Tuesday, May 2, 2017

Doa Asmaul Husna : Allah Ya Salam

﷽‎ 


Assalamualaikum,

Sahabat-sahabatku, mari kita terus memuja Allah dengan nama-namaNya

Allahumma Ya Salam, Ya Salam, Ya Salam,

sesungguhnya Engkau maha Sejahtera, seluruh kesejahteraan pada alam dan makhluq adalah milik dan kurniaanMu. 

Daku bersyukur kpMu ya Salam atas kesejahteraan yg Engkau kurniakan kepada jiwaku sehingga jiwa ini sentiasa ingat kepadaMu, syukur atas kesejahteraan kurniaanMu kepada fikiran dan emosiku sehingga tenang perasaan dan fikiran ini, syukur atas kesejahteraan kepada jasadku dengan itu daku mampu lagi rukuk sujud kepadaMu dan melakukan kebaktian kepada manusia sekelilingku. 

Namun, ketika Engkau mengambil kembali kesejahteraan kurniaanMu ya Salam, gelaplah hati ini dari mengingatMu, resah gelisahlah fikiran dan perasaanku dan sakitlah seluruh jasadku, oleh itu ya Allah ya baaqi ya salam, kekalkan kesejahteraan buatku di dunia, barzah dan akhirat..

7 comments:

  1. terima kasih unnie pengkongsian ni... alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian dipagi hari ini adikku :)

    ReplyDelete
  3. Salamun qaulammirrobbir rahim.
    Katakan salam sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang maha penyayang.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah setiap kali buka blog unni ni ada sajaa muhasabah diri.. tq unnii/// :)

    ReplyDelete
  5. Ya Salam...moga sejahtera buat kita semua amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^