Thursday, June 1, 2017

, ,

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah | Masyarakat bajau laut atau lebih di dengan panggilan Pala’u  merupakan masyarakat yang hidup di atas laut. Pulau gaya ini merupakan penempatan mereka sejak berkurun lamanya. Masyarakat bajau laut semporna kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada laut termasuk tempat tinggal.

Kunjungan unni bersama 4 lagi orang dalam Sabah Road Trip Day 4 membawa kami meyusuri penempatan masyarakat bajau asli semporna ini. Namun kami hanya di benarkan berada di atas bot.Namun kunjungan kami kesini memberi unni dan kawan-kawan lain satu pengalaman yang pertama kali di lakukan dan mungkin hanya berpeluang di lakukan di sini.

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah
Pulau Gaya Semporna
Pulau Gaya semporna ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pekan utama Semporna 30 minit perjalanan dengan menaiki bot penumpang. Masyarakat ini di kenali dengan panggilan Pala’u yang membawa maksud orang laut kerana kehidupan mereka hanya bergantung kepada laut.

Apa yang uniknya adalah mereka mendirikan rumah di atas laut atau tinggal di atas sampan bukan tinggal di pesisiran pantai.

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Asal usul masyarakat bajau laut ini tidak jelas tetapi mengikut sejarah mereka merupakan salah satu etnik yang di masukkan dalam etnik Sabah yang berasal dari Filipina namun telah menetap di perairan Sabah sejak 50 tahun yang lalu. Waalaupun mereka telah lama menentap di sini, mereka tidak mempunyai dokumen yang Sah.

Menurut sesetengah sumber, masyarakat ini jarang naik ke darat dan tinggal sepenuhnya di atas laut. Mereka mengatakan masyarakat ini jika naik ke darat mereka akan MABUK DARAT. Namun mereka juga terikat kepada laut kerana mereka tidk mempunyai dukomen pengenalan diri yang sah untuk ke darat

Keunikan Masyarakat Bajau Laut Semporna

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Apa keunikan mereka?? Mereka juga di gelar RAJA LAUT kerana mampu menyelam di laut lebih 5 minit tanpa menggunakan apa-apa bantuan pernafasan. Kebanyakan dari mereka berkerja sebagai Nelayan.

Mereka adalah masyrakat yang sangat kreatif kerana mampu membina tempat tinggal di atas air dengan buatan mereka sendiri sebagai tempat berteduh dan ada juga yang membina di atas bot. Kanak-kanak seawal usia 5 tahun sangat mahir berenang di dasar lautan yang dalam dan berdayun sampan. Sampan mereka juga hasil tangan mereka sendiri.

Satu lagi keunikan mereka adalah kebanyakkan dari mereka tidak mampu berbahasa malaysia. Hanya memberi isyarat atau guide kami sebagai jurubahasa. Bahasa mereka adalah total bahasa bajau. Hanya sesetengah sahaja yang memahami dan boleh bercakap dalam bahasa Malaysia. Hal ini mungkin di sebabkan kehiudpan mereka yang tidak bercampur dengan masyarakat lain.

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Mereka juga di kenali tidak mempunyai sifat malu. Kenapa?? Bagi anak-anak di bawa usia mereka akan kemana sahaja tanpa mengenakan sehelai kain pun terutamanya kaum lelaki. Mereka juga tidak segan silu meminta hadiah dari kamu. Terutamanya duit dan akan ambil saja apa mereka nampak tanpa minta izin. So kami sentiasa di nasihatkan oleh Guide agak menjaga barang-barang yang berharga.Kamu bagi apa pun mereka akan ambil termasuk Mineral water kerana mereka sangat sukar mendapatkan belakan air dan hanya bergantung dengan air hujan untuk minum dan memasak.

Pengalaman di Pulau Gaya Semporna Bersama Masyarakat Bajau Laut Semporna


Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Yes!! Apa yang menarik di sini?? Adalah kamu dapat merasai sendiri pengalaman menaiki sampan dan mendayungnya sendiri. Caj yang di kenakan adalah bergantung kemurahan hati kamu sendiri kepada anak-anak bajau laut ini.

Unni dapat merasai sendiri bagai mana keadaan di atas sampan buat mereka sendiri. Penghhhh rasa nak terbalik pun ada, kena centerkan badan. Namun kami sentiasa di nasihat untuk memakai jaket keselamatan. Bagi yang tidak ingin mendayun, masyarakat bajau laut ini sendiri akan mebawa kamu berpusing-pusing sekitar kawasan pulau ini dan berdekatan dengan bot. 

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Pegalaman ini cukup bermakna bagi unni kerana ini adalah kali pertama unni berkesempatan mendayun sampan sendiri. Di lauatan biru pula tu. Sangat-sangat berbaloi. 

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Kalau nak lihat dan merasai sendri wajib la datang kesini. Waalaupun mereka di kenali dengan tidak mempunyai sifat malu, namun mereka adalah sebuah masyarakat yang sangat baik hati dan tidak mencederkan orang. Keselamatan kamu juga akan di jaga sepenuhnya oleh pihak bot atau Guide.

Pulau Gaya Semporna Penempatan Masyarakat Bajau Laut Semporna Tempat Menarik Di Sabah

Walaupun kita melihat hidup mereka menderita dan susah namun di sebaliknya mereka hidup aman dan harmoni tanpa ganguan sesiapa dan bercampur dengan masyrakat lain hanya bergantung dengan kehidupan laut. Meraka sangat jauh dengan kehidupan moden dan laman sosial. Apatah lagi ilmu pengetahuan dan agama. Namun ada sumber mengatakan mereka beragama Islam. Namun setiap bulan bantuan kemanusian Sabah akan datang ke sini untuk memberikan mereka bantuan dan rawatan kesihatan.

Jum ke Pulau-pulau Sabah yang menjanjikan pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik yang bakal kamu perolehi. Yang pastinya kamu pulang dengan seribu satu pengalaman dan pengetahuan.

Sekian.
unni anje


Share:

4 comments:

  1. Unni!!!!
    Bawak akak ke sini plissssss...bestnyaaa...lepas raya nak terjah laaa

    ReplyDelete
  2. Alaaaa ni yg jeles ni. Bestnya unni. Semua cantik je. Nak pergi sabah lagiiiiii!!

    ReplyDelete
  3. cantiknya unniiii....sejuk mata memandang,bila lah dapat pegi ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^