Monday, August 21, 2017

Tips, Keperluan Dan Persediaan Mendaki

Tips, Keperluan Dan Persediaan Mendaki | Dalam pendakian kita mesti mengikut beberapa langkah keselamatan demi menjamin keselamatan diri dan ahli kumpulan. Terutama amat penting kepada para pendaki yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia Hikers ini. Hal demikian banyak masalah yang sering menimpa para pendaki baru Newbies Hikers.

Namun bagi yang memang sudah lama dalam bidang ini, persiapan juga perlu di titikberatkan sebagai langka keselamatan.  Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh jua ketanah. Begitu la dunia hikers sehebat-hebat kita pasti akan tewas jua, so sediakan payung sebelum hujan dan sentiasa sharing ilmu yang ada untuk hikers baru.

Allahmdulilah hasil penglibatan Unni bersama geng-geng otai Hikers Tawau ni banyak memberi unni dan rakan-rakan lain ilmu baru tentang Hiking.

Tips, Keperluan Dan Persediaan Mendaki

Tips, Keperluan Dan Persediaan Mendaki


1. DOA

Apapun yang kita lakukan mestilah di mulakan dengan bacaan doa. Moga perjalanan dan apa yang kita di lakukan di redhi Allah SWT. Hidup kita nak cari redha Allah SWT bukan hanya minat semata-mata. Dalam minat pun kena niat kerana Allah SWT.

Lantik seorang ahli team untuk bacaan doa ( bagi islam ) dan bagi bukan islam boleh mebaca doa masing-masing. If hiking secara campur lelaki dan wanita pasatikan bacaan doa di ketuai oleh lelaki. Doa dalam bahasa apa pun Allah akan faham janji NIAT kita baik. Dan mulakan doa dengan Al-Fatihah.

Sentiasa jaga adab dan mulakan langkah dengan Bismillahirohmanirahim.

2. KASUT

Pemilihan kasut amat penting dalam pendakian kerana ia banyak membantu. Sepanjang hiking bersama kawan-kawan sebelum ini ( tidak termasuk geng-geng otai ) hampir 100% mempunyai masalah pemilihan kasut. Siap pakai kasut shopping pergi hiking so jawabnya menagislah kaki. Kena ingat kaki merupakan anggota paling penting dalam hiking so kalau kaki sakit tak dapat la hiking. No reason tak ada bajet nak beli kasut!! Adidas kampung kan ada RM8.00 Jak pun.Tak pun pergi jak bundle. Besepah kasut hiking murah-murah.

3. PAKAIAN

Bab pakaian juga perlu di ambil berat, semasa hiking elakkan memakai pakaian tebal-tebal. Pakai la pakaian yang menutup aurat tak kira la lelaki atau perempuan. Pakaian cotton sebenarnya kurang sesuai sebab meyerap peluh. Apa pun guna la pakaian yang selesa untuk kamu bergerak. Seluar unni galakkan kamu pakai seluar track. RM5 je sepasang tapi kat bundle la. Apa pun pakai la yang memenuhi syariat ( bagi islam ) dan sesuai untuk di pakai.

4. CUACA

Pastikan kamu melihat keadaan cuaca bagi yang baru berjinak-jinak kalau boleh jika keadaan hujan dan kamu tidak tahu akan jalan baik batalkan niat. Jika keadaan hujan jalan kemungkinan besar sangat licin dan amat berbahaya untuk hikers. But buat yang sudah biasa mungkin hujan adalah kegemaran dalam mendaki sebab mencabar gitu. Apapun kena sentiasa berhati-hati.

5. MAKAN DAN MINUM

Pastikan kamu mebawa bekalan air secukupnya. Paling kurang 2L. Jangan sesekali tidak membawa air semasa mendaki. Semasa nak memulakan pendakian kamu tidak di galakan makan terlalalu banyak, makan hanya ala kadar sahaja. Kalau pendakian seperti Gunung better bawa la air seperti 100 plus.

Makanan pula bawa la makanan sepeti coklat, choki-choki makanan yang mampu membekalkan tenaga. Bagi Unni suka bawa makanan kecemasan untuk persiapan jika berlaku sesuatu yang tidak diingni.

6. GUIDE

Pastikan kamu mempunyai guide ( jangan suka main redha kalau tak tahu ) terutamanya bagi yang ingin berjinak-jinak. If kawasan itu trailnya nyata tak mengapa, namun jika trailnya kurang nyata kamu di galakan mencari guide yang betul-betul berpegalaman. Aspek ini paling penting bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diigini berlaku. Guide perlu paling hadapan dan paling belakang.

Paling selamat buat permit demi menjamin keselamatan semua. Laporkan perjalanan kamu terutama yang melibatkan hutan-hutan dan Gunung-gunung.

7. KAWAN

Kalau boleh nak hiking tu bawa lah dan pilih lah kawan-kawan yang jenis setia kawan. Sentiasa beri kita semangat bukan yang pentingkan diri sendiri Kau jatuh pun di buat bodoh . Hahahahaha..Lebih-lebih yang mendaki dalam team make sure satu team sentiasa setia kawan. Kalau kawan tak mampu tolong bukan tinggalkan .. Kalau kawan tak mampu beri semangat bukan marah.

Pengalaman Unni mendaki gunung Kinabalu betul- betul terharu dengan para pendaki pada masa itu. Ada pendaki hulurkan unni coklat ketika berusaha mencapai puncak ( time ni betul-betul rasa nak giveup ), ada yang turun dari puncak ( unni belum sampai-sampai ) sentiasa bagi kata-kata semangat dan yang last tu unni kehabisan bekalana air ( botol air tertinggal kat laban rata ) ada pendaki tu bagi unni bekalan siap botol. SETIA KAWAN AMAT PENTING WALAUPUN TAK KENAL.

8. MASA

Masa mendaki ini perlu di titikberatkan. Bagi yang ingin mendaki kita perlu la menghormati masa kalau boleh datang tapak lokasi sebelum masa yang ditetapkan ( unni pun selalu tersasar dari masa yang ditetapkan ). Memulakan pendakian awal pagi adalah paling sesuia.

Dalam pendakian, kamu jangan lah mau hiking macam nak mencatat rekod dunia . Kita hiking sebab nak menikmati perjalanan kena tenang, perlahan. Bukan nak cepat.. Make sure kamu tak tegegas semasa pendakian bak kata pepatah biar lambat asal selamat sebab tu tidak digalakan ada komitmen lain semasa hiking. Walaupun kamu pantas namun tak semua dalam team sepantas kamu.

9. STAMINA DAN MINDA

Stamina dan minda kamu mestilah bersedia sebelum memulakan pendakian. Stamina amat penting sebelum hiking kalau boleh buat lah senaman ringan agar boleh mencegah kekejangan otot. Paling penting set minda kamu dengan perkara positif, jangan mengeluh dan sentiada berpikiran positif. Stamina kuat dan minta positif amat baik dalam pendakian.

10. TAKLIMAT

Kalau unni bab taklimat ni unni sentiasa di utamakan sebelum hiking dalam team. Ketua kumpulan perlulah memberi sedikit taklimat dan serba sedikit tentang pejalanan yang bakal di tempuh nanti. Ia penting dalam persediaan mental semua pendaki.

Moga bermanfaat.

Sekian








11 comments:

  1. Good entri and info unni. Kipidap...!! Ada info geng hiking kuantan tak?

    ReplyDelete
  2. Best kan hiking ni? Auni tak sempat merasa. Paling aktif pun sekadar jungle tracking je dulu. Rindu dengan pacat. Hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt hiking..tgk org hiking jeles tgk. Bagus entry nih bg tips kpd para hikers


    P/S Akak dah follow unni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam isnin yang ceria unni anje

    Rajin mendaki gunung dan masuk kawasan terpencil ni

    Semoga selamat di perantauan

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. teringin pula nak cuba mendaki >.<

    ReplyDelete
  6. Seronok tgok unni dan kawan2 hiking. CR first n last hiking kat kuantan mase tu form 5. Lepas tu xpernah2 dah.hee

    ReplyDelete
  7. Wahh unni.. post2 unni ni dah nampak macam blogger berkaliber heheh.. keep it upp unni.... nice sharing

    ReplyDelete
  8. Tak minat aktiviti lasak mcm tu... sebab tulah lemau hihi...

    ReplyDelete
  9. Thank you share ni 😊 harap2 ada rezeki hiking nanti

    ReplyDelete
  10. sgt2 penting kerjasama berpasukan bila melibatkan aktiviti mcabar stamina ni =) infi yang baik uni =) keep it up !

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^