Tuesday, August 1, 2017

,

Tips Mencegah Gigitan Pacat

Tips Mencegah Gigitan Pacat | Assalamualaikum, hari ni unni nak share pasal tips nak cegah dari gigitan pacat ni. Penangan Hiking kat Taman Bukit Tawau di mana kami semua di serang Pacat. Ada member bagi tips tabur garam kat kasut tapi langsung tak berkesan .. Hahahahahaha, memang tak sempat kaji pasal pacat ni di sebabkan masa yang sangat-sangat terhad.

In Shaa Allah moga beberapa tips ni berguna. Tips ini adalah hasil kajian dari Gerbang Gunung dan pengalaman unni sendiri semasa hiking di ''Lubuk Pacat'' . Mungkin banyak lagi aktiviti OUTDOOR di luar sana yang banyak berhadapan dengan binatang bijak ni, mampu masuk kedalam pakaian tanpa di sedari. 

Tips Mencegah Gigitan Pacat
Tips Mencegah Gigitan Pacat

Tips Mencegah Gigitan Pacat


1. Pakaian

- Patikan memakai kasut bertutup.
- Pastikan memakai stoking yang panjang kalau boleh pakai jenis cotton elakkan memakai stoking bola kerana stoking bola mempunyai rongga-rongga di mana pacat mampu menyelit masuk kedalam.
- Jangan pakai pakaian y berwarna gelap seperti hitam.
- Kalau boleh pakai Seluar tight panjang dan masukkan dalam stoking sebab pacat tak mampu menembusi fabrik kain yang di perbuat dari Tight. 
- Kalau boleh beli stoking pacat untuk tambah keselamatan.

2. Perlindungan Tambahan.

- Gunakan tembakau. Kami cadangakan pemakaian tembakau kerana pacat tak suka dengan bau tembakau. Caranya rendam stoking dengan air tembakau kemudian jemur. Bau tembakau akan melekat pada stoking.
- Guna Sabun cap 666 ke 999 tu, dalam kotak hijau ( biasa ada di kedai mamak ). Caranya Lumur kat kasut dan seluar, pacat tak mampu singga atau melekat.

3. Semasa Trekking

- Elakakn berjalan di kawasan yang banyak daun-daun kerana ia merupaka habitat pacat.
- Jalan sepantas yang mampu agar pacat tak sempat nak melekat.
- Jaga jarak anda bersama hikers lain merujuk kajian semasa pacat mengesan mangsa ia hanya mapu melekat pada mangsa ke3 dan seterusnya ( maksunya kalau dia menghidu orang berisan pertama tapi ia hanya mampu singgah di barisan orang ketiga dan seterusnya )
- Kalau berhenti rehat pilih kawasan yang lapang. Jauhi kawasan berdaun-daun.

4. Semasa serangan

- Sediakan Spary insect repellent - spary je pacat apabila di gigit so pacat akan jatuh denagn sendiri. Benda ni memang asas bila masuk kawasan hutan.
- Air tembakau tembakau juga mampu menjatuhkan pacat juga boleh di sembur di kawasan yang berdaun trail.

Berikut adalah antara tips yang mungkin membantu dari serangan pacat namun ia hanya sekadar tip dan tiada jaminan untuk tidak mendapat gigitan pacat. Sebijak-bijak manusia mungkin pacat lagi bijak. hanya satu jaminan agar tidak di gigit pacat ''JANGAN MASUK HUTAN'' ... hahahahahaha

Moga bermanfaat

Sekian.

Share:

11 comments:

  1. Kalau dia dah gigit tu, boleh tahan juga sakitnya....

    ReplyDelete
  2. jangan masuk hutan tu paling win. hehehe

    salam kenal,
    Ana :)

    ReplyDelete
  3. dulu time skolah, busyra slalu prgi camping masuk hutan.. pacat tu bnyk gila. hehe

    ReplyDelete
  4. unni, mrs pip daoat tips ntah betul ka ndak, sapu minyak kapak di sekitar kulit kaki, pacat ndak suka bau minyak kapak ... selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  5. Auni pernah hiking masa zaman sihat dulu. Memang pacat ni bff untuk kaki hiking. Rindu pulak.. Lepas krna gigit, gatal habis kaki..

    ReplyDelete
  6. Saya pernah buang sendiri pacat pada kaki sebab lelaki yang hampir dgn sy penakut....bahaha

    ReplyDelete
  7. Selalu pakai stoking aje . Hari ni dapat new tips . Rendam stokin dalam air tembakau

    Jemput ke entri ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html

    ReplyDelete
  8. baru ni mak saya gi treking, kena gigir dengan pacat 2 ekor. satu dah bergolek kekenyangan. satu lagi ayah jumpa dah ada kat belakang leher. nak bagi tips ni kat parents la yer. sebab dorang suka naik turun bukit. :)

    ReplyDelete
  9. selalu trekking tapi tak pernah lagi la kena pacat. hehe.. nice tips.

    ReplyDelete
  10. tips yang berguna..tembakau tu mudah dicari

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi digigit pacat, alhamdulillah. Hahaha darah tak sedap kot, haha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^