Wednesday, July 26, 2017

, , ,

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah | Selepas habis melawat Rumah Agnes Keith kami pun beralih ke sini  English Tea House & Restoren. Kawasan ini bersebelah dengan rumah Agnes House dan mempunyai reka bentuk dan pemandagan yang sangat indah.

Mula-mula ingat cousin nak bawa jalan-jalan jak kat sini sambil-sambil ambil gambar kenangan tak sangka pun kena belanja minum dan Unni pun.. Hahahahaha bab belanja ni sapa tak nak kan, laju jak lagi-lagi tempat macam ni. Class gitu!!!

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

First datang tempat macam ni memang feeling dia semacam. Iya menikmati hidagan kat sini ala di zaman Inggeris Kolonial. Konsep Tea dan Restoran ini telah diilhamkan oleh rumah Agnes Keith. Bijak juga kan. Terasa macam zaman penjajahan English pun ada. Yang pastinya tempat ini salah satu tempat yang menarik ribuan para pelancong.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah
 
View kat sini memang sangat-sangat cantik.. Suasana hijau menemani berada di sini. Pengunjung yang datang boleh memilih untuk duduk menikmati hidangan di bahagian dalam restoran atau bahagian luar. Dan memandangkan kehadiran kami petang itu cuaca amat baik so kami memilih untuk menikmati udara segar di bahagin luar.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Kalau tak nak duduk bahagian luar bahagian dalam pun tak kurang hebatnya, di mana bahgaian dalam restoran ini menampilkan seni bina orang English dan turut mempameran kan anugera-anugera yang telah di menangi oleh pihak restoren dan pengitifaran antarabangsa.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Bukan itu saja, tempat ini juga menjadi pilihan masyrakat Sandakan untuk mengadakan majlis perkhawinan dan majlis hari jadi. Dengan keadaaan tapak yang luas memang sesuai untuk aktiviti keramaian di adakan di sini.

Kot-kot ada yang nak kahwin ala-ala English tu kan boleh pilih tempat ni sebagai tempat persandingan.. Hahahahaha, tapi kita islam khawin la yang paling menyenangkan.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Setiap pelancong yang mendatangi Agnes keith House pasti singgah ke sini. rugi sangat kalau tak singgah, menurut kajian unni sepanjang menikmati hidangan kat sini rata-rata pelancong berasal dari Negara luar. Kami juga di fahamkan ada yang datang kesini semata-mata hanya nak makan kat sini.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

So nak di jadikakn cerita kami pun lepak kat sini sampai waktunya tiba..Hahahaahaha, menikmati hidangan ''Afternoon Tea ''. Sebenarnya nampak biasanya jak cuma presentation tu yang luar biasa. Nampaknya hari ni dapat jugak pengalaman merasai cara hidangan english. Kot-kot ada restoren nak lamar Unni buat review kan da tahu teknik. Hahahahahahaha.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Menu yang ditawarkan merupakan masakan tradisional Inggeris dan hidangan Asia yang hebat juga. Walaupun hakikatnya hidangan ni biasa-biasa jakdan buat sendiri pun boleh tapi cara hidangan dia memang menarik hati. Feel dia memang lain macam.. Hahahahahah so unni suggest kamu cuba la makan-makan kat sini ( walaupun mahal ) sebab pengalaman tu lagi mahal.

Bukan itu saja tempat ini juga telah diiktiraf dan Jalan-jaan cari makan pernah singgah kat sini , kiranya da masuk tv la.. ( gambar tak ambil ).

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Yang paling best kat sini semua pelayan dia baik-baik belaka. Layan jak bila kami minta tolong take pic. Buat macam-macam gimik dia relex jak dan sporting sangat. Maka kami pun berabis la WEFIE !!

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Inilah view dari tempat kami menikmati Afternoon Tea, cantik kan dihiasi dengan kehadiran laut di tepinya udara pun memang segar sebab tempat ni di keliligi dengan pepohon hijau dan latar belalakang tempat ni berasaskan ciri tradisonal English. Nak rasai sendri wajib la singga kesini.

Masuk free jak yang bayar makanan tu jak la, kepuasan kenikmatan dan pengalaman memang tak ternilai harganya.. Apa pun jangan membazir sudah. So kamu yang tak jejak lagi tempat ni singgah la kat bumi Sandakan ni.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Share:

5 comments:

  1. cantik...Sabah oh Sabah...dalam wishlist yang tak tahu bila nak jejak..memalukan sungguh jd org Malaysia sbb Sabah setia menanti tapi arghhh...*sobsss

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi Unni Anje

    Apa khabar hari ni. Salam pagi khamis

    Wah seronok unni pergi makan di tea house bermotifkan english

    Saja nak ambil suasana lain kan

    Ada juga tempat ala ala barat di bumi sandakan ni

    Hmm

    Maznee kali terakhir minum teh ala barat ni masa pergi cameron saja

    ReplyDelete
  3. Tenangnya tengok tempat ni .penuh dengan kehijauan .ada rezeki dan masa terluang insyaAllah CCL nak travel sini

    ReplyDelete
  4. Tempat2 kat Sabah semuanya best dan view cantik2. Tak tahu la bila dpt pergi melawat sabah.

    ReplyDelete
  5. Bestnya. Banyak tempat kat Sabah yang mya nak pergi tapi tak tahu bila. Dalam semenanjung pun tak habis jelajah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^