Tuesday, September 19, 2017

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Air Terjun Taliwas Lahad Datu | Dalam Program Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54, Unni bersama rakan lain berkesempatan untuk hiking di Hutan Taliwas Lahad datu Silam dalam misi menawan Air Terjun Taliwas dengan trail 5.5KM.

Salah satu tempat yang masih di jaga keindahannya dan floura fauna. Lahad Datu merupakan Daerah di Sabah satu ketika dahulu gempar dengan kes Pencerobohan Sulu. Kawasan yang pernah di keluarkan perintah berkurun beberapa tahun lalu. Namun hari ini Allahamdulilah Lahad Datu aman dan selamat. Di jaga ketat oleh pasukan Pertahanan negara.

Negeri kami aman!!!

Air Terjun Taliwas Lahad Datu


Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Tempat ini menjadi tumpuhan masyrakat Lahad Datu untuk melakukan akitiviti rekreasi bersama keluarga dan kawan-kawan. Malah sangat sesuai untuk melakukan riadah kerana kalau nak sampai sini kena la hiking terlebih dahulu. Kawasan ini sama seperti Air Terjun Bukit Galas Tawau namun trail sini lebih mudah dan dekat.

Trail 5.5KM merupakan kiraan starting point dan kembali ke starting point. Jalan mula lebih mencabar berbanding jalan pulang. Pulang hanya mengunakan trail santai ( boleh juga jalan melalui sini tapi tak la mencabar ). Tempat ini juga merupakan salah satu tumpuhan Pacat!! Yeahh masuk hutan mesti ada pacat, tapi pacat sini comel-comel je.. Tak sebanyak di Bukit Galas.

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Pusat Perhutanan dan Reaksi Taliwas ini terletak di Silam Lahad Datu 35KM dari Pekan Utama Lahad Datu dan 152KM dari Bandar Tawau. Untuk sampai kesini senang sahaja, simpang masuk kesini melalui simpang Menara Kayangan Lahad Datu terus je masuk dalam. Jarak antara menara kayangan dengan Hutan Taliwas adalah 9KM.

Menara Kayanagan Lahad Datu merupakan destinasi para hikers berkumpul dan semua kenderaan akan parking di situ. Hanya kenderaan tertentu sahaja boleh masuk kedalam. Seawal jam 6.00am semua hikers telah berkumpul dan jam 7.00am kami memulakan perjalanan masuk kedalam Hutan Taliwas.

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Dari simpang Menara Kayangan ke Hutan Taliwas mestilah mengunakan kereta 4X4. Tapi ada juga kernderaan kecil masuk cuma keselamatan kereta agak berbahaya sebab keadaan jalan yang begitu grabel dan kalau hujan kemungkinan jalan agak licin. Kami memilih untuk duduk di bahagian belakang untuk menikmati keadaan sekeliling. Memang best.

Perjalanan kami hanya di iringi dengan kawansan pokok-pokok besar. Unutk masuk kesini haruslah berurusan dengan pihak perhutanan Lahad Datu. Ambil permit, daftar flat number kereta. Cek in dan cek out. Tapi segala pegurusan kami masuk kesini diuruskan oleh Pihak Hikers Lahad Datu. Kami bawa diri jak. 

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Seramai 117 para hikers telah menyertai program ini. Baca selanjutnya di SINI. Selepas upacara perasmian program, taklimat dari pengajur dan guide ( ranger hutan Taliwas ). Kami diberikan sedikat sarapan pagi sebelum memulakan pendakian 5.5KM.

Tepat jam 9.00am kami memulakan perjalanan. Kami telah di agi-agikan kepada pecahan kumpulan. Di mana muslimah hikers di iringi oleh dua anggota Polis. 

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Perjalanan ini di mulakan dengan kawasan yang tinggi sepanjang 1500M . Memang menguji stamina sikit. Memang semput juga la naik ni kalau stamina tak cukup. Kat sini kami tak boleh mendahului team lain kena jalan bersama team masing-masing. Abam Polis pun rajin sangat aysik kira bilangan kami. Hahahahahaha. So orang depan lambat kami pun jem la. orang depan selfie-selfie kami kena la tunggu. Sebab tu orang depan banyak kena gigit pacat berbanding kami di belakang semua bebas gigitan pacat. Hahahahahahaha.

Baca kat sini Tip Mencegah Gigitan Pacat. Tapi kiranya kat sini pacat tak over sangat kalau tak hujan kemungkinan pacat tak ada.

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Selepas itu 500M merupakan kawasan yang mendatar sahaja.. Jalan yang santai. time kat sini jalan santai jak. Tip if jalan sebegini kamu di galakan mengejar orang depan sebab kalau kawasan naik bukit atau turun kamu memang tak mampu nak kejar orang hadapan. Jalan laju bukan bererti berlari. Kawasan rata macam ini juga sesuai untuk berehat dan berhenti seketika.

Kalau nak rehat tu pastikan hanya sebentar dan tidak duduk. Banyak rehat kamu akan makin rasa penat sampai pun lambat so apapun tak boleh!!! Hihihihi

Air Terjun Taliwas Lahad Datu
Tahi Gajah Air Terjun Taliwas
Sapa kenal benda ni??? Ini merupakan tahi gajah. Kawasan hutan ini memang merupakan kawasan hutan yang di penuhi haiwan liar terutamanya gajah. Gajah merupakan speasis yang suka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebab tu kalau masuk hutan kena la hormati peraturan hutan. Tak boleh teriak-teriak, ketawa kuat , dan buat bising risau nanti gajah tersedar.

Musim gajah ada juga, seperti yang di maklumkan musim gajah di kawasan ini adalah Bulan 10, 11, 2 dan 3. Unni pun tak sure sangat itu la yang ranger sampaikan. 

Tip apabila terserempak dengan gajah adalah dilarang sama sekali berlari. Stay tenang duduk dan tunduk. Sebagai tanda penghormatan kepada gajah. Serius ingatkan benda ni dalam movie jak ( pernah nampak movie tentang gajah ) rupakan memang teknik yang sebenar. Tapi kalau terserempak dengan gajah memang risiko yang sangat berbahaya.

Air Terjun Taliwas Lahad Datu

Sebelum sampai ke Air Terjun Taliwas, kena la turun bukit sepanjang 1000M, jalan agak licin di sebabkan hujan. Namun sepanjang perjalanan turun telah disediakan tali untuk berpaut. So rugi la yang tak bawa glove sebab sakit tangan. Hahahahaha. Sebab tu kalau masuk hutan ka hiking ka wajib la bawa peralatan asas mendaki. Glove satu satunya.

Baca kat sini untuk Tip, persediaan dan kelengkapan Mendaki

Air Terjun Taliwas Lahad Datu
Air Terjun Taliwas
Allahamdulilah sebelum jam 12.00PM kami sampai kesini. Rehat kan badan makan, dan scan if ada pacat. Kali ni memang suci dari pacat sebab unni lengkap dengan stoking pacat. Macam cant Move on pacat di Bukit Galas. Hikers lain sempat mandi manda tapi kami hanya mampu pandang. Memandangkan terlalu ramai peyertaan kami hanya di tepi sahaja kena tunggu yang lain selesai baru dapat maju ke bahagian air terjun.

Air Terjun memang sejuk. Sempat rendam-rendam kaki di bahagian bawa. Kalau dapat mandi memang sangat-sangat segar. Namun bagi wanita memang tak boleh la. So hanya mampu berhuhuhu sahaja.


Ok ini la team unni muslimah Hikers bersama Abam Polis . Kiri Sony dan kanan Zul. Tapi kat sini dorang gelar kami team bidadari.. Hahahahahha, Group paling last kembali ke starting point sebab kami baru nak bergambar, awal-awal tadi ramai sangat orang. so tak mampu nak menyelit. Biar lambat asal selamat. 

Para Hikers Air Terjun Taliwas
Untuk masuk kesini kamu kena la berurusan dengan pejabat Taliwas di Lahad Datu. Tapi jangan datang sabtu ahad tau. Office tutup.

Isnin -Khamis : 8.00am- 1.00pm , 2.00pm-5.00pm
Jumaat            : 8.00am-11.30am, 2.00am-5.00pm
Numbe            : 089-823 110

Untuk masuk kesini bayaran adalah seperti berikut

Kenderaan : RM20.00
Permint      : RM5.00
Guide         : RM10.00

Mana-mana yang minat masuk hutan, menikmati keindahan Alam semulajadi boleh datang kesini. Detail lengkap unni sediakan untuk kamu semua...




5 comments:

  1. wah bestnya😍 bilalah nak dapat buat aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  2. Dah lama akak tinggalkan dunia jungle trekking ni..nak buat semula rasanya mustahil..badan x fit...

    ReplyDelete
  3. Best sekali sekala riadah camni...

    ReplyDelete
  4. Bestnya unni .. ramai2 hiking mesti nda rasa penatnya kan.

    ReplyDelete
  5. cantiknya unni air terjun tu... bila tgk alam ni byk betul kebesaran Allah yg kena belajar...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^