Tuesday, May 30, 2017

, ,

Kisah disebalik Ramadhan

Kisah disebalik Ramadhan | Kisah ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang berlaku di bulan Ramadhan. Terdapat banyak kisah di sebalik Ramadhan yang perlu kita hayati. Dengan peristiwa-peristiwa seperti inilah insyaAllah kita akan lebih berjaya menghayati Bulan Ramadhan.

Kisah disebalik Ramadhan


Kisah Di sebalik Ramadhan 1

Hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah

Terjadinya perang pertama di dalam Islam iaitu Perang Badar. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil (tidak benar). Semasa perang ini jugalah terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.

Hal ini telah diceritakan oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

Kisah Di sebalik Ramadhan 2

Hari Selasa, 17 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah.

Tarikh ini merupakan hari Fathu Makkah iaitu Hari Pembukaan Kota Mekah. Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Seperti di dalam Surah Al Fath, ayat 1;

Sungguh, kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata

Rasulullah SAW dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I’sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.


Kisah Di sebalik Ramadhan 3

Ramadhan, tahun ke-9 Hijrah.

Berlakunya peristiwa Perang Tabuk. Terdapat beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Rasulullah SAW keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.

Kisah Di sebalik Ramadhan 4

21 Ramadhan tahun 610M

Hari Al- Quran diturunkan buat kita sebagai petunjuk dan peringatan. Peristiwa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’ berlaku pada waktu malam. Rasulullah SAW ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi’ul awal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab.Namun kesepakatan di nyatakan pada bulan Ramadhan. Seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 185;

Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran

Allah juga berfirman di dalam Surah al Qadr, ayat 1

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar

Dan seperti mana yang kita ketahui, malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan, ayat 3:

Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati. Sungguh, kamilah yang memberi peringatan

Rasulullah SAW berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, justeru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui. Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.

Kisah Di sebalik Ramadhan 5

Bulan Ramadhan

Peristiwa penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :

i. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin Al Walid ke a’za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A’s ke Suwa’. Lebih kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.

Kisah Di sebalik Ramadhan 6

Ramadhan tahun 9 Hijrah.

Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Pengislaman Rombongan Tsaqif. Selepas kepulangan Rasulullah SAW  ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.

Kisah Di sebalik Ramadhan 7


Hari Jumaat, 25 Ramadhan, tahun ke-479 Hijrah.

Pada subuh hari tersebut, telah berlaku Perang Al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan Al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.

Kisah Di sebalik Ramadhan 8

Hari Jumaat, 15 Ramadhan, tahun ke-658 Hijrah.

Peperangan Ain Jalut ini berlaku di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin ). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.

Kisah Di sebalik Ramadhan 9

28 Ramadhan, tahun ke-92 Hijrah.

Peristiwa pembukaan Andalus ini diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun’im Majid, jilid 2 halaman 204.

Moga kisah-kisah ini kita terus hayati dan jadikan pengajaran. Siapa tahun mungkin merupakan Ramadhan terakhir kita. Mari la kita berlumba-lumba dalam mengejar amal kebaikkan. Kisah ini Unni simpan sejak setahun yang lalu ( Penulis asal tidak dapat di kesan ).

Sabda Rasulullah SAW : 

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.” 

[ HR Bukhari dan Muslim ]

Wallahualaum

Moga bermanfaat 


Share:

12 comments:

  1. Salam kunjungan..terima kasih sudi terima kehadiran Etuza di Bloggers Sabahan

    ReplyDelete
  2. Asalam...terbaik entri tentang Ramadhan

    ReplyDelete
  3. Kisah yg patut kita tahu ni unni. Thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan buat unni skeluarga, maaf baru terjah, system komen google+ ada mslh ni baru dpt komen sbb tukar template baru hahah..jemput singgah
    www.opzzpinky.my :)

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bermanfaat. Indahnya bila dapat tahu sejarah2 Islam :) terima kasih Unni.

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik.. Yang mane tak tahu kena amek tahu ni.. Yang mana dah tahu kene refresh balik..

    ReplyDelete
  7. boleh keluar air mata bila baca kisah peperangan orang Islam melawan musuh zaman Rasulullah 😢

    ReplyDelete
  8. bulan barokah.
    byk kisah & sejarah.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih unni.sudi berkongsi kisah2 hebat ini..

    ReplyDelete
  10. pelbagai kisah menarik yg ssuai dijadikan teladan spnjg bulan ramadhan ni kan =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^