Friday, August 25, 2017

Bicara Pagi #51 ~ Jauhi Laknat Allah

﷽‎


Bicara Pagi #51 ~  Jauhi Laknat Allah

Assalamualaikum,

Jauhilah daripada mendapat kemurkaan Allah dengan menyembelih kerana Allah, tidak melindungi penjahat, sentiasa memuliakan kedua ibu bapa dan menjaga amanah harta.

Dari Abu At-Thufail dia berkata : saya berkata kepada Ali bin Abu Thalib, "Beritahulah kepadaku sesuatu yang pernah dirahsiakan Rasulullah SAW kepadamu!" Ali menjawab,

عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ قَالَ قُلْنَا لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبِرْنَا بِشَيْءٍ أَسَرَّهُ إِلَيْكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا أَسَرَّ إِلَيَّ شَيْئًا كَتَمَهُ النَّاسَ وَلَكِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَيْهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ الْمَنَارَ

"Baginda tidak pernah merahsiakan kepadaku sesuatu pun dari manusia, akan tetapi saya mendengar baginda bersabda: "Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, dan melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi pejahat), melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya, dan melaknat orang yang memindahkan tanda batas tanah."

[ HR Muslim ]

Rasulullah SAW tidak pernah menyembunyikan sesuatu daripada sahabat apatah lagi yang berkaitan dengan urusan agama dan meninggalkan pesanan bahawa Allah melaknat 4 kategori manusia:

  1. Allah melaknat orang yang menyembelih bukan kerana Allah sama ada sembelihan biasa mahupun sembelihan korban. Sembelihan handaklah kerana Allah.
  2. Allah melaknat orang yang melindungi tindakan kejahatan (lindungi penjahat). Dilarang melindungi mereka yang memang jahat apatah lagi membela dan mempertahankan mereka.
  3.  Allah melaknat orang yang mencaci kedua orang tuanya
  4.  Allah melaknat orang yang memindahkan batu tanda sempadan tanah


Moga kita terpilih menjadi insan-insan yang sentiasa menjauhi perkara yang dilaknat Allah SWT. Istiqamah Hingga kemenangan.


4 comments:

  1. semoga kita dijauhkan dr perkara yang mdatangkan kmurkaan Illahi.. insyallah.
    salam jumaat dan salam kemerdekaan uni =) Lama nda BW sb offline wahaha

    ReplyDelete
  2. InshaAllah sma2 kita jauhi benda yang tak baik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^