Thursday, May 11, 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Ghaffar

﷽‎

Allah Ya Ghaffar
 
Assalamualaikum,

Mari kita mengenali Allah yang maha pengampun

Allahumma Ya Ghaffar, ya Ghaffar, ya Ghaffar, 

sesungguhnya Engkau yang maha pengampun, ampunkan dosa-dosaku.

Sesungguhnya Engkau mengampun dosa hambaMu walau seluas buih di lautan dan sebanyak pasir di pantai. Walau ku bawa dosa setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu ya Ghaffar ya Ghoffur ya Aliy, walau dosaku seluas langit dan bumi, luas lagi keampunanMu ya Ghaffar ya Ghaffur ya Waasi'.

Sesungguhnya Engkau sentiasa menunggu daku datag kepadaMu di pagi-pagi hari menangis di hadapanMu, daku datang dalam sujud dan rukukku dan airmataku menangis dan merintih kepadaMu ya Ghaffar, ya Sami', ya Mujib memohon keampunanMu atas atas dosa-dosaku yang banyak yang tidak disengajakan maupun yg disengajakan. 

Ya Rahman ya Rahim, kasihaniku, tiada erti hidup ini, kekayaan ini dan harta benda ini tanpa keampunan da redhaMu ya Ghaffar ya Ghaffur ya Rahman ya Rahim..

4 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^