Thursday, August 17, 2017

Tip Mengatasi Perasaan Takut Ketinggian

Tip Mengatasi Perasaan Takut Ketinggian | Bila cakap pasal ketinggian masih ramai lagi orang yang amat takut akan ketinggian. Bahkan masih ada lagi para Hikers yang masih gagal mengatasi masalah perasaa takut ketinggian ini. Termasuk Unni sendiri dahulunya memang seorang yang sangat takut pada ketinggian sampaikan bagunan 2 tingkat pun dah gigil kaki.

Perasaan takut ketinggian ini ataupun Gayat juga merupakan salah satu perasaan Pobia pada ketinggian. Namun amat rugi la jika sesorang yang meminati aktiviti outdoor takut pada ketinggian. Bila tengok ramai kawan-kawan hikers ambil gambir tepi-tepi tebing, batu.. Ya Allah jelesnya so Unni pun mengambil keputusan untuk berusaha hilangakan perasaan Gayat.


Tip Mengatasi Perasaan Takut Ketinggian

Mulanya bila nak hilangkan perasaan takut pada ketinggian ni sebenarnya bukan mudah memang perlu keyakinan diri yang amat tinggi dan semangat yang kental. Semua bermula dengan diri sendiri orang lain hanya mampu menberi semangat dan dorongan.

Tip Mengatasi perasaan Takut Ketinggian


1. Yakin Pada Allah

Seseungguh kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Maka minta la perlindungan dan berdoa la agar perasaan takut di hilangkan. Doa itu senjata utama. Tak guna kita hebat di mata manusia tapi hakikatnya kita hamba yang sombong untuk berdoa.

Allah kan Ada...

2. Yakin Kemampuan Diri Sendiri

Bila kita yakin kita akan lebih semangat. Tapi jangan over pulak. maksudnya kita kena sentiasa bersikap santai dan jangan sesekali berfikiran negatif ( sebab orang gayat ni biasanya akan fikir jatuh jatuh jatuh ). So kamu kena yakin akan diri sendiri di sebalik yakin pada Allah. Kena yakin tak ada apa yang berlaku.

3. Kawal Pemikiran 

Kosongkan minda, tenangkan hati buang segala perkara yang negatif. Be positif. Part ini paling penting. Kena bijak mengawal perasaan kamu, sebab tindak balas badan bermula dengan pemikiran if kamu pikir jahat maka jahat la jadi nya but if kamu pikir baik maka baiklah jadi.. Di samping tu belajar mengawal pernafasan. Tenang saja bah bukan ada apa pun.

4. Mulakan persiapan

Maksudnya kamu kena latih diri kamu sikit-sikit demi sedikit, sikit-sikti lama-lama jadi bukit. Contohnya naik tangga ke bumbung rumah kah ( atas pengawalan la ) then try pandang bawa. Kalau selalu hiking lagi best time hiking cuba biasakan diri pandang ke bawah terutamanya ketika hendak turun. Bila pandang bawa kawal pemikiran. 

5. Sokongan Kawan

Sokongan kawan adalah penting. Pastikan kamu memilih sahabat-sahabat yang memberi dorongan bukan yang menakutkan kamu. Memberi sokongan mental dan fizikal. Pastikan sahabat kamu faham akan situasi kamu so if kamu rasa takut dia sentiasa ada memberi kata-kata positif, walaupun perasaan tak hilang sekurang-kurangnya perasaan itu dapat di kurangkan.

6. Sentiasa Cemburu

Kamu kena tingkatkan perasaan cemburu dengan kawan-kawan yang tak gayat ni sebab dorang mampu mendapatkan gambar yang sangat cantik dari kita. Dengan itu minda dan hati kita akan bertekad nak seperti mereka. Macam Unni la ini adalah punca utama kenapa Unni tekad nak hilang perasaan gayat ni. Jangan cemburu yang lain-lain pula tau !!!

7. Latih diri

Sentiasa latih diri ketempat yang tinggi.. Duduk ka, berdiri ka, stay lama sikit. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan ( kawan pernafasan ) dan relaks seketika. Jangan panik. Cuma kawal perasaan dan penaafasan. Sentiasa latih diri. 


Tip Mengatasi Perasaan Takut Ketinggian

Allahamdulilah dengan keyakinan tinggi, meletakkan keberganatungan sepenuhnya dengan Allah SWT, Positifkan fikiran dan bersama sahabat-sahabat yang sentiasa membantu unni dapat hilangkan gayat dengan jayanya. Saya boleh In Shaa Allah anda pun boleh.. You Can Do it !!!!

Bagi yang takut Pacat tu boleh baca Tip kat sini Tips Mencegah Gigitan Pacat . Jika kamu seorang pengemar hikers so dua benda ini kena hilangkan dalam fikiran Gayat dan Pacat !!!

Sekian.


9 comments:

  1. masih gayat dengan ketinggian.. tapi bila pergi hiking ok laa pula.. maybe tak tinggi sangat kot..

    ReplyDelete
  2. dulu gayat juga tapi belajar nak atasi kelemahan diri sekarang ni takut sikit2 je

    ReplyDelete
  3. Cantiknya permandangan Subahannallah

    ReplyDelete
  4. Oh no.. mama.mmg xleh gantungbkaki mcm dlm gmbo Tu huhuu

    ReplyDelete
  5. Kak ana susah nk kawal perasaan gayat. Duduk dekat balkoni dari tingkat 7 pun dah gayat. Hehe

    ReplyDelete
  6. betul n setuju tips ni. kdg gayat tu x leh blah..huhu

    ReplyDelete
  7. tengok pada gambar tu memang menakutkanlah tapi kalau akak berada disitu mesti cuba juga untuk duduk bergambar disitu

    ReplyDelete
  8. kalau saya, biarlah tak terjun pun
    huhu..

    ReplyDelete
  9. Gayat In Shaa Allah boleh. Tapi, pacat. Hmmm . :')

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^