Friday, October 6, 2017

Jenis-jenis Puasa Sunnat

Jenis-jenis Puasa Sunnat | Puasa berasal dari kata “Assiyam” yang artinya “menahan diri”, menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar ( subuh ) sehinggah tergelamnya matahari ( magrib ). Hukum sunnat berpuasa merupakan satu perkara yang di lakukan akan mendapat pahala dan jika meninggalkannya tidak pula mendapat dosa.

Seperti yang kita ketahui puasa merupakan salah satu Rukun Islam iaitu Rukun Islam yang keempat Berpuasa di Bulan Ramadhan. Di mana pada bulan itu seluruh umat islam di wajibkan menunaikan ibadah puasa. Namun jika di lihat pada hukumnya berpuasa terdapat 4 hukum, iaitu Puasa Wajib, Puasa sunnat, Puasa makruh dan Puasa haram.

Terdapat beberapa jenis puasa sunnat dan keutamanya yang perlu kita ketahui dan amalkan.

Jenis-jenis Puasa Sunnat


Jenis-jenis Puasa Sunnat

1) Puasa Daud

Puasa Daud  adalah puasa yang selang seli, sehari berpuasa dan sehari tidak.

 Rasulullah SAW bersabda:

Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah Solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Beliau biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.” HR. Bukhari dan Musli). 

2) Puasa 3 hari setiap bulan hijriyah

Bulan Hijriyah yang dikenali dengan ayyamul biid (hari putih) iaitu hari ke 13, 14, 15. Disebut Ayyamul bid kerana pada malam ke 13,14,15 malam itu bersinar putih di mana bulan purnama yang muncul pada saat itu.

Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh abu Dzar, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” HR. Tirmidzi.

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, ia berkata:

Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan shalat Dhuha, (3) mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” HR. Bukhari .

3) Puasa isnin dan khamis

Puasa isnin dan khamis merupakan puasa  pada setiap hari isnin dan setiap hari khamis. 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari Senin dan Kamis, maka aku suka jika amalanku dihadapkan sedangkan aku sedang berpuasa.” HR. Tirmidzi

4) Puasa di bulan Sya’ban

Dsunnahkan berpuasa dibulan sya’ban satu bulan penuh jika mampu, tetapi jika tidak mampu maka boleh berpuasa sebahagiannya saja, karena ditakutkan tidak mampu lagi untuk berpuasa wajib dibulan ramadhan. 

Dari Aisyah RA ia berkata :

Rasulullah SAW tidak biasa berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Rasulullah SAW biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.” HR. Bukhari dan Muslim.

"Rasulullah SAW biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.” HR. Muslim

Dari hadis diatas Para ulama menyimpulkan bahwa Rasulullah SAW tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan agar tidak disangka puasa selain Ramadhan adalah wajib.

5) Puasa 6 hari dibulan syawal

Disunatkan berpuasa 6 hari berturut-turut di bulan syawal, bermula 2 syawal hingga berakhirnya bulan syawal.

Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” HR. Muslim


6) Puasa 10 hari Dzulhijjah, Tarwiyah dan Arafah

Berpuasa 10 hari pertama bulan dzulhijjah. Termasuk didalamnya puasa tarwiyah dan arafah. Pada hari ke-8 zulhijjah disunnahkan berpuasa tarwiyah dan pada hari ke-9 dzulhijjah disunnahkan puasa arafah.  

Istilah tarwiyah berasal dari kata tarawwa yang bermaksud membawa bekal air. Dimana pada hari itu, para jamaah haji membawa banyak bekal air zam-zam untuk persiapan arafah dan menuju Mina. Mereka minum, memberi minum untanya, dan membawanya dalam wadah.

Sabda Rasulullah SAW

Siapa yang puasa 10 hari, maka untuk setiap harinya seperti puasa sebulan. Dan untuk puasa pada hari tarwiyah seperti puasa setahun, sedangkan untuk puasa hari arafah, seperti puasa dua tahun.”


7) Puasa dibulan Muharram

Puasa sunnat yang di lakukakan pada 1 muharram.

Rasulullah SAW bersabda :

Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam.” HR. Muslim

8) Puasa Tasu’a

Puasa Tasu’a adalah puasa pada hari ke-9 bulan muharram, Rasulullah SAW menyuruh ummatnya untuk berpuasa pada hari tasu’a karana untuk membezakan umat muslim dengan yahudi. Hal demikian kerana hari tasu’a adalah hari yang diagungkan oleh orang yahudi. 

Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW saat ditanya oleh sahabat beliau:

Wahai Rasulullah, hari ini (hari ‘asyura) adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani.” Lantas beliau mengatakan,“Apabila tiba tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan (tasu’a).” Ibnu Abbas mengatakan, “Belum sampai tahun depan, Rasulullah SAW sudah meninggal dunia.” HR. Muslim

9) Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura adalah puasa pada hari ke-10 dari bulan Muharram. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada hari ‘Asyura, dan mengiringinya dengan puasa 1 hari sebelum atau sesudahnya. Hal ini bertujuan untuk menyelisihi umat Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada hari ke-10.

Rasulullah SAW bersabda:

 “Puasa ‘Asyura akan menghapus dosa (dosa kecil) setahun yang lalu.” HR. Muslim

Moga kita menjadi orang-orang yang terpilih dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan sama-sama kita berusaha untuk mengamalkannya.. In Sha Allah..

Moga bermanfaat.



21 comments:

  1. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis Unni anje

    Sekarang ni orang bukan islam pun anjurkan intermittent fasting

    memang banyak kelebihan puasa

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing.. boleh Cuba puasa Nabi said nanti

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bermanfaat..boleh rujuk nih..

    ReplyDelete
  4. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  5. dah lama tak mai blog unni. hai unnie. rindu pulak nak komen2.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrmbth

    Apa khabar sis Unni anje

    Semoga semuanya lancar hari isnin ni

    Lama tak update

    Sibuk ya?

    ReplyDelete
  7. Sis Unni anje, Maznee nak tanya boleh?

    Boleh tak kalau kita exchange bloglist.

    Kalau boleh terima kasih banyak banyak

    Kalau tak boleh pun tak mengapa. :)

    ReplyDelete
  8. Banyak kan jenis puasa sunat ni. Rata-rata rajin puasa isnin khamis kan. Puasa daud tu susah nak jumpa org yg amalkan tu. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Lagi istiqamah kita berpuasa sunat

    Makin baguss

    sebab Allah suka amalan yangdi buat berterusan

    ReplyDelete
  10. Asalam terima kasih ifor solat sunat ya.
    Jemput rezeki klik lah https://madey09.blogspot.my/2017/10/nov-dis-2017-hadiah-untuk-blogger-hebat.html

    ReplyDelete
  11. Terima kasih UA atas peringatannya....Sebenarnya bagus puasa sunat ni. Kasi rest sikit perut.... tp tulah hari hari tak kuat semangat huhu.....hakak ni puasa ganti pun belum terhabis UA...

    ReplyDelete
  12. Salam singgah dan follow. Anda dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  13. Blh d jdikn bahan rujukan..thanks sharing unni...maaf lma btl nda singgah cne lawat unni

    ReplyDelete
  14. Terima kasih.. boleh la nanti rujuk entri ni kalau mau puasa sunat

    ReplyDelete
  15. Allhamdulillah... nice sharing unni, byk puasa sunat ni... tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  16. informative, unnie. thanks ye untuk ingatan ini. hhm, terasa kerdil dengan diri ni sbb tkleh lawan nafsu makan. bila tengahri je fkir nk mkn ap, nk mkn kat mane.

    ReplyDelete
  17. Terimakasih kongsi ilmu yg sangat berguna.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^