Wednesday, September 20, 2017

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best | Satu lagi keunikan Sabah iaitu makanan. Makanan tradisional yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbilang di Sabah. Nasi Payau bukan lah makan tradisional Sabah tetapi gelaran Payau merupakan gelaran orang-orang Sabah. Selepas Misi Kembara Air Terjun Taliwas Lahad Datu dan Menara Kayangan Lahad Datu, perut kami kelaparan tahap dewa, memandangkan Silam jauh dari pekan Lahad Datu so kami memilih untuk teruskan perjalanan dan singgah Pekan Kunak. Kunjungan Unni kali ini merupakan kunjungan kali kedua, ya pertama tu zaman Unni pratikal lagi tahun 2013.

Payau membawa maksud Rusa. Mesti pelik kan makan rusa, unni tak sure kalau tempat kamu ( selain sabah ada rusa ). Tapi kat sini tak ada pun yang panggil rusa. Jangan silap tau rusa dan kijang berlainan.  Ramai juga ingat Payau ni kijang.

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best

Restauran Nasi Payau ini terletak di Kunak, 2.8KM dari pekan Kunak dan 77.8KM dari Bandar Tawau. Restauran ni terletak di simpang ke Pekan Kunak sahaja, memang tepi jalan. So memang senang nak singgah tak perlu masuk ke Daerah Kunak.

Restauran ini telah di tubuhkan sejak tahun 2006 lagi di mana restauran ini merupakan restauran turun menurun keluarga pemilik kedai. Kunak merupakan cawangan pertama Nasi Payau di buka dan kini ia ada di cawangan Tawau. Tapi kat Tawau pun unni tak pernah pergi. Hihihihihi.

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best

Kat sini cuma kedai makan biasa-biasa sahaja, tak ada la mewah sangat. Tapi rasa dan keunikan tu yang paling penting. Satu kelainan orang pasti akan tertarik untuk datang. Tempat ini juga dipenuhi dengan pengertian payau dan sejarah payau di setiap dinding. Semasa makan kat sini kami sempat bertemu dengan salah sorang peminat tegar restauran ni. Macam-macam beliau share dengan kami. Tiap hari dia mesti singgah Sini.

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best
Nasi Payau Masak Halia

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best
Nasi Payau Masak Blackpaper

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best
Nasi Payau Masak Kicap
3 Menu ini merupakan menu yang paling porpular di sini dan kami semua pun berpakat pilih ketiga-tiga so share is sharing gitu. Hahahahaha. Tapi kalau Unni suggest kamu pilih Nasi Payau Masak Blackpaper. Paling win rasanya !!!! Harga memang agak mahal sedikit tapi agak berbaloi dengan rasanya. Semua makan ni RM9.50 sahaja. 

Daging Payau ni memang agak mahal sedikit, dan jarang sangat di jual ada musim-musim tertentu. Harga biasa daging payau akan di jual RM18-20 sekilo. Daging memang agak berbeza dengan daging-daging lain sebab rasanya yang manis-manis dan lembut. Kalau buat sup rusuk Payau perhhh lagi power tau.

Baca kat sini Resepi Sup Rusuk Payau.

Restauran Nasi Payau Kunak Tempat Makan Best

Dari tepi jalan memang nampak restauran ni yang bertulis ''NASI PAYAU'' boleh singgah sendiri dan nikmati kesedapan daging payau. Jangan tak tahu ramai lagi orang Sabah sendiri yang tak pernah merasai keenakkan daging Payau. Btw kalau tak reti masak daging ni memang liat jugak lagi. Hihihihi.

Tempat makan best !!! di jamin Halal 100 %



6 comments:

  1. Tak pernah makan daging rusa lagi. Apa rasa dia unni?

    ReplyDelete
  2. kalau echa tak boleh makan payau ni. reason tak tahu pulak kenapa huhu.

    ReplyDelete
  3. Jarang2 ada daging payau kalau di kk..

    ReplyDelete
  4. Nama nasi payau. Macam tak cukup rasa namanya

    Hehe

    Branding pandai ni

    ReplyDelete
  5. Macam nasi banjir je unni

    sebab nasi tu berkuah

    ReplyDelete
  6. Special nya menu dia. Ntah bilalah mama dpt ke kunak

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^