Tuesday, May 16, 2017

,

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Aliim


 
Assalamualaikum,

Jangan pernah merasa lelah dalam menyebut Asmaul Husna.. Terus dan terus mengenali nama-namaNya.

Allahumma Ya Aliim,  Ya AliimYa Aliim,

 sesungguhnya Engkaulah yang Maha berilmu dan Maha Mengetahui. 

Seluruh ilmu pengetahuan di alam buana ini dan yang ada dalam otak manusia adalah ilmuMu, tiada satulah ilmu manusia. Kami hanya hambaMu yang jahil, tanpa ilmuMu, kami akan terus jahil. 

Engkau memberi ilmuMu keadap sesiapa yang Engkau kehendaki. IlmuMu Engkau datangkan melalui pelbagai cara, melalui Al Quran, Hadis NabiMu, melalui ulama' Mu, ilham dalam hati manusia, melalui pengalaman kehidupan, melalui guru-guru yang Engkau alirkan ilmuMu, melalui pemerhatian disebalik makhluq dan alam. 

IlmuMu meliputi alam ghaib dan alam zohir. Engkau ya Aliim memberi ilmu dan mengambil kembali ilmuMu dari otak manusia mengikut kehendakMu. Ya Aliim, kurniakan ilmu mengenalMu agar daku dapat mengasihiMu, mengkagumiMu dan gerun kepadaMu, oleh itu dapatku hidup dalam redhaMu sentiasa..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^