Thursday, June 15, 2017

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatur Qadar | Lailatur Qadar atau malam Al-Qadar adalah satu malam yang hanya berlaku pada bulan ramadhan di mana pada malam tersebut ayat Al-Quran telah diturunkan.

Malam Lailatul Qadar


Apa itu Malam Lailatur Qadar

Malam Lailatur Qadar merupakan satu malam di bulan ramadhan pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadanyang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya, namun dikhususkan 10 malam terakhir terutama pada salah satu malam ganjil ( malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29 ). Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar.

Merupakan malam yang penuh berkat dan  lebih baik dari seribu bulan juga telah di jelaskan dalam Surah Al-Qadr Ayat 97

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
A003
Malam Lailatul QadarMalam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Allahuakbar.

Berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat isyak berjemaah dan solat tarawih kerana orang yang solat isyak berjamaah dan solat tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatur Qadar.

Satu Kaedah Mengetahui Malam Lailatur Qadar

Kata Imam Ghazali

Merujuk kepada awal ramadhan jika awal Ramadhan jatuh pada hari

Ahad dan Rabu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-29 Ramadhan
Isnin : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-21 Ramadhan
Jumaat dan selasa : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-27 Ramadhan
Khamis : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-25 Ramadhan
Sabtu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-23 Ramadhan

Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

Sejarah Ringkas Malam Lailatul Qadar 

Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah SWT telah menurunkan Surah al-Qadr yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Tanda-tanda Malam Lailatur Qadar

1. Matahari akan terbit pada pagi dengan keadaan jernih, teduh seolah-olah tanpa sinar. Dari Abi bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda :'' Subuh hari malam Lailatur Qadar itu matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip dengan bejana hingga matahari itu naik''. [ HR Muslim ]

2. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda : “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan

3. Manusia akan merasakan satu ketenangan dan keseronokan beribadah yang diturunkan oleh Malaikat, yang berbeza dengan hari-hari lain.

4. Sesetengah individu akan mendapat mimpi sebagaimana sebahagian sahabat dulu.

5. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Taala.


Malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haid atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

Allahukabar malam yang penuh keberkatan dan ganjaran. Moga kita bersama-sama mengejar ganjaran di 10 malam terakhir ramadhan dan moga kita menjadi orang-orang yang terpilih.

Wallahualam

Moga bermanfaat

6 comments:

  1. smoga kita mngejar bnyk pahala di malam terakhir ramadan.. amin

    ReplyDelete
  2. Semoga kita menjadi insan yang terpilih amin

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan selamat berpuasa unni

    ReplyDelete
  4. Semoga kita sama-sama beribadah pada malam-malam terakhir ramadhan supaya dapat mengejar malam lailatul qadar..aminnn

    ReplyDelete
  5. smoga kita bertemu malam yg indah ini

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^