Sunday, May 28, 2017

,

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah | Salah satu daya Tarikan Sabah adalah memiliki Pulau Semulajadi yang amat cantik. Pulau Bohey Dulang, Semporna merupakan sebuah Pulau yang agak terkenal di kalangan pelancong dalam Negara begitu juga dengan pelancong warga asing, Menjadi Pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Salah satu tempat menarik di Sabah.

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan Gunung Berapi jutaan tahun lalu. Pemandangan kat pulau ini cukup megagumkan, sampai terasa tak nak balik pun ada. Bohey Dulang membawa maksud Air dulang di mana perkataan bohey bermaksu air ( dalam Bahasa Bajau ) dulang pula kerana pulau ini seakan-akan berbentuk dulang.

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Pulau Bohey Dulang terletak di Semporna Sabah. Terletak kira-kira 30 Minit dari Pekan Semporna menaiki bot penumpang. Tempat ini sangat selamat kerana di jaga sepenuh oleh Tentera Malaysia. Namun Pulau ini tidak meyediakan perkhimatan penginapan tetapi jarak yang begitu dekat memudahkan para pelancong untuk ke sini dalam 1 hari.

Apa Aktiviti Menarik Di Pulau Bohey Dulang, Semporna?

Pulau Bohey Dulang merupakan satu-satunya pulau kat semporna yang mempunyai pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang wajib kamu lakukan adalah Hiking ( untuk tengok View Pulau ni macam bentuk Dulang ), Snorkeling ( melihat terembu karang yang paling besar ), dan melawat Pusat Pembenihan Kima Gergasi.

Hiking Pulau Bohey Dulang, Semporna.

Baca kat SINI pengalaman hiking di Pulau Bohey Dulang. Tempat ini juga menjadi salau satu tumpuhan kerana di atas bukit pulau ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik.
Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah
Wajib merasa sendiri pengalaman hiking di sini, dan melihat sendiri keindahan nya. Yang unni jamin akan memberi 1001 kepuasan kepada kamu jika datang ke sini.

Pusat Pembenihan Kima Gergasi Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah
Pusat Pembenihan Kima Gergasi ini di tubukan bagi memerihara sepsis kima gergasi ini yang semakin pupus.

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah



Bukan itu saja, ada beberapa speasis hidupan laut turut di pamerkan di dalam sini seperti Tapak Sulaiman, Gamat, terembu karang dan sebagainya. Kamu juga turut di izinkan untuk menyentuh speasis hidupan laut tersebut.

Snoerkeling Pulau Bohey Dulang, Semporna

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Selain itu aktiviti Snorkeling juga boleh di lakukan di sini dan menyaksikan sendiri terembu karang yang paling besar. Bukan itu saja, Pulau ini kaya dengan landak laut yang besar-besar dan pelbagai speasis hidupan laut yang bermacam-macam jenis. Kawasan ini sangat bersih dan keindahan semulajadi. Jauh dari pembangunan luar bandar yang mampu mencemarkan keindahan air laut.

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah
Bila  cakap pasal Pulau Semporna mesti ramai yang takut datang ke sini di sebabkan kes Pencerobohan Sulu dahulu. Ramai-ramai kawan-kawan unni terutamanya dari semenajung Malaysia tidak ingin ke sini di sebabkan takut penculikan berlaku.

Namun kamu tak tahu kawasan pulau ini adalah sangat selamat dan di jaga ketat oleh abam-abam Tentera kita. Ingin masuk kesini pun memerlukan permit dan tidak boleh masuk sesuka hati haruslah melalui beberapa procedure keselamatan.

Unni sarankan kalau hendak datang ke sini menggunkan package 3 Island 1 Day yang di sediakan oleh pihak bot di mana kelengkapan snorkeling, makan tengahari dan mineral water ( unlimited ), guide akan di sedikan kepada pengunjung. Bayaran adalah mengikut bilangan ahli. Semakin ramai semakin murah.

Pulau Bohey Dulang, Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Untuk leterangan lanjut mengenai package masuk ke Pulau-pulau Semporna kamu semua boleh la menghubugi Unni sendiri. Just email unni tau. Fitriyani.fendi91@gmail.com.

Dan nanti enrty seterusnya mengenai Pulau-pulau Semporna yang bakal keudara melalui Unnianje dot com. Jadikan Sabah destinasi percutian kamu ok..

Baca ini juga : Tempat menarik di Sabah
unni anje

Share:

7 comments:

  1. unni nak pegi sini jugalah. unni bawa, bolehkan? hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya pulau ni unnie! syg dulu tak sempat nak explore sabah masa study kat sana huhu.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya. Salah satu pulau plg cantik di Malaysia. Nanti boleh lah bawa kak ana ke sini.

    ReplyDelete
  4. Bohey Dulang memang cantik! Cuma nak tengok kecantikan dia tu kena usaha sikit, I mean kena hiking sikit lah hihi. Lenne masa pergi tu hampir nak give up but terfikir bila dah sampai nnt mesti puas hati punya and no doubt, memang puas hati ❤

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  5. Pernah juga plan mau pegi Bohey Dulang ni 😄

    ReplyDelete
  6. Seronok.cantik tempatnya.mungkin akan sampai sini satu hari nanti
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. ctknya bah pulau ni, tmpt yg mau btul sha pigi..haha..tp nda tau la bila terpigi

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^