Wednesday, May 24, 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Latif


 Allah Ya Latif

Assalamualaikum,

Mari kita terus berjln diatas permaidani makrifatullah. 

Allahumma Ya LatifYa LatifYa Latif

sesungguhnya Engkau yang  maha lembut, 

Dia sangat lembut layananNya kepada hambaNya.  Ketika hambaNya tersilap buat kejahatan kerana terlalai dan terlupa, Dia ya Latif mendetikkan hati hamba itu untuk memohon keampunanNya agar dibersihkan dari dosa-dosa

Ketika seorg hamba dilahirkan, Dia ya Latif melayan dengan penuh kelembutan dan menatang seperti menatang minyak yang penuh melalui insan-insan yang dimasukkan kelembutan ya latif. Ya Latif juga berlembut dgn manusia, walau mulut  manusia sentiasa mengumpat, Dia tetap menyuapkan mulut hambaNya dgn rezekiNya.

Ketika Ya Quddus menyucikan dosa2 hambaNya melalui kesakitan, Dia ya Latif menghantar doktor dan jururawat membawa penyembuhanNya dengan penuh kelembutan.

Begitulah kelembutan ya Latif melayan hambaNya setiap masa, oleh itu lembutkan lah lidah dan hatimu untuk memujiNya, Dia ya Hamid layak dipuji diatas kelembutanNya kp hamba2Nya..

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^