Tuesday, September 26, 2017

Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak

Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak | Allahmdulilah menghabiskan hujung minggu dengan program gabungan Hikers-hikers Tawau, Lahad Datu turun hadir Hikers Sandakan. Namun last minute baru dapat tahu seorang Hikers dari Sandakan ( dia buat susprise agaknya ) hihihi. 

Masih belum move on dengan Kembara Air Terjun Taliwas bersama Hikers Lahad Datu dan Sandakan, kami bangkit dengan program di Tawau pula demi Boikot Pesta Arak sekeras-kerasnya !!!

"Wahai orang-orang yang beriman!! bahawa sesungguhnya arak,judi san perbuatan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,adalah ( semuanya ) kotor (keji) dari perbiatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu selamat". 

Surah Al-maa'idahh ayat 90

Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak
Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak
24 September merupakan hari yang menjadi pilihan di mana kami telah memilih 2 Hill 1 Day Bukit singa@ Lion Hill dan Air terjun Bukit Galas.

Kehadiran bukan sekadar mulim tetapi turut di hadiri oleh hikers non muslim. Bagi sedia maklum bahawa arak adalah haram bagi orang-orang yang beragama islam. Namun program ini di anjurkan sempena mengamalkan gaya hidup sihat . Bebas Alkohol. Para hikers bebas alkohol dan dadah !!! Gaya hidup sihat tanpa Alkohol.

2 Hill 1 Day ~ Lion Hill Tawau


Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak

Kami memulakan pendakian pertama di Lion Hill yang di hadiri serama 49 Hikers Lahad Datu termasuk kanak-kanak, seorang Hikers Sandakan dan 19 Hikers Tawau ( termasuk muslimah hikers ). Seawal jam 6 pagi kami mula berkumpul dan jam 8 am kami memulakan pendakian ke Lion Hill. Kali ini pendakian di sertai oleh adik-adik comel wakil daripada hikers Lahad Datu.

If kamu nak mendaki Lion Hill Kamu wajib la meminta izin kepada Tuan Tanah terlebih dahulu, kerana kawasan laluan Bukit ini melalui jalan kebun persendirian, bukan hak milik kerajaan. Kerana Tuan Tanah berasa kesal dengan sesetengah para pendaki yang masuk ke kawasan kebun mereka tanpa minta izin. 

Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak

Tepat jam 9 lebih kami semua sampai di puncak Lion Hill sementara memberi ruang kepada mereka menangkap gambar  kenangan kami pun berehat seketika. Lion Hill merupakan sebuah bukit yang boleh diketogerikan sebagai bukit yang tercantik view nya selepas Bukit Panchang.

Sebenarnya ini bukan lah puncak sebenar hanya Puncak Bukit Sungai Udin, memandangkan kami melihat para hikers kebanyakan sudah keletihan jadi kami mengambil keputusan untuk menamatkan pendakian sampai kesini sahaja kerana untuk meneruskan perjalanan sampai ke Puncak Lion Hill mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi.

Puncak sebenar Lion Hill

2 Hill 1 Day ~ Air Terjun Bukit Galas


Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak

Seterusnya kami beralih ke Air Terjun Bukit Galas, Kami tiba di lokasi lebih kurang jam 12.00 lebih, kami memberi laluan untuk solat fardu zohor dan makan tengahari terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian semua ke air terjun 2.4KM dari starting point.

Bukit Galas terletak di Taman Bukit Tawau yang lebih dikenali sebagai Table, kehadiran kami kali ini akan melimitkan kami untuk mengambil gambar beramai-ramai kerana setiap hujung mingu kawasan ini akan dipenuhi dengan para pengunjung. So ambil apa yang mampu saja.

Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak

Tepat jam 1 kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Bukit Galas, di sini mereka mereka akan mandi sepuas-puasnya dan menikmati Air Terjun.. kami hanya mampu pandang jak la, teringin nak mandi tapi apakan daya. Dalam lebih kurang jam 2.30 kami terpaksa kembali ke bawah di sebabkan hujan. Demi keselamatan kami menghabiskan program sebelum waktu yang di jadualkan.
Program Hiking Gabungan 2 Hill 1 Day Hikers Tawau, Lahad Datu Dan Sandakan Anjuran Muslimah Hikers Sempena Boikot Pesta Arak
Air Terjun Bukit Galas
Memang menjamin kepuasan mereka mandi manda di sini. Kat sini masing-masing layan diri, dan kami hanya mampu melihat. Nak mandi hanya mampu berhuhuhuhuhuhu..

Allahamdulilah program kami di jalankan dengan lancar dan dapat Feedback yang baik-baik dari pihak hikers Ld dan Sandakan !!! Memang semua yang terbaik.. Minat, sahabat, suasana dan kenikmatan semua bergabung bersama dunia hikers . Nanti Program kami seterusnya yer.. Sandakan, Mybe...

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, moga ukhuwah sesama manusia kita sentiasa erat namun sentiasa menjaga batas pergaulan sebagai seorang Islam. Hiking, hiking juga jangan lupa haram dan halal. In shaa Allah perjalanan dan pedakian kita akan sentiasa diberkati.

'' Kerana Allah Kita Bersatu ''




8 comments:

  1. Bagus usaha untuk bantah pesta arah tu unni

    Kalau mampu kita halang dengan tindakan

    kalau tidak dengan kata kata

    ReplyDelete
  2. Nak hiking skrg rasa dah tak larat dah.

    ReplyDelete
  3. dulu rajin la hiking, ni dh beranak pinak dukung anak pun x larat. seronok nye tempat tu.. bagus juga program ni.

    ReplyDelete
  4. Amboi makin giat Unni g hiking skrg ni. Confirm fit dah badan unni tu. Kak ana is jeles 😍

    ReplyDelete
  5. seronoknya pergi tempat2 yang view cantik. :)

    ReplyDelete
  6. unnie muda muda nih laa seronok hiking. nanti da berumur, tak dapat da kan nak buat semua nih.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^