Friday, June 16, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamualaikum kamu da join ke Giveaway Raya by Mrs Pip?? unni baru nak join, memandangkan unni dan join so kamu pun mesti la join kan!! Hihihihihi, rugi tau x join kak pip mesti bagi hadiah lumayan gitu. Lepas sambut kemendekaan selepas berpuasa sebulan dapat pula hadiah dari rakan blogger !! best kan itu pun kalau menang la.. So lets support to support.
Giveaway Raya by Mrs Pip


syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah

1. Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2. Follow blog Mrs Pip

3. Follow Google+ Mrs Pip

4. Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...

contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...

5. dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di SINI

Pengalaman Bulan Ramadhan yang paling indah

Bila tengok syarat ke empat tu terus hati teringin sangat nak join.. Nak juga sharing pengalaman Puasa yang paling indah dan terindah, kak pip tak buat ringkas boleh tak?? hihihihi nak bebel panjang-panjang.

Pengalaman puasa Unni yang paling indah tu banyak, tapi yang paling terindah satu je. Iaitu pada Ramadhan 1435H bersamaan ramadhan pada tahun 2014. Allahamdulilah pada ramadhan ini adalah ramadhan yang cukup bermakna buat Unni dan yang menjadikan diri unni pada hari ini.

Pada bulan puasa tahun 2014, di mana Unni mendapat hidayah berhijrah mengunakan tudung labuh ( menutup aurat dengan sempurna ). Kalau rajin boleh baca Aku dan tudung Labuh dan Tip Mula Nak Bertudung Labuh. Pengalaman ini adalah yang paling bermakna dan terindah buat Unni, in sha Allah moga ia membantu unni di alam mashar kelak dengan izin Allah.

Ramadhan pada tahun 2014 juga banyak mengajar unni erti menjadi seorang muslimah yang sebenarnya bukan hanya islam semata-mata tetapi islam dengan cara islam. Allahmdulilah mungkin berkat 10 ramadhan terakhir. Allahuakbar mana mungkin unni boleh lupa kenangan terindah ini.

Ramadhan kali ini juga merupakan ramadhan kali pertama unni puasa, raya tanpa MAK. So baru la unni sedar kenapa ayat '' semua yang berlaku pasti ada hikmah '' di sebalik kesedihan Allah hadirkan kegembiraan dan ketengaan. Time ni unni keja kat Kuala Lumpur sebelum pindah balik ke Sabah tahun 2016.

Start tahun itu la unni hidup BERTUHAN  ( ALLAH SWT ) yang selama ini unni sedar tak pernah menjalankan hidup sebagai Hamba. Share pengalaman bukan bermaksud nak riak tapi ini lah pengalaman yang paling manis dan indah dalam bulan ramadhan Unni.

Pesanan ringkas dari Unni kita hidup bukan nak jadi lebih baik dari orang lain tapi berusaha menjadi lebih baik dari yang dulu. Maka kejar la hidayah bukan menunggu hidayah datang.

Itu je nak share....Salam 10 malam ramadhan terakhir.

Wallahualam.

So pengalaman kamu macam mana pulak??? nnti unni BW semua ya...




Share:

3 comments:

  1. Thanks join GA Raya mrs pip..
    Happy mrs pip baca entry unni,entry panjang panjang pun tapi best...
    Semoga hidayah terus berpanjangan hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  2. good luck unni.
    doakan kita pulak ye bertudung labuh pasni. niat tu ada, tapi nak laksanakan tu, hmm xtau lah bila

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^