Thursday, August 31, 2017

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60 | Sempena Hari kemerdekaan Malayasia yang ke-60 petubuhan HICAM Tawau ( Hiking & Camping ) telah membuat anjuran merdeka di Puncak Bukit. Bukit Panchang menjadi bukit pilihan di Tawau kerana kedudukan dan trail yang nyata. Bukit Panchang Tinagat juga merupaan bukit yang terkenal di tawau kerana mempunyai View Yang sangat cantik.

27 Ogos 2017 ( Ahad ) merupakan tarikh pilihan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari ahad. HICAM Tawau telah menjemput semua Group untuk menyertaikan MEGA HIKNG TAWAU ini yang bertemakan JALUR GEMILANG.

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Anjuran pada kali ini telah mendapat sambutan dari semua pihak Outdoor di Tawau seperti HIKING&CAMPING TAWAU GROUP, TAWAU EXPLORE CLUB, TAWAU OUTDOOR, MYTAWAU, HIKERS CLUB, TAWAU HIKERS CLUB, OUTDOOR ADVENTURE, TAWAU XTREME OUTDOOR TEAM, T3 TAWAU TREKKING TEAM, TAWAU BUSANA, PETRA ARCHERY, SABAH TRAVEL, H.O.A.S COMMUNITY, EDU & THE HIKERS, BOMBA SABAH, TREKKING TEAM, KELAP KOKEP TAWAU.

Sambutan ini bukan hanya sekadar di lakukan saja-saja, namun ingin memupuk semangat kemerdekaan masyarakat setempat. Di samping itu juga program bersihkan Bukit Bersama ''BAWA TURUN SAMPAHMU'' turut di adakan dalam aktivit Mega Hiking Tawau Ini. Dengan aktiviti ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Barisan Pihak Pengajur Group HICAM TAWAU ( Hiking & Camping Tawau ). Ingat lagi tak adik Arissa tu yang unni share kat Tawau Bebika Lion Hill. Kalau nak tahu baca la entry tu.. Hahahahaha. Semua lengkap berpakaian Patriotik.

Pada masa yang sama pihak penganjur juga telah mengadakan beberapa pertandingan. untuk kategori Pakaian Paling Patriotik dan hadiah misteri bagi yang bertuah. Di kesempatan ini Unni suka mendengar kata-kata bekas-bekas PM kita tentang kmerdekaan dan mungkin bermanfaat untuk semua.

Mengimbas kata-kata Bekas-bekas Perdana Menteri Kita tentang Kemerdekaan

Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga "merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai.Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini.Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri - Tunku Abdul Rahman utr Al-Haj.

Erti kata yang sebenarnya ''sebagai bahasa kebangsaan dengan dicari bagi menjadikan bahasa itu dan usaha-usaha masih lagidan bahasa rasmi yang tunggal di Negara ini sebagai bahasa kebangsaan dengan menjadikan bahasa Malaysia satu keperibadian yang sama kepada Negara. Kita juga telah berjaya memberikan, terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia'' yang demikian makalain yang bebas akan terkecewa. Dengan dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri yang meluap-luap maka sifat bertolak ansurdibiarkan hidup dengan perasaanJ ika fahaman kebangsaan yang sempit itu. Kebangsaan yang sempit.supaya tidak dipengaruhi oleh fahamandan sentiasa berjaga-jagaMarilah kita membanggakan Negara kita. Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita - Tun Abdul Razak Hussain

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Seorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan. Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh. Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata. Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita - Tun Hussien Bin Dato Onn

Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik Negara,tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan oranin lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotism. Kita rapatkan barisan dan  lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untukmempertahankan Negara. Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah - Tun Doktor Mahathir Muhammad

Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tun Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul. Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.mahathir telah menentang arus bagi memcipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini Tun Abdulah Ahamd Badawi

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Di anggarkan lebih kurang 200 Orang telah menyertaian Mega Hiking Kemerdekaan ini, ada juga pihak mengatakan di aggarkan lebih 500 orang. Di sebabkan keadaan puncak yang sangat terhad so keadaan ratusan orang memang agak sesak dan menghad pengambilan gambar. Ada juga terpaksa menunggu segelintir pendaki turun baru memulakan pendakian.

Mega Hiking Tawau Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60

Dalam Program ini, pihak penganjur telah membuat kutipan derma dan di salurkan kepada orang-orang yang berkelayakan dan sebagai sumbangan untuk membuat Papan Tanda baru untuk Bukit Panchang.

Allamdulilah dengan usaha semua pihak, program ini telah di jayakan dengan berjaya dan selamat. Moga aktivti seperti ini terus di adakan di Tawau

'' Mega Hiking Tawau sudah berakhir dengan jayanya. Terima kasih atas Kerjasama yg  Telah anda Berikan Terimakasih Sekali Lagi Dari Kami Admin2 dan Ahli2 GroupHarap program seterusnya akan mendapat sokongan Dari semua ahli Dan Group. Terima kasih juga kepada penaja- naja hadiah, para penderma dan Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program Mega Hiking 2017''. Kata Penganjur.

Salam Kemerdekaan Ke-60..

5 comments:

  1. Seronoknya unni ..
    Bagus ada program mcm ni, lagi2 program kesedaran bawa turun sampahmu ....

    ReplyDelete
  2. Salam Kemerdekaan Unni, semoga lepas ni negara kita semakin merdeka :)

    ReplyDelete
  3. Salam merdeka dan Salam Aidiladha Unni :)

    Lawa gambar yang ada bendera Malaysia tu. bestnya Unni sekarang akak tengok hiking je.

    ReplyDelete
  4. baguslah program macam ini. bukan sahaja meraikan hari kemerdekaan tapi dapat membantu orang yang memerlukan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^