Friday, June 2, 2017

Resepi Berobok Makanan Tradisi Orang Bugis

Resepi Berobok Makanan Tradisi Orang Bugis | Berobok merupakan makanan tradisi Orang Bugis.  So memandangkan Unni merupakan bangsa bugis asli so resepi ini menjadi pilihan untuk di kongsikan bersama. Berobok ini merupakan makanan kegemaran kami sekelurga di mana penggunaan jagung dan beras adalah bahan utama.

Resepi Berobok Makanan Tradisi Orang Bugis
Berobok

Resepi Berobok Makanan Tradisi Orang Bugis

Bahan-bahan Berobok

1. Jagung 2 kg
2. Beras 1 pot
3. Sayur bayam 
4. Kacang panjang 
5. Udang
6. Daun sup
7. Bawang Goreng
8. Bawang merah*
9. Bawang Putih*
10. Halia
11. Sup Bunjut
12. Kayu manis
13. Lada Putih*
14. Perasa
15. Sedikit garam
16. Sedikit minyak
17. Kiub pati ayam 
18. Enam sekawan

bahan bertanda * ditumbuk

Cara membuat Berobok 

1. Jagung di bersihkan dan di asingkan satu persatu dari batangnya dan ketepikan
2. Cuci beras, masak hingga menjadi bubur
3. Sementara menunggu beras menjadi bubur, tumis bahan-bahan yang bertanda * dan kayu manis kemudian ketepikan.
4. Apabila beras telah menjadi bubur masukkan jagung yang telah dibersihkan tadi, halia, udang  dan masukkan sup bunjut, enam sekawan dan kiun pati ayam gaul hingga mendidih.
5. Kemudian apabila mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah di tumis tadi dan gaul sehingga udang dan jagung masak.
6. Kemudian masukkn kacang panjang, campurkan perasa dan garam secukup dan gaul sehingga kuahnya menjadi pekat.
7. Apabila kuah sudah menjadi pekat dan kesemua bahan telah masak, masukkan sayur bayam gaul sehingga rata dan mendidih.
8. Siap untuk di hidangkan.
9. Tabur bawang goreng dan daun sup ke pinggan kamu.

Perasa Tambahan Berobok

1. Untuk menambah kesedapan tambah sedikit lada yang telah ditumbuk dan limau kasturi ke pinggan masing-masing.

Nota Tambahan

* Bahan-bahan basah seperti ayam boleh ditambah bersama-sama atau di tukar . Tapi makanan laut dan darat tidak elok di satukan.
* Picture unni tak hias daun sup dan bawang goreng sebab unni tak makan dua benda ni so kalau tak ada tak apa.
* Pastikan jagung yang digunakan bukan jagung tua.
* Pastikan jagung lebih banyak dari beras 70/30.
* Air jangan terlalu banyak semasa memasak bubur.
* Syuran lain juga boleh di tambah atau di tukar seperti lobak.

Selain Ambuyat / kepurung menu ini juga menjadi menu pilihan kami sekelurga di kala jagung ada. Bagi kamu yang ingin mencuba boleh la slow-slow follow resepi ini.

Selamat mencuba.

Share:

5 comments:

  1. Tak pernah dengar berobok ni. Resepi ni best makan time hari ahad malas nak peduli makan apa. comfort food gitu. tumis bawang asing mcm tu plus sup bunjut lagi, mesti kick punya. ada manis jagung lagi................. saja cari pasal baca siang2.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  2. Adoi terliuq...bertahun tahun tak mkn berobbok ni

    ReplyDelete
  3. Pertama kali Kmia dengar nama masakan ni. Macam rupa bubur, macam sup pun ada juga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^