Thursday, May 18, 2017

,

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Khofidh Ya Roofi'


 
Assalamualaikum,

Mari kita mengenali Allah melalui AsmaulhusnaNya.

Allahumma Ya Khofidh Ya Roofi'Ya Khofidh Ya Roofi'Ya Khofidh Ya Roofi',

sesungguhnya Engkau Maha menjatuhkan dan maha menaikkan. 

Setiap kejatuhan samaada jatuh jawatan, jatuh bisnes, jatuh status dan sebagainya, semuanya itu perbuatanMu Allah ya Khofidh. Engkau menjatuh daku kerana kasihMu Ya Rahman ya Rahim kepadaku kerana ketika berada diatas daku sering lalai kepadaMu, sombong, riak dan ujub, dan kejatuhan itu membuatku insaf diriku yang dhaif dan lemah serta hina ini Ya Allah. 

Kejatuhan itu juga merupakan kerehatan dari tangjawab yg berat yang mana Engkau mengetahui betapa penatnya diriku selama ini, kejatuhan itu memberiku peluang mendekatkan diri kepadaMu untuk mencari secebis cintaMu ya Wadud. 

Disebalik setiap kejatuhan disisi manusia merupakan kenaikan olehMu ya Roofi' disisiMu, masukkan rasa redha dan syukur ya Qodir ya Muqtadir ya Syakur dlm jiwaku atas setiap peristiwa kejatuhan yang Engkau ya Khofidh dtgkan dalam hidupku..

Share:

3 comments:

  1. aamiin...semoga kita dijauhkan dari sifat sombong dan riak tu

    ReplyDelete
  2. jauhkan lah aku dri sifat begitu ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^