Sunday, May 14, 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Rozzaq

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Marilah kita terus membasahi lidah dengan meyebut nama-namaNya.

Allahumma Ya RozzaqYa RozzaqYa Rozzaq,

sesungguhnya Engkau maha memberi rezeki. 

Engkau memberi rezekiMu kp ku dalam pelbagai bentuk, ilmu-ilmu yang bermanafaat dan berkat, kesihatan yang bermanafaat dan berkat, hartabenda yang bermanafaat dan berkat, wang ringgit yang bermanafaat dan berkat, pangkat, gelaran dan kemasyuran yang bermanafaat dan berkat, keluarga yang baik, Daku bersyukur atas kurniaan rezekiMu ya Waasi' yg sangat luas dan tidak bertepi dan tidak terhitung. 

Ya Syakur, yang maha menghargai, Jadikan daku hamba yang sering mensyukuri nikmatMu. Maafiku ya Affuw kerana seringkali meminta-minta kepadaMu, tetapi nikmat rezeki yang melimpah ruah yang sedang ku nikmati ini seringkali daku lupa mengungkapkan terima kasih dan syukur.

Ya Allah ya Zohir, nampakkan sentiasa rezekiMu yg mengalir pada diriku agar daku mampu memujiMu ya Hamid dan mensyukuriMu ya Syakur, membesar-besarkanMu ya Kabir dan mengagungkanMu ya Adzim..


4 comments:

  1. أمين يا رب العالمين 😄

    ReplyDelete
  2. aamin ....moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah swt

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Ya Rozzaq, seungguhnya seluruh rezeki datang dariMu,
    kurniakanlah kepadaku rezeki yang diberkati.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^