Saturday, June 3, 2017

, ,

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC | Tempat ini merupakan salah satu tempat Menarik Di Sabah. Pusat Konservasi Berung Madu Borneo atau kependekkannya di BSBCC ( Borneon Sun Bear Conservation Center )  merupakan Pusat Pemulihan dan perlindungan Berung Madu. Tempat telah di kenali sejak tahun 2014 lagi.

Dalam Sabah Road Trip Day 6, selepas melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok kami pun singgah sekitar kawasan BSBSS ini.

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo BSBCC terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu di Hutan Simpan Sepilok - Kabili 24 KM dari Bandar Utama Sandakan Sabah. BSBCC ini telah di tubuhkan pada tahun 2008 dan dibuka kepada orang ramai.

Dengan hasil kerjasama dari Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan juga Pertubuhan bukan kerajaan iaitu Land Empowerment Animals People ( LEAP ) Pusat konservasi Berung Madu Borneo telah berjaya ditubuhkan.

Dibuka setiap hari dari jam 9.00 am - 3.30 pm

Tiket masuk 

12- 17 tahun : Malaysian : RM2 Non- Malaysian : RM5
17 tahun keatas : Malaysian : RM15 Non-Malaysian : RM30
12 tahun kebawah : Percuma 

Bagaimana Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC  Ini Bermula?

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo telah di asaskan oleh En. Wong Siew Te ( dalam gambar di atas ) pada tahun 2008. En.Wong merupakan seorang ahli Biologi hidupan Liar yang menjalankan kajian dan berkerja dengan Berung Madu Borneo.

Sebagai seorang perintis yang berpengalaman dalam ekologi berung madu di hutan tropika Bornea, En.Wong telah dibawa ke habitat yang paling mencabar dan terancam di dunia. Pengalaman melihat sendiri beberapa ekor beruang madu terperangkap dalam keadaan yang menyayat hati inilah yang menjadi sumber insipirasi kepada En.Wong untuk menubuhkan Pusat ini.

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah
Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah
Credit : Sabah Tourism
Di sini kamu berpelung melihat sendiri dengan dekat berung madu yang paling kecil di dunia. Kemudahan yang disediakan di sini adalah platform pemerhatian, pelantar laluan dan pusat pelawat. Kemudahan ini membolehkan pengunjung melihat berung madu dengan lebih dekat, melihat aktiviti berung madu yang di jaga dan dipelihara.

Kenali Berung Madu Borneo

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah

Berung Madu merupakan berung yang tinggal di kawasan hutan hujan tropika Asia Tenggara. Spesis beruang ini merupakan spesis berung yang paling kecil. Berung madu ini mempunyai kuku berbentuk sabit, tumit kaki yang licin dan telapak tangan yang besar. Keadaan kaki yang panjang membolehkan berung ini berjalan seperti merpati dan boleh memanjat dengan baik.Lidah yang halus dan panjang ( 20-25cm ).

Pusat Konservasi Berung Madu Borneo - BSBCC Tempat Menarik Di Sabah

So bila datang Sepilok wajib la singgah sini sekali. Jadikan BSBCC sebagai destinasi wajib kamu untuk di lawati. Bestkan nampak OrangUtan then tengok berung pula. 2 in 1. Sandakan ni merupakan salah satu pusat pelancong warga asing yang sangat popular. Bukan setakad OrangUtan, berung yang ada, taman buaya pun ada tau.

Nantikan enrty seseteruskan  tempat-tempat yang menarik di Sabah!! 

Sekian

Share:

4 comments:

  1. Nampak menarik tempat ni. Tarot pon akan ke Sabah jan depan

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/tulip-festival-in-everland-amusement.html

    ReplyDelete
  2. Pernah pigi Sandakan tp utk tujuan keja ja. Blum ada kesempatan utk jln2. Bole masuk listlah ni ..

    ReplyDelete
  3. Pusat konversasi beruang pun ada ye. Kak semenanjung tak silap hanya ada utk gajah dan penyu je.

    ReplyDelete
  4. syiokknye dpt p tempat ni.. byk yg menarik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^