Monday, August 14, 2017

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam | Allahamdulillah buat kali pertamanya hiking di waktu malam, dipermudahkan dan di kuatkan kudrat. Perancangan sekelip mata membawa kami semua sampai kesini. Pada mula nya keadaan hujan agak merisaukan Unni namun Allahamdulilah pada masa yang di tetapkan keadaan cuaca kembali stabil.

Kononnya misi naik ke sini nak melihat ''HUJAN METEOR'' aka Taik Bintang hihihihi rupanya bukan tarikh yang tepat. Walaupun tiada kehadiran hujan meteor kami tetapi meneruskan plan untuk naik ke atas. Tak dapat tengok hujan meteor tengok pemandagan indah pun jadi lah.. 3 orang team muslimah Hikers menyertai.

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Kami memulakan pendakian pada Jam 10.30 PM dan dihadiri seramai 16 orang. Perjalanan yang mengambil lebih kurang 1 jam lebih naik keatas kerana keadaan jalan yang agak licin dan gelap, hanya segelentir sahaja membawa lampu sulu. Unni sendiri pun terlupa membawa. Hahahahaha. So perjalanan tidak sama seperti waktu siang lagipun malam dekanan rendah kot.

Pada mulanya rancang nak camping kat sini namun pada awal pagi esok ada plan nak pi picnik kat batu bersusun ( next unni update pasal tempat ni ya ) so kami just stay atas puncak ni selama 3 jam.Kalau camping mesti best dapat tengok SUNRISE but next time ok !!!

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Allahamdulilah semua selamat sampai ke puncak. Dengan Izin Allah. Muka kepenatan namun senyuman terukir dibibir itu lah salah satu nikmat yang masih di nikmati, Allahuakbar, Subahanallah, Laillahillah. Semasa perjalanan naik betul-betul mencabar stamina, memang x sama dengan keadaan hiking pada waktu siang. Hanya usaha doa dan tawakal , Allahmdulilah berjaya juga sampai.

Keadaan yang gelap gelita tak membenarkan kami mengeluarkan telefon atau camera semasa naik kesini. Baca kat sini Bukit Panchang Tinagat Tawau untuk melihat trail naik keatas, perjalanan sama sahaja cuma yang membezakan adalah keadaan jalan yang gelap dan licin sebab hujan.

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Peralatan memasak semua lengkap di bawa, Unni pulak bawa sedikit makanaan untuk menjadi santapan semua. So malam ni Abg J ( baju biru ) menjadi cheaf kitorang semua. Masak maggie je pun. Abg J merupakan orang yang mengetuai misi ini, memang yang sangat berpegalaman dalam hutan dan bukit. 

Allahmdulilah dan bersyukur sangat dapat kenal beliau, maaf unni x sempat interview lagi pasal abg J ni yang unni tahu beliau merupakan  seorang cikgu dan sudah berkahwin. Bukit Akar, Bukit Lipan dan Bukit 38 merupakan bukit-bukit yang mereka terokai dan memberi penanda jalan bagi memudahkan pendaki lain mengikut trail. Next week Unni akan tawau Bukit Akar dan Lipan pulak yer.

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Santapan Untuk malam itu, teh panas bersama Maggie.. Sejuk-sejuk lepas tu makan panas-panas memang nikmat. Yang tak minum the pun terminum juga akhirnya. Maggie tu sedap, tak sampai 5 minit dah sejuk, mungkin keadaan kat atas ni sejuk sangat kot. Apa pun kenangan yang sangat terindah sebab tak pernah rasa makan macam ni.

Rasanya last camping time sekolah menengah 9 tahun yang lalu, tapi tu pun camping tepi sekolah tak rasa sangat lagi nikmatnya, kali ni betul-betul terasa nikmat. Allahmdulilah walaupun tak bercamping kat sini feel2 camping tu ada. In shaa Allah dalam masa terdekat nak camping kat sini. Tunggu masa yang sesuai jak.

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam

Malam ini kami di hiburkan oleh Kak Hana baju biru main gitar tu, bestnya tengok dia pandai main gitar tapi hanya mampu berhuhuhuhu je la. Cuaca yang indah dan nyayian merdu mereka semua memang terbaik. Tapi sambil tu terus berzikir di dalam hati moga malam di di berkati bukan sekadar hanya menghiburkan diri, tetapi menikmati dan menerokai keindhan ciptaanNya..

Lagu nasyid pun dorang layan tau, bukan sekdar lagu jiwang-jiwang. Hahahahahaha. Tak pernah jemu bersama mereka. Allahamdulilah program kedua bersama mereka. Kami selesa walaupun majoriti adalah lelaki masing-masing saling menghormati dan menjaga adab dengan wanita. So terbukti la kata-kata Naqibah unni dulu, walaupun sejahat mana lelaki bila kita berpakaian yang sopan ( menutup aurat dengan sempurna ) mereka mesti hormati.

Suasana Bukit Panchang Tinagat, Tawau Pada Waktu Malam
Puncak Bukit Panchang Tinagat Pada Waktu Malam

Ini la view Bukit Panchang Tinagat Tawau pada waktu malam. Indahnya suasana waktu ini, menikmati keindahan Alam. Bandar tawau yang diterangi lampu-lampu malam, keadaan laut yang gelap gelita. Syukur ke hadrat Ilahi mamsih memilih kami sebagai insan yang terpilih menikmati keindahan ini.

• Subhanallah • Alhamdulillah • • Lailahaillallah • Allahuakhbar • "Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat." [ QS 31 : 10 ]

Tip Hiking Pada waktu malam

1. Bawa head lamp atau lampu suluh
2. Jangan pakai jaket semasa hiking kerana walaupun sejuk namun pakaian yang tebal akan membuat kamu berpeluh dan kepanasan.
3. Bawa air minum secukupnya.
4. Kurangkan rehat dan perlahan langkah.
5. Jangan pandang kiri kanan dan atas, tumpuh kepada jalan di hadapan.
6. Jangan tegur sebarang bau yang kamu hidu atau benda-benda yang pelik.


4 comments:

  1. seronoknya...rindu nak ada aktiviti macam ni...

    ReplyDelete
  2. cntiknyaa suasana waktu malam. sememangnya makan maggi moment paling best!

    ReplyDelete
  3. saya pun ada pengalaman mendaki bukit panchang pda waktu malam dengan kumpulan saya. memang nikmat tu terasa sgt bila sudah sampai dekat puncak. pemandangan waktu siang dgn malam tu sgt sgt berbeza. lagi best bila malam. hihihi.

    ReplyDelete
  4. Bestnye unni hiking waktu malam. Mesti lagi mencabar tp dpt view yg sgt cantik kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^