Tuesday, August 8, 2017

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Bukit 38 Tinagat, Tawau | Assalamualaikum, Allahamdulilah misi menyertai geng otai-otai hikers di Tawau ter tecapai. Dengan misi kali ini adalah 1 Day 2 Hill Berjaya di laksanakan dengan jayanya selepas menawan puncak Bukit 38 Tinagat ni kami meneruskan ke Bukit Panchang, Bukit bersebelahan jak. Kalau sebelum ini unni bersama geng Muslimah Hikers Tawau Unni dengan Misi 1 Hill 1 Month.

Untuk kali ini adalah pengalaman pertama Unni hiking dalam keadaan hujan .Allahamdulilah satu lagi rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya. Sebelum ini di anugerakan cuaca elok tapi kali ini ujian kesabaran sedikit diberikan namun pengalaman itu mahal.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Bukit 38 terletak di Batu 6 Tinagat, menurut sumber bukit ni dinamakan Bukit 38 kerana ia terletak di lorong 38 Tinagat Batu 6. 11 KM kira-kira 12 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Starting point berasa di Padang Sasar Batu 6 Tinagat Tawau, so kalau nampak signboard Padang sasar masuk jak simpang sampai penghujung jalan.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Starting Point bermula dengan ladang kelapa sawit..Seawal jam 6 lebih kami telah memulakan pendakian dan cuaca masih menyebelahi kami. If kamu nak hiking kat sini dan tak tahu jalan ( make sure pakai la Guide ) Kamu just follow pokok yang bertanda merah dan pokok yang di ikat-ikat tali. Pokok-pokok tu adalah trail yang kamu harus follow. Ikut jak sampai penghujung In shaa Allah tak sesat. Dengan izin Allah.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Ni adik amira.. Sekarang salah sorang dari Team Unni, muslimah hikers.. Adik ni salah sorang peminat blog Unni gitu ( perasan kejap ) hihihihi. Dia siap email Unni ucap terima kasih sebab blog unni banyak membantu dia hiking dan banyak bertanya tentang tempat hiking kat Tawau ni. Lepaas tu terus offer la join team Muslimah hikers, Allahamdulilah hiking pertama bersama Amira. Cantik moleh orangnya..

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Trail perjalanan memang sangat-sangat mencabar kerana di temani dengan duri-duri tajam dan kehijuan semula jadi. Kiri kanan atas bawah semua duri dan kurang trail mendatar. Keadaan kat sini kami mulai di hadiri dengan hujan renyai-renyai. Trail kat sini tak da jalan mendatar dalam lebih kurang 30 Minit jalan menaik dan duri-duri tajam. Bintang seperti ular pun kena hati-hati juga.

Naik atas dengan trail berduri, jalan yang licin. Segala macam stail di keluarkan so make sure if nak mencuba hiking kat sini pastikan stamina kuat , jangan mudah meyerah dan kuatkan mental untuk mencari puncak. Merangkak, melompat memanjat semua Unni rasai time hiking kat sini. Allahamdulilah berkat abam-abam dan kakak-kakak otai memudahkan perjalanan. Tak kisah la duri ka apa yang penting kat sini PACAT tak ada. Hahahahaha.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Hujan itu rahmat bukan penghalang.. Jika cuaca baik itu anugera. So perjalanan tetap di teruskan, tiada alasan Untuk berjaya. Sampai kat sini baru la jumpa jalan mendatar sedikit.Keadaan hujang sangat menhadkan pengambilan gambar kalau tak mesti penuh gambar-gambar trail yang unni nak ambil. Tak belanja gambar, cerita bab trail pun kamu semua bayangkan jak la.. Yang penting pengang kiri duri pegang kanan duri. Atas duri jatuh pun duri.. Hahahaahahaha. 

Sangat-sangat di galakan pemakaian glove dan kasut hiking yang sesuai. Kalau ada tongkat hiking lagi best. Sebenarnya Unni ada baw tapi segan bila tengok semua x bawa so simpan dalam kereta. Malu punya pasal. Ambik ko. Hahahahaha, Tongkat tu sebenarnya amat membantu kaki lagi-lagi untuk trail yang licin.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Ni kak Amy salah sorang daripada geng-geng otai yang Unni ingt nama..Hihihihihihi. Bila jumpa No 38 ni makna boleh la kamu boleh melakar senyuman di bibir sebab puncak da semakin menghampiri. tulisan ni juga salah satu tanda trail so if jumpa no 38 that means kamu kejalan yang benar (  tidak sesat ). Begitu juga dengaan tanda-tanda di pokok lain di tanda sama warna ( merah ) dengan No 38 ni.

Kat sini kamu kena berjalan di celah-celah batu, sebelah batu sebelah jurang duri-duri dan akar kayu. Dengan penuh hati-hati. Lagi-lagi keadaan hujan memang mencabar batu pun licin. Tapi Allahamdulilah semua di mudahkan.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Cabaran terakhir semasa naik ke puncak. Kena panjat batu ni, tapi jangan risau tali da di sediakan pun. Pic ni unni dapat dari wasap group. macam ni la keadaan nya memang agak susah. Walaupun ada tali tapi tetap perlukan pertolongan orang atas. Sebab tu Unni kata hiking kat sini semua di alami, panjat merangkak, jalan itik .. hahahaha kira mencabar la. Cabaran yang memberi seribu datu kenangan dan pengalaman.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Allahamdulilah Subahanallah Allahuakbar dengan izin Allah Berjaya menawan satu lagi bukit di Tawau, Bukit 38.. Kemenangan yang begitu bermakna buat Unni dan rakan yang lain. Ketibaan kami keadaan puncak di seliputi kabus so memang tak nampak apa maklumlah hujan kan. Bayang-bayang bukit sebelah sahaja kelihatan. Tapi view tetap cantik.

Sebenarnya tujuan Unni join hiking kali ni ada untuk tengok-tengok jalan dan nak guide kononnya team muslimah hikers, tapi nampaknya impian nak guide tu simpan jak la.. HAHAHAHAHAHA. Keadaan Trail memang tak mengizikan Unni untuk guide lagi keselamat memang tak dapat jaminan.

Bukit 38 Tinagat, Tawau

Lama-lama kabus pun semakin berterbangan Allahamdulilah so boleh la menikmati view yang sangat-sangat indah Allahuakbar... Subahanallah pengalaman yang baru yang tak boleh di lupakan, tambahan pula jarang melakukan aktiviti dengan kaum Adam ni, Allahamdulilah selesa program bersama mereka, walaupun banyak berguran tapi mereka antara kaum-kaum adam yang sangat menghormati kaum Hawa terutama kaum-kaum muslimah. Bukan nak puji lebih-lebih tapi itulah hakikatnya pertama kali selesa berprogram bersama kaum Adam.

Buat kamu peminat outdoor jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hiking dalam hujan, keadaan semak samun, keadaan berduri dan seumpanya. Itu la cabaran yang kamu perlu lalui dan nikmati bukan mengeluh tapi bersyukur. So jadikan Bukit 38 Tinagat, Tawau ini sebagai destinasi kamu seterusnya.

Sekian..

unni anje







1 comment:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^