpa stiker apa lagi seterusnya.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
100M perjalanan
Perjalanaan hanya mendaki tak ada kawasan yang mendatar. Kawasan ini adalah di jaga sepenuhnya oleh Taman Marin Tun Sakaran so memang keadaan yang sangat bersih dan pokok-pokok yang masih terpelihara floranya.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
200M ๐Ÿ˜„
200M permulaan yang begitu baik. Namun Unni da terasa seperti ingin tewas.. Hahahahahahaha, tak tahu la kenapa aura hiking kat sini berbeza dengan yang lain. Tapi kena jugak gigihkan kaki rugi weii hiking tapi tak sampai puncak. Engkau la manusia paling rugi di Dunia..Hahahahahaha

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
200M perjalanan 
Bila Unni tengok ni then kata kat Guide lamanya lagi nak sampai, guide just say, kat atas ni 300M da then tak lama lagi sampai. Baru 200M da kata tak lama lagi sampai!!! ada 400M lagi ok, Namun ku gagahkan kaki ku.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
300M ๐Ÿ˜ž
Stiker tu da sebijik da macam muka Unni time ini. Fuhhh rasanya da pancit. Sampai terduduk tu, lagipun Unni sangat tak selesa dengan keadaan membawa beg samping ( menyesal tak tinggal kat bot ). Take time kat sini lebih kurang 5 minit sebelum teruskan perjalanan.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
Perjalanan 300M
Ni kak ana dan Adik umie. Muka sama kan maklumlah adik beradik. Zaidi da jauh di hadapan tingalkan kami bertiga. Orang lelaki tenaga lebih. Hahahahahahaha

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
400M ๐Ÿ˜‘
Fuyooo 200M lagi, mood terpaksa bergambar ni demi blog!!! Hahahahahaha, sebenarnya mood time ni memang kelaut da tapi gigihkan juga demi update blog, rugikan da penat-penat gambar tak ambil. Bak kata pepatah sambil meyelam minum air gitu. Penat tolak tepi.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
400M perjalanan
Bila keadaan yang sangat-sangat keletihan dan hampir give up tiba-tiba kamu jumpa tangga ni!!! Arggggg tolong da tak larat.. Nak nagis rasanya, then Guide tu kata '' ini tangga terakhir sebelum sampai 500M lepas tu jalan mendatar sudah '' baru la hati terubat sikit. Kat atas baru ada mood nak snap Pic.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
Cabaran terakhir
Ni sambungan tangga tadi!!! Ok last tau last, so kamu jangan Give Up.. Istifar je banyak-banyak In shaa Allah dapat membantu sampai puncak.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
500M ๐Ÿ˜
Dan akhirnya hati unni pun macam mata stiker tu LOVE LOVE.. hahahahahah, happy, lega rasa nak lompat-lompat pun ada. Only 100M, yeahhhh..

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
100M terakhir
Perjalanan 100M terakhir boleh menghembus nafas yang lega kerana jalan menatar. Boleh sudah jalan sambil bersembang.. Hahahahahah, padahal 100M-500M nak keluar satu kata punya payah. Kat ni memang teruja sangat nak sampai.

Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna
600M ๐Ÿ˜ต Akhirnya Berjaya menawan Bukit Bohey Dulang.
Ketinggan 600M kalau di ukur hanya ketinggan yang biasa namun keadaan tangga yang berterusan yang menyebabkan agak semput disini. Bila da sampai puncak secara TOTAL penat akan hiking!!! Sebab apa?? sebab indaNya cipta Allah SWT. Penat hanya kat minda bila mata melihat sesuatu yang indah automatik minda set hilangkan segala penat lelah.

Begitu la hidup kita jangan sesekali mengeluh penat kerana sebenarnya kita mampu. Hanya terus melangkah kehadapan, langkah demi langkah, teruskan kehadapan walaupu terpaksa merangkak dan bila kamu da sampai puncak baru kamu tahu nikmat nyya sebuah KESABARAN.


puncak bohey dulang
Kami sampai je, da ramai orang kat atas so nak begambar kat tepi-tei tu kena la beratur yer. Hanya boleh bergambar didalam kawasan bertali so kena la ikut giliran.


Puncak Pulau Bohey Dulang
Puncak Pulau Bohey Dulang
Pulau Bohey Dulang ini memang terkenal dikalanga pelancong Cina dan Jepun. So nikmati selfie anda sepuasanya kat atas ni sebab masa amat padat pelbagai lagi aktiviti akan dilakukan.

Puncak Pulau Bohey Dulang
Puncak Pulau Bohey Dulang
View Full Pulau Bohey Dulang.. Jenuh nak ambil gambar full ramai sangat orang. See bentuk Pulau macam dulang.

Setelah habiskan masa dalam lebih kurang 10 minit di atas kami pun turun semula untuk meneruskan aktiviti snorkeling dan melawat pusat pembenihan Kima Gergasi.

Tips Hiking Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna

1. Wajib Pakai kasut.
2. Kurang berehat semasa hiking.
3. Kurang bercakap dan jalan perlahan-lahan.
4. Bawa bekalan air.
5. Datang waktu cuaca cerah.
6. Make sure camera/ handphone full caj.
7. Beg-beg tingal je kat bot bawa barangan berharga jak jangan risau kat bot ada Guide yang jaga.

So kalau datang sini tak naik atas memang rugi sebab view kat atas mmang catik sangat!!! sangat-sangat cantik.

Sekian


9 comments:

  1. Cantik sangat unni view pulau ni...

    ReplyDelete
  2. wow. cantiknya lahai view dia.

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaa view tapi nak sampai atas tu mencabar jugak eh.

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah cantiknya. Wishlist kak ana juga ni Unni :)

    ReplyDelete
  5. Wah! tengok gegambar tu mencabar jugak nak mendaki ni ya.

    Subhanallah, view yang awesome!!

    ReplyDelete
  6. Teringin nak hiking lagi. Last AS hiking masa zaman sekolah..hihi kira sendiri la berapa belas tahun dah tinggal

    ReplyDelete
  7. Teringin nak hiking lagi. Last AS hiking masa zaman sekolah..hihi kira sendiri la berapa belas tahun dah tinggal

    ReplyDelete
  8. Subhanallah..cantiknya pemandangan..

    ReplyDelete
  9. berbaloi hike stinggi tu bila dpt tgk view cntik mcm ni =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^