Friday, July 14, 2017

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api | Pasar Gantung Tawau merupakan bangunan lama yang telah beroperasi berpuluhan tahun dan merupakan salah satu tempat yang menarik di Tawau. Destinasi ini merupakan destinasi wajib di lawati bagi yang pernah kali menjejaki kaki ke bumi Tawau, bukan itu saja ada yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Kinabalu ( mengambil masa 9 jam ke Tawau ) semata-mata hendak ke Pasar Gantung Tawau.

Pusat ini juga merupakan Lubuk rezeki masyrakat Tawau di mana barangan dagangan ini kebanyakan di import dari negara seberang seperti Indonesia. Orang luar juga akan memborong di tempat ini dan di jual semula di tempat mereka.

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api
Gambar selepas kebakaran
Pasar Gantung Tawau merupakan pusat membeli belah barangan seperti baju batik ( daster ), kain sarung, kain pelekat, baju dan  kraftangan. Pasar Gantung ini menawarkan harga yang sangat memuaskan hati dan para pelanggan boleh tawar menawar dengan para penjual. Tawar mnawar sampai jadi !!!! Namun kini hanya tinggal kenangan.. Legend Of Tawau kini lenyap sekelip mata ... Allahuakbar.

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api
Gambar sebelum kebakaran
HANYA TINGGAL KENANGAN.... Harap la tempat ini di bangunankan semula tapi mesti feel tak macam dulu.. Salam tahziah juga buat semua mangsa yang terlibat yang mungkin mengalami kerugian ribuhan ringgit namun dugaan Allah tanda Allah sayang kepada hamba-hambanya.

Buat masa ini tiada lagi laporan yang di keluarkan punca sebenar kebakaran, namun ada beberapa pihak mengatakan punca berlaku daripada litar pintas. Allahukabar , Waallahualam hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku di sebalikknya. Tiada kematian yang di laporkan buat masa ini.

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api

Namun di fahamkan bahawa kejadian telah berlaku subuh tadi sekitar jam 04.30 Pagi ( 14.07.2017 ) kedengaran bunyi siren Bomba. Di sebabkan bagunan ini di penuhi dengan kain-kain yang banyak menyebabkan  api merebak dengan pantas. Namun kemudahkan seperti Balai Bomba yang berhampiran dan pili paip yang ada memudahkan anggota bomba memadamkan api sekitar 3 jam ( belum di pastikan jam api di berjaya di padamkan ).

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api

Sekitar awal pagi tempat ini telah di banjiri penduduk berdekatan dan kedai-kedai yang berdekatan juga sempat menyelamatkan sedikit barang jualan mereka. Namun Allahamdulilah pihak bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kawasan masjid ( pasar gantung betul-betul bersebelahan dengan masjid Hijau Tawau.

Legend Of Tawau, Pasar Gantung Tawau Kini Musnah Di Jilat Api

Allah berfirman dalam Surah Yassin : 81-83

"Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Disebalik kesedihan pasti Allah hadirkan satu kegembiraan.. Moga mangsa terus bertabah dan bersabar dengan ujian Allah. Pray For Tawau. Tawau Bumi Peladang..

Sekian.


Share:

9 comments:

  1. Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun ..
    Semoga Allah melindungi mereka yang dlm kesusahan..
    Salam Takziah

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..nanti pasti pihak berwajib akan bangunkan semula tempat ni..mesti jadi lebih baik dari sekarang..

    ReplyDelete
  3. MOGA YG TERLIBAT TABAH HADAPI DUGAAN-NYA N RAMAI YG PRIHATIN MEMBNTU

    ReplyDelete
  4. Sedihnya..semoga semua mangsa bertabah.

    ReplyDelete
  5. Allah.. Sedih je baca. Tawau ni lah kampung lenne. Sedih bila kejadian macam ni berlaku kat kampung sendiri. Harap2 lepas ni akan beroperasi balik lah :(

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  6. belum pernah merasa lagi pi pasar tawau ni..

    ReplyDelete
  7. Hari tu pasar pagi di cameron

    Sekarang pasar tawau pula terbakar

    ReplyDelete
  8. Salam takziah pada semua peniaga.. Semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  9. Smga peniaga yg terlibat tabah dgn dgaan ini. Msti byk rugi tu😢

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^